Pada peringkat awal umur anak-anak, mereka menunjukkan tingkah laku tanpa memahami perasaan sebenar yang dialami. Anak pada usia lima atau enam tahun boleh bertindak agresif. Ia berlaku disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar anak-anak bermakna mereka akan memahami lebih banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain.
Ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik.
Anak-anak yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk tingkah laku positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan kecewa atau marah dengan lebih berkesan. Ikuti tiga tindakan yang harus ibu bapa lakukan untuk membantu anak mengawal tingkah lakunya.
1.Memahami perasaan
Anak-anak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Cara ini akan menggalakkan anak-anak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila anak menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu.
Ads
Juga bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap dirinya sendiri.
Teknik ini membantu anak-anak untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain dalam persekitarannya.
Ads
Mengawal perasaan
Kadangkala anak-anak menunjukkan tingkah laku yang bermasalah kesan daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa akan menyalahkan anak atas tingkahlaku yang ditunjukkan akan menyebabkan anak keliru dan memberontak.
Ini kerana anak-anak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal perasaan diri sendiri.
Ads
Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku bermasalah.
Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, anak-anak dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.
Arahan positif bertentangan negatif
Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Arahan-arahan ini ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif.
Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam perkongsian di instagramnya, Diana 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.
“Mereka (anak-anak) akan berusia 8 tahun dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya berjaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana negitu awal dan kehilangan masa muda.
“Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka,” kongsinya.
Diana berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad berusia 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyayangi. Ketika usia ini juga mereka akan mencontohi dan hanya melihat sesuatu yang baik.
“Kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling menyayangi.
“Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan fasa ini mereka mengharapkan ibu bapa untuk membimbing dan melakukan sesuatu yang baik,” katanya.
Sumber: ig Diana Danielle & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Langkah Kementerian Pendidikan menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam disambut dengan pelbagai reaksi. Tapi bagi ramai ibu bapa, ini umpama satu kelegaan yang tak disangka. Nak tahu kenapa ramai ibu senyum lega dengan perubahan ini? Jom kita kupas.
Info Menarik: Tahukah anda, menurut kajian kecil dalam kalangan ibu bapa di media sosial, lebih 85% bersetuju bahawa kasut hitam membantu mengurangkan tekanan pagi Isnin. Malah, ada yang mengatakan perubahan kecil ini membuatkan anak lebih bersemangat ke sekolah kerana kurang dimarahi akibat kasut kotor.
Sebelum ini, hujung minggu ibu bapa akan sibuk dengan rutin “mencuci dan mengkapur” kasut sekolah. Kadang anak pun lari sebab tahu ‘projek kapur kasut’ tengah berjalan! Kini, dengan kasut hitam, tugas tu terus hilang dari jadual mingguan.
Kasut hitam lebih forgiving dengan debu dan kotoran. Kalau anak main pasir atau terlanggar lopak air, masih nampak elok dan kemas. Tak perlu gosok sampai putih berseri macam dulu.
Tak perlu lagi berus kasut sampai lenguh tangan. Masa yang dulu habis untuk menyental kasut, boleh diguna untuk rehat atau luang masa berkualiti dengan anak.
Ramai setuju kasut hitam nampak lebih moden dan sesuai dengan pakaian sekolah. Anak pun rasa lebih yakin sebab nampak smart. Kadang siap bergaya depan cermin sebelum ke sekolah!
Bila kasut sentiasa nampak bersih, tak adalah anak risau kena marah cikgu atau malu dengan kawan. Ibu pun kurang tekanan nak pastikan semuanya perfect setiap hari Isnin.
Kadang perubahan kecil boleh beri impak besar dalam rutin seharian ibu bapa. Kasut hitam mungkin nampak macam hal remeh, tapi hakikatnya ia memberi kelegaan dari segi emosi, masa dan tenaga. Terima kasih kepada siapa yang cadangkan idea ni dulu. Ibu bapa seluruh Malaysia angkat topi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengapa anak sekarang bersikap agresif? Walaupun geram dengan tingkah laku mereka, elakkan daripada menjerit dan kerap marahkan anak.
Dibimbangi bila terlalu kerap kena marah anak-anak akan membesar dalam suasana negatif dan akhirnya mereka akan mencontohi sikap buruk tersebut sebagai individu yang pemarah.
Sebenarnya anak-anak usia antara setahun hingga 4 tahun memang kerap bersikap agresif. Jangan cepat memarahi mereka, kerana itu adalah cara mereka memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu, demikian terang Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!
Adakah anak anda mudah sangat:
Mengapa anak-anak sekarang lebih agresif? Atau sebenarnya mereka lebih ekspresif.
“SEBENARNYA, PADA USIA 1.5 TAHUN HINGGA 3.5 TAHUN DAN MUNGKIN MEMBAWA KE 4,5,6 TAHUN ADALAH USIA DI MANA ANAK-ANAK MULA MENGEKSPRESIKAN DIRI MEREKA”
Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu.
Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi.
Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja.
Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.
MEMAHAMI GENERASI MILLENNIA
1-JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK
“JIKA ADA ANAK 1 HINGGA 2 TAHUN YANG KELIHATAN MAHU MEMUKUL ANAK LAIN, JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK KEPADANYA”
Dia sebenarnya mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu.
Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar.
Apa yang Ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, Ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan;
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya.Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2-SETIAP GENERASI MEMPUNYAI KARAKTER BERBEZA
Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan melinia berbeza dari segi kecenderungan dan karakter mereka.
“KEBANYAKAN GEN MELINIA INI LEBIH EKSPRESI. SELALU DIKATAKAN DEGIL, KERAS KEPALA DAN MENUNJUK PERASAAN”
3-SKIL PARENTING KURANG
Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Millennia ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan.
“ADA IBU BAPA TERLALU LEMBUT SEHINGGA SEMUANYA DIBIARKAN.
ADA YANG TERLALU KERAS DAN TIDAK ADA RUANG BERBINCANG.
ADA YANG TERLALU SUKA MELARANG DAN MENAKUT-NAKUTKAN”
Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.
Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.
Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA
1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor.
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.
MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2 – KURANGKAN GAJET
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.
JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3 – KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali ke dalam makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.
Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.
Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.
MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.
Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
Salam Kasih dari Ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.