Menjadi ibu bapa buat pertama kali memang mencabar kerana kita masih kekurangan ilmu tentang keibubapaan. Ibu bersalin memerlukan kekuatan emosi dan fizikal untuk menjaga si kecil ini. Sebab itulah peranan orang sekeliling seperti suami, ibu, ibu mentua dan keluarga amat penting.

Buat Tasha Manshahar, sebagai ibu muda dan pertama kali menjadi ibu dia mula merasai kepenatan tersebut walaupun masih dalam tempoh 17 hari berpantang. Tasha berkongsi perasaan tersebut di laman instagramnya.

Dia yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg secara pembedahan. Tasha juga sempat berkongsi pengalam bersalin apabila terpaksa di induce sebanyak 3 kali namun jalan untuk bersalin secara normal tetap tidak terbuka dan akhirnya terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan.

[Baca: 3 Kali Induce Tapi Tiada Bukaan, Rupanya Ukur Lilit Kepala Bayi Tasha Manshahar “Special” Sikit]

Day 17. Dalam fasa adaptation lagi. Banyak benda baru i belajar, and more to learn day by day. Tapi one thing lah, orang selalu pesan sebelum i bersalin dulu, “tidur la puas-puas sekarang, nanti dah ada anak mmg tak cukup tidur”. Which is…..VERY TRUE!

Sampai kadang-kadang nego dengan anak, “sayang, lepas minum susu ni, kita tidur kejap boleh? Kejap je. Mommy penat sgt harini. Please eh boleh eh eh eh.” Sambil lap airmata guna lengan baju ya nego tu hahahahahhahahahah kejadian ni baru berlaku siang tadi.

Yela, mmg ada hari kita macam extra penat kan. Sbb kalau malam alhamdulillah setakat ini, baby merengek nak susu atau nak tukar pampers je, lepastu dia lena sampai ke pagi. Kita je la kejap2 bangun nak tengok dia okay ke tidak.

Masih adapt. Dalam fasa trial and error. Maklumlah first time. Siapa pernah experience?

Tambahnya lagi, sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting untuk memastikan proses penyembuhan itu cepat dan berjalan lancar.

Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah 😭♥️

Awal-awal baby menangis memang panic

Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh! 😂 Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah). Kena belajar dengan org2 yg expert jaga baby. Kalau dekat rumah ni, my mom and my sister mmg expert. Tenang je jaga baby. Salute!

Jika anda perlukan pertolongan, minta sahaja

Ada hari kita letih, esp kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out. Tell your husband, tell your family members. Fasa berpantang ni mmg mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu.

Kena banyak rest

Dr i kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Memang kena banyak rest (walaupun sebenarnya bila jaga baby ni takde rest sgt pun haha), tapi elakkan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama. Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah. Luka czer pun cantik doktor kata. Less than two weeks, i boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati ya, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh! 😂

Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease.

Rata-rata mengalami pengalaman yang sama ketika berpantang. Mereka juga berada di dalam situasi yang penat dan tidak dapat tinggalkan baby untuk lakukan urusan lain. 

Untuk mama yang sedang berpantang atau bakal berpantang, mintalah pertolongan orang sekeliling jika memerluka. Fasa berpantang adalah fasa untuk mama berehat daripada penat mengandung dan bersalin. Selamat berpantang!

Sumber: Tasha Manshahar

 

Tinggalkan Komen