Jangkitan tonsil atau tonsillitis adalah salah satu jangkitan yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia berpunca daripada pelbagai jenis kuman seperti virus Influenza, Parainfluenza dan Rhinovirus ataupun bakteria seperti Streptococcus pneumoniae dan Hemophilus influenza.
Selalunya kuman-kuman tersebut tersebar melalui rembesan sistem pernafasan seperti air liur, hingus dan kahak, menerusi ciuman, bersin dan batuk.
Antara gejala utama tonsillitis adalah demam tinggi, sakit tekak, batuk dan selesema. Kanak-kanak juga boleh mengalami muntah-muntah terutamanya pada fasa awal jangkitan. Apabila tonsil bengkak dan merah, selera makan akan berkurangan disebabkan rasa sakit di bahagian berkenaan.
Ads
Kanak-kanak yang dijangkiti juga akan menjadi kurang aktif kerana kurang selera untuk makan dan minum. Bengkak pada dinding rongga hidung dan tonsil pula akan menyempitkan saluran pernafasan lalu kanak-kanak akan berdengkur semasa tidur.
Jangkitan tonsil mudah dirawat menggunakan antibiotik yang sesuai. Sekiranya dirawat dengan cepat dan tepat, semua gejala akan beransur hilang dan kanak-kanak akan pulih sepenuhnya dalam jangka masa lima hingga tujuh hari.
Ads
Walau bagaimanapun, adakalanya sebahagian kanak-kanak mendapat jangkitan tonsil yang berulang. Antara risiko komplikasi jangkitan tonsil yang berulang adalah tonsillar hypertrophy di mana tonsil kanak-kanak itu kekal bengkak walaupun semasa bebas jangkitan.
Tonsillar hypertrophy merupakan salah satu penyebab masalah Obstructive Sleep Apnea Syndrome (OSAS) iaitu masalah saluran pernafasan menjadi sangat sempit atau tertutup semasa tidur. Kanak-kanak ini akan mengalami masalah tidur yang tidak sempurna. Tidurnya tidak nyenyak kerana asyik terbatuk dan tercungap sehingga mungkin terjaga beberapa kali setiap malam.
Tidur yang tidak berkualiti menyebabkan anak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Hal ini boleh menjejaskan kualiti rutin hariannya. Dalam jangka masa panjang masalah OSAS ini turut berisiko untuk mendatangkan komplikasi kepada fungsi jantung anak pula.
Antara rawatan yang disarankan untuk masalah tonsillar hypertrophy ini adalah tonsillectomy iaitu pembedahan untuk membuang tonsil. Walau bagaimanapun, pesakit disarankan untuk mendapatkan konsultasi dan nasihat daripada Doktor Pakar Bedah Telinga Hidung dan Mulut (ENT) terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didiagnosis dengan barah payudara merupakan mimpi ngeri untuk setiap wanita, bahkan dirasakan seolah-olah hukuman mati.
Lagi perit apabila berita ini diketahui ketika masih mempunyai anak kecil yang menyusu badan. Perasaan pasti bercampur-baur, risau kesihatan anak terjejas, tetapi kasihan pada si kecil yang dahagakan susuan ibu.
Persoalannya, selamatkah penyusuan bayi untuk wanita yang mempunyai barah payudara? Teruskan membaca ya!
Barah payudara dan penyusuan bayi
Para ibu yang didiagnosis dengan barah payudara dan baru melahirkan si kecil pasti akan berasa sedih dan rendah diri kerana menganggap mereka tidak akan dapat menyusukan bayi.
Sebenarnya, penyusuan bayi selepas rawatan selalunya SELAMAT untuk anda dan bayi anda SELAGI anda tidak menjalani kemoterapi atau mengambil ubat terapi hormon seperti tamoxifen.
Ubat terapi barah payudara seperti tamoxifen atau trastuzumab boleh hadir dalam susu anda, dan menjejaskan kesihatan serta perkembangan bayi anda.
Berundinglah dengan doktor anda mengenai jangka masa anda harus menunggu selepas kemoterapi anda berakhir sebelum selamat menyusukan bayi anda.
Pasca pembedahan payudara dan penyusuan bayi
Sekiranya anda telah menjalani pembedahan pada payudara yang terlibat, anda boleh menyusui si kecil anda dengan menggunakan payudara yang sihat.
Namun begitu, ia juga bergantung dengan jenis pembedahan yang dijalankan ke atas anda.
Jika anda masih susah untuk menghasilkan susu badan setelah beberapa kali menyusukan atau mengepam, silalah berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Boleh ke bayi saya mendapat kanser juga?
Jangan risau, barah payudara tidak akan menjangkiti si kecil anda melalui penyusuan badan. Jika anda masih dapat menghasilkan susu di bahagian payudara yang terlibat, anda boleh menyusukan bayi anda seperti biasa.
Namun, terdapat kemungkinan yang bayi anda akan menolak susu dari payudara yang terjejas. Hal ini kerana rasa susu selalunya berubah atau bekalan susu menurun disebabkan pertumbuhan sel-sel dan tisu barah.
