Melihat anak-anak kecil kita jalan berjengket memang comel. Ada yang seakan geli untuk memijak lantai atau pasir kerana strukturnya yang kasar.

Jangan dibiarkan kerana hal ini dianggap masalah sensori pada anak yang boleh menyebabkan anak mengalami kelambatan pada perkembangan dirinya atau istilah ‘delay’.

Menurut perkongsian Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, terdapat lima kemungkinan dan periksa permasalah anak jalan berjengket di tahap yang mana satu. Atasinya segera!

 

5 Kemungkinan Anak Selalu Berjalan Menjengket

Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini :

1. Adakah mereka menjengket setiap kali ketika berjalan?
“Berjalan je mesti nak jengket”

2. Ada kekejangan otot kaki.
“Nampak macam sakit je bila jalan”

IKLAN

3. Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik atau awkward.
“Lain macam je cara dia jalan kan, abang?”

4. Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk.
Di tapak kaki kita ada arch yang membantu untuk keseimbangan badan.
Boleh check kaki masing-masing.

Tak Normal Anak Jalan Menjengket, Kaitan Isu Sensori, Lama-Lama Ada Delay!

5. Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu.
“Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”

Sebenarnya ada beberapa sebab jalan menjengket. Kita analisis sikit.

– Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder.
Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies.
Sebab itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.

IKLAN

– Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay)
Ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa.

Tak Normal Anak Jalan Menjengket, Kaitan Isu Sensori, Lama-Lama Ada Delay!

Ini ada kaitan juga dengan sensory development seperti movement, balance and coordination.

“Apa yang ibu bapa lakukan jika menyedari anak anda jalan menjengket?”

1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting)

IKLAN

2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak.
Available online. Free. Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention.
Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.

3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit.
Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.

Tips penting! Bawa anak anda keluar untuk aktiviti sensori bersama alam.

Tak Normal Anak Jalan Menjengket, Kaitan Isu Sensori, Lama-Lama Ada Delay!

Tanggalkan kasut.
Pijak rumput
Berjalan atas pasir
Masuk dalam air
Lompat atas lumpur

Biar mereka berpijak di bumi yang nyata.

Sumber: Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI