Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.
Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Bahan yang diperlukan ialah, 1. Periuk nasi 2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas) 3. Air 4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini) 5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.
Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.
7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.
Bila anak selesema dan mula sakit tekak, anak akan menangis tanda tidak selesa. Anak kemudiannya akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk-batuk dengan kerap. Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak.
Menurut Dr Ezairy M Sallih, Doktor telinga, hidung & tekak (ENT), terdapat cara semulajadi dan lebih selemat untuk meredakan masalah sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni. Berkesan!
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alternatif kepada rawatan di hospital, Almy telah bertindak menyewa mesin fototerapi bagi membuat rawatan sendiri di rumah. Almy juga telah mencuba pelbagai petua bagi memulihkan bayinya seperti mandi air kucai dan mandi air gula batu.
fizzalmy Punya dok lari taknak admit,taknak sewa benda alah ni utk anak.. akhirnya tewas. .. ngan mama dia tewas ????.. segala petua buat,mandi air kucai la,air gula batu la..
Harini terpaksa sewa kat umah sbb taknak admit.. air mata mama pun gugur. Bila tgk anak kena dok dlm ni.. doakan my little princess Ayra cepat sembuh ya dari demam kuning ni semua .. amin amin
Hari kedua rawatan fototerapi di rumah, Almy menyatakan rasa sedih setiap kali meletakkan bayinya di dalam mesin fototerapi. Air matanya pasti jatuh. Namun wanita yang kuat semangat ini berkata dia perlu kuat demi kesihatan si kecil ini, suami dan anak-anak yang lain.
fizzalmy Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh..
Tapi demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita?????
Para peminat memberikan kata-kata semangat buat Almy dan berkongsi tip untuk memulihkan jaundis bayinya.
Soalan biasa ditanya oleh ibu menyusu bayi makanan apa yang boleh saya makan supaya tak beri kesan pada anak. Ini kerana ada segelintir ibu dan bayi sensitif dengan beberapa makanan yang mungkin orang lain ok, tetapi tak boleh pada diri sendiri.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom mengenai makanan dan minuman apa yang sesuai untuk ibu menyusu boleh dijadikan panduan.
Akhir-akhir ni, dalam kebanyakan group penyusuan, viral pelbagai jenis minuman dan makanan yang dipercayai boleh boost penghasilan susu ibu.
Apa sahaja yang dikongsi terus dibuat tanpa fikirkan kesan kepada bayi. Ya betul, memang kebanyakan makanan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tapi kena ingat juga, bayi kita berbeza. Dan kesan alerginya juga berbeza. Ada bayi yang ok2 sahaja. Tapi ada bayi yang dapat side effect dari pemakanan ibu seperti: eczema, batuk, berkahak, kembung perut dan sebagainya.
Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan). Dan sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.
Perhatikan jenis alahan yang dialami. Bukan semua bayi mengalami alahan yang sama. Ada bayi bila ibu makan makanan A tak berkahak tapi jadi gassy. Ada bayi lain pula mudah berkahak. Setiap bayi itu unik. Hanya ibu sahaja yang mengetahui perubahan bayi masing-masing.
Lebih 1,300 peserta membanjiri Menara Felda, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2025 yang lalu sempena Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni anjuran bersama Hatimurni dan Majalah Pa&Ma.