“Sama je layanan untuk kelima-lima anak saya. (Sorry 6 campur Danish Edry). Cuma rajin masuk gambar Daiyan dan Dayana kerana kedua-duanya selalu ada depan mata. Abang dan kakaknya tinggal di asrama, kakak baby sekolah. Jadi inilah barang mainan saya.
“Saya kongsikan apa yang saya rasa ok. Jadi tak perlulah persoalkan atau cari salah, tanya itu dan ini,” katanya.
Apa yang melucukan adalah bila Dayana dapat, Daiyan menangis. Ibarat kata Abby Daiyan hati tisu. Paling mengembirakan Abby dan suaminya, tengok mereka membesar sama-sama rasa puas.
Tak perlu pakaikan bayi sarung tangan lama sangat, usia 4-6 minggu dah boleh buka. Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata.
Sebulan pertama sarung tangan memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama. Tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama sangat kalau nak bantu perkembangannya.
Memakaikan bayi sarung tangan terlalu lama adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Bagaimanapun mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, suhu persekitaran yang sejuk dan sebagainya.
Bayi 1 hingga 3 bulan sudah mula belajar untuk membuka genggamannya. Mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka, Jika mainan jenis kerincing yang diletakkan pada tangan dan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
FIZIKAL LEBIH KUAT
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
KARAKTER MENYERLAH
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
MEMBERI RESPONS
Penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Dia sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Malah dia sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat Ketika berasa gembira.
Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa ‘down’ dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.
Biar sedikit tetapi mencukupi untuk bayi kita. Dietition Fizah Sobri berkongsi sebab bayi menangis dan bukan hanya disebabkan susu tak cukup semata-mata. Teruskan menyusu tanpa putus asa.
“Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je” Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang.
“Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu”.
Meh sini nak habaq, ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke? Ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis. Antaranya:
1. Tidak berasa secure/selamat
Dah 9 bulan lebih duduk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut. Antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure.
2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas. Kalau mommy sejuk baby pun sejuk. Bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri, baby macam mana nak cakap? Menangis je la ye.
3. Mengantuk
Kena angkat sini, pass ke sana. Kena cubit pipi, kena cium satu muka. Macam mana si manja nak tidur? Mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan. Baby lagila kan.
4. Sakit
Sakit kena gigit nyamuk ke, sakit bedung ketat sangat ke, sakit tersilap saiz diaper ke mesti baby nangis.
Ada banyak sebab selain lapar susu na. Mommies dont give up bila ada yang kata suruh tambah susu botol anak tak cukup minum susu badan.
Susu ibu sangat special dan supply mengikut demand baby, bukan kita tentukan.
Jika baby berat naik, berak tak sembelit, kencing kerap dan bukan kuning pekat, you are on the right track.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah jadi ibu menyusu anak kenalah pandai ‘cover line’ bila si kecil menangis nak menyusu di tempat awam.
Itu dilema sesetengah ibu menyusu yang mungkin tak biasa menyusukan bayi di tempat awam. Bagi yang biasa sudah tentu tahu apa patut dibuat dan persediaan sudah dilakukan.
Puan Bel Nawhen selaku Jururawat Terlatih berpengalaman berkongsi tips dan panduan kepada ibu-ibu menyusu dan peranan yang patut dilakukan oleh masyarakat sekeliling juga.
1) MENYUSUKAN DI TEMPAT AWAM
Punya anak menyusu badan kebiasaannya memerlukan kita untuk bersedia bila-bila masa untuk menyusukan anak.
Tidak ada timing tertentu bila kala anak mahu menyusu dan seringkali bila ‘alarm’ dari si anak berbunyi, memang tak boleh dinanti-nanti.
Tetapi, apabila menyusukan ditempat awam, ia amat berbeza dengan menyusukan anak di rumah.
Sebab di rumah, kita biasa selak sahaja baju dan beri bila perlu tetapi di tempat awam, kita perlu menjaga tertib, tidak boleh main selak sahaja ataupun membiarkan anggota terlindung dari kelihatan.
Maka, sedikit sebanyak kita perlu praktis cara menyusukan anak di tempat awam dahulu bersama anak di rumah (seperti mengajar anak untuk dicover menggunakan shawl/pasmina) kemudian barulah anak boleh terima perubahan sedikit demi sedikit. Iyalah, dia dah selesa menyusu dengan cara dia di rumah, ditempat awam pula sebaliknya.
Antara cara lain yang boleh kita lakukan untuk menjayakan penyusuan tidak kira secara terus atau melalui botol (susu perahan) adalah dengan:
• Cuba cari bilik penyusuan atau tumpang surau di tempat yang kita kunjungi untuk tujuan menyusukan anak anda.
• Cuba pula cari tempat-tempat terselindung (jika tidak disediakan bilik penyusuan), atau tumpang sudut di dalam kedai makan bagi tujuan menyusu bayi anda.
• Bersedia dengan memakai tudung labuh menutup dada agar boleh menjadi pelindung kepada si anak dan payudara terlibat.
• Boleh pakai baju penyusuan yang ada dijual yang hanya perlu diselak atau ada bukaan bahagian payudara tanpa perlu mengangkat keseluruhan baju.
• Pakai pakaian berzip dihadapan dan bra yang dikhaskan untuk menyusu agar boleh mendedahkan hanya bahagian areolar untuk tujuan hisapan si anak. Di sini kita boleh meminimalkan pendedahan bahagian lain tubuh.
• Bagi yang tidak bertudung, boleh bawa shawl, nursing cover atau pasmina untuk tujuan menutup tubuh dan bayi semasa menyusu. Boleh juga guna kain lampin si anak untuk tujuan cover.
• Boleh juga sediakan satu dua botol susu perahan yang cukup untuk aktiviti di luar jika boleh membantu.
• Jika keadaan mendesak dan si anak kelihatan menganggu perhatian orang sekeliling, jadikan suami anda sebagai benteng atau pelindung anda saat menyusukan bayi.
2) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
• Tundukkan pandangan. Jangan ingat ibu suka-suka nak menunjuk payudaranya untuk menyusukan bayi. Itu bukan hal jelik yang perlu anda hairankan.
• Beri ruang. Seeloknya jika anda melihat si ibu sedikit kekok dan si anak pula mula meragam dan tempat anda duduk merupakan tempat ideal untuk si ibu menyusukan anak, berilah ruang anda itu kepada si ibu dan beralihlah kedudukan anda dan berhadapan dengan si ibu kepada membelakanginya. Hormati hak si anak dan si ibu.
• Jika anda tahu lokasi sesuai untuk si ibu menyusukan anaknya, sila tunjukkan jalan kepadanya.
• Jangan curi pandang. Ibu pun ada rasa malu dan serba salah antara kehendak si anak dan rasa malunya di khalayak walaupun telah sempurna ditutup payudaranya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.