Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
Penyanyi Kaka Azraff yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki ketiganya semalam turut berkongsi pengalamannya melahirkan bayi ketiganya itu.
Akui Kaka, kelahiran kali ini cukup mudah malah begitu lancar berbanding dua kelahiran sebelumnya.
“Alhamdulillah pengalaman bersalin kali ini lain sikit sebab cepat dan mudah.
“Kali ini dua kali ‘push’ je, itu pun doktor suruh ‘slowly push’. Macam pelik, tapi ya dua kali saja.
“Kaka ambil epidural sebab tahu tak mampu menahan contraction. Jadi tak terasa sakit sangat.
“Baby sihat dan saya pun sihat alhamdulillah. Cuma agak letih sedikit sekarang,” ujarnya berkongsi.
Berkongsi tip kelahirannya itu, kata Kaka, apa yang diamalkannya hanyakan kekal aktif waktu hamil.
“Saya bukanlah banyak sangat pengalaman tentang hal ini. Cuma saya rasa perlu aktif, banyakkan berjalan dihujung-hujung nak bersalin.
“Saya juga banyak makan kurma dengan angka ganjil. Itu yang saya amalkan,” kongsinya lagi yang masih belum menemukan dua anaknya bersama bayinya.
Kaka turut mengucapkan rasa terima kasih atas cinta dan sokongan yang diterima daripada peminat terutamanya yang mendoakan kebahagiaan keluarga pada saat istimewa ini.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018. Pasangan itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Anak-anak perlu dilatih untuk tidur awal setiap hari supaya mereka mendapat rehat yang berkualiti. Jika kurang tidur, anak mudah letih dan mereka cenderung untuk buat perangai pada hari esoknya. Sudah tentulah ia akan mengganggu rutin harian sekeluarga terutamanya pada hari persekolahan. Oleh itu, ibu bapa perlu bijak mencari cara untuk mengajak anda masuk tidur awal setiap malam.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menuyusukan anak dalam keadaan areola luka (nipple crack) merupakan satu pengalaman ngeri bagi para ibu. Hanya para ibu yang pernah merasai sahaja tahu akan kesakitan itu. Dalam kesakitan itu, ibu masih perlu membekalkan bayi susu secara menerus daripada payudara, ada juga ibu perlu pam susu untuk dijadikan stok ketika ibu bekerja.
Nipple crack terjadi apabila lekapan mulut anak pada payudara ibu tidak betul. Pemilihan saiz yang corong pam yang salah atau pemilihan suction yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan nipple crack.
Menurut Asiah Maharam, teknik mengepam susu menggunakan tangan yang dipanggil Marmet bolej dilakukan semasa nipple crack. Akan tetapi, susu boleh berkurang jika tidak mahir menggunakan teknik ini.
Beliau juga turut berkongsi teknik marmet semasa nipple crack iaitu:
1. Perahan menggunakan pam hanya dilakukan sebelah sahaja dan sebelah lagi akan dilakukan menggunakan tangan.
2. Guna stimulation phase (tarikan laju-laju) sahaja supaya luka dapat dikawal bermula dengan level paling rendah dan makin meningkat bila mommies rasa selesa.
3. Waktu itulah susu akan keluar secara automatik dan bila mommies marmet nanti susu akan keluar dengan lebih cepat.
4. Bila susu mula berhenti keluar, tukar side di mana bahagian yang marmet tadi mommies pasang pam dan bahagian yang pam mommies akan marmet pula.
5. Ulang semula step 2,4 dan 5 sehingga 30 minit. Jika selepas 30 minit susu masih keluar jangan stop. Teruskan lah sampai susu tak keluar lagi.
Diharapkan teknik yang dikongsikan dapat membantu para ibu menghadapi situasi nipple crack dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!