Tengok je mama pakai tudung atau papa bersiap-siap nak keluar, si bayi pun mulalah tidak tentu arah, hulurkan tangan nak ikut. Kenapa keadaan ini berlaku? Elakkan lakukan kesilapan ini.
Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
Bila mama papa bersiap nak kelyar, dia pun mulalah nak mengikut. Nampak mudah tapi bila hanya mama & papa yang alaminya tahu.
Memang normal apabila bayi berkelakuan begini. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety adalah perkara biasa yang terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini?
TIDAK TERJADI PADA BAYI KECIL
Bayi yang lebih kecil daripada 4 tidak tergugat dengan perpisahan. Asalkan keperluannya dipenuhi, tiada masalah. Tetapi bagi bayi pada berumur lebih tua mula belajar tentang “keabadian objek” atau permanence object.
Mereka tahu mama papa ada walaupun mereka tidak dapat dilihat di depan mata. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Ads
SEBAB
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.
Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun.
Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
Ads
5 TIP HADAPI SEPERATION ANXIETY
Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.
1.TENANGKAN DIRI
Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental. Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.
2.PENJAGA BAYI PERLU BERTINDAK
Ads
Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.
3.PASTIKAN MASA YANG SESUAI
Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.
4.LATIH
Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.
5.BERPERINGKAT
Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai ubat selesema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selesema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baik terlebih dahulu.
Bagaimanapun bagi kanak-kanak di bawah usia 2 tahun ibu bapa tidak boleh memberikan ubat selesema tanpa nasihat doktor.
Ini kerana ubat selesema yang diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Jika selesema yang berlaku pada anak, ibu bapa boleh mengambil tindakan dengan membawanya berjumpa doktor jika
Bayi yang berusia 3 bulan kebawah berserta dengan demam
Kelihatan letih, tidak aktif, kurang makan dan apa-apa yang merisaukan ibubapa
Mempunyai simptom lain seperti sawan, tidak sedarkan diri dan sebagainya
Kanak-kanak kurang dari 2 tahun tidak boleh diberi ubat selesema kerana ia boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Rawatan selsema bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, ubat selesema tidak diperlukan. Tetapi mereka memerlukan penjagaan dari ibubapa.
Salah satu yang boleh dibuat Ibubapa adalah menggunakan alat penyedut hidung. Terdapat pelbagai jenis penyedut hingus yang berada di pasaran sekarang dan boleh didapati di farmasi.
Ibubapa juga boleh membeli air garam khas untuk dititiskan dihidung kanak-kanak tersebut. Ia digunakan untuk mencairkan hingus tersebut supaya ia mudah ditelan dan tidak menyumbatkan saluran hidung.
Ibubapa juga tidak perlu terlalu risau jika pesakit masih aktif bermain, makan atau minum seperti biasa, tidak mempunyai pernafasan yang laju dan sebagainya.
Majoriti selesema yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan ubat yang spesifik.
Penglibatan seorang ayah bukan selepas anak besar, tetapi sejak anak masih dalam kandungan. Suami yang selalu memberikan perhatian dan meluangkan masa menyentuh perut isterinya setiap hari boleh mengurangkan stress kepada ibu dan juga pengikat kasih sayang si anak. Walaupun dalam kandungan, si anak tetap boleh merasa kehadiran ayahnya. Begitu hebat bonding antara ayah dan anak.
Seperti perkongsian daripada Dr Redzal Zainol, dia menasihati agar golongan suami mengambil bahagian dalam menguruskan anak-anak sejak lahir lagi. Bonding ini sangat penting supaya anak merasa keakraban hubungan dengan si ayah.
Nak Anak Jadi Rapat Dengan Ayah Tak Perlu Tunggu Anak Besar
Buat Perkara Ini Setiap Hari Lepas Anak Lahir
Kredit: Dr Redzal Zainol
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.
Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.
1) Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
2) Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
3) Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
3) Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?
Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.
PENYEBAB? – faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya. pic.twitter.com/n82hlPpvUG
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.
Gejala-gejala:
1) Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
2) Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
3) Kenaikan berat badan tidak memuaskan
4) Sakit atau luka pada putting ibu
5) Kesan buruk pada pertubuhan gigi
6) Pelat/lambat pertuturan
Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.
Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?
Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah.
Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.
Segera berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian jika anak ada alami gejala tongue tie
Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.
RAWATAN
Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”.
Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan. pic.twitter.com/TEbA4xoj0D
Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda #medtweetmy
Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur?
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal,...