Prosedur diagnostik, ada kesan sampingan ke?
1. Teknik pengimejan
Pengimejan diagnostik untuk barah payudara seperti mamografi, X-ray, MRI, skan CT , skan PET dan sebagainya tidak invasif serta tidak menjejaskan pengeluaran atau keselamatan susu anda.
Bahan kontras yang digunakan untuk teknik pengimejan adalah selamat dan tidak akan hadir dalam susu anda. Oleh itu, ia tidak akan mengganggu proses penyusuan bayi.
2. Aspirasi jarum
Prosedur ini selalu dijalankan untuk membuang kandungan sista dan bengkak susu. Ia tidak akan menjejaskan pengeluaran mahupun kualiti susu anda.
3. Biopsi
Biopsi ialah satu pembedahan kecil di mana tisu barah akan dikeluarkan untuk tujuan analisis diagnostik.
Prosedur ini boleh merosakkan saluran atau saraf laktasi bergantung kepada teknik, jumlah tisu yang dikeluarkan dan lokasi pemotongan.
Pemotongan di bahagian kuadran payudara atas dan dalam biasanya paling selamat, sementara pemotongan di sekitar areola boleh merosakkan tindak balas saraf yang mempengaruhi pengeluaran susu.
Parut atau jangkitan dari biopsi juga boleh membahayakan tisu yang menghasilkan susu badan anda. Sekiranya jangkitan berlaku, ia boleh dirawat dengan antibiotik yang selamat untuk penyusuan bayi.
Terapi barah payudara dan penyusuan bayi
1. Terapi radiasi
Terapi radiasi boleh merosakkan tisu penghasilan susu dan berkemungkinan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu, kadang-kadang sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, payudara yang tidak menerima radiasi tidak akan terjejas dan selamat untuk penyusuan bayi.
2. Kemoterapi
Penyusuan bayi semasa kemoterapi sangat tidak dibenarkan kerana ubat-ubatan yang digunakan untuk membasmi sel barah payudara sangat toksik dan boleh dipindahkan ke dalam susu.
Penyusuan susu ibu setelah kemoterapi selesai kemungkinan boleh dilakukan bergantung kepada ubat-ubatan yang digunakan.
3. Pembedahan barah payudara a) Lumpektomi
Kemampuan anda untuk berjaya dengan penyusuan bayi menggunakan payudara yang terjejas bergantung kepada jumlah tisu dikeluarkan dan sama ada anda menerima radiasi atau tidak.
Sebilangan besar wanita selepas lumpektomi dapat menghasilkan sedikit susu dari bahagian payudara yang dirawat.
b) Mastektomi tunggal
Bagi mastektomi tunggal, penyusuan bayi dari payudara yang tidak terjejas boleh dijalankan.
Banyak pakar beranggapan meskipun pada awalnya penghasilan susu terhad, tetapi dengan penyusuan dan pengepaman yang kerap, anda mungkin dapat menyusukan si kecil dengan jayanya.
c) Mastektomi berganda
Oleh sebab tiada saluran susu yang tersisa, anda tidak akan dapat menyusukan bayi anda.
Buat para ibu yang mengalami keadaan sebegini, janganlah berputus asa ya! Berbincanglah dengan pasangan, ahli keluarga dan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda dan bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana ibu pasti mahu menurunkan berat badan selepas bersalin. Walaupun sudah kehilangan banyak berat badan selepas melahirkan, ada lemak di bahagian perut yang masih sukar dihilangkan.
Jangan risau! Berikut merupakan petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkesan dan boleh membantu anda mengatasi masalah perut buncit.
1. Madu dan lemon
Gunakan perahan lemon segar dan campurkannya dengan segelas air suam bersama setengah sudu teh madu. Minum semasa perut kosong atau sebelum makan.
Sebaik-baiknya, minum air ini sebaik bangun dari tidur dan elakkan daripada apa-apa makanan atau minuman selama setengah jam.
Untuk lebih enak, anda boleh sediakan air yang sama dan diletakkan daun pudina atau hirisan timun. Kemudian, biarkannya di dalam peti sejuk semalaman.
2. Teh hijau
Secawan teh hijau membantu proses pembakaran lemak. Minum ia dalam keadaan suam. Pastikan juga teh yang dibuat tidak mengandungi gula.
Tidak mengapa, teh hijau kosong tetap enak rasanya. Anda seolah-olah minum air kosong sahaja.
3. Epal
Epal boleh menghilangkan lemak perut! Ia mengandungi pektin yang membantu proses pembakaran lemak.
Ia turut kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak berlebihan.
4. Buah dan sayur
Makan lebuh banyak sayur-sayuran dan buah-buahan di samping bijirin dan protein sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak yang boleh. Elakkan juga daripada mengambil minuman manis dan berkarbonat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, mangga, oren, brokoli dan ulam-ulaman boleh membantu andaa menurunkan berat badan selepas bersalin.
5. Air kosong
Ia adalah bahan semula jadi yang sangat berkesan kerana membantu mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.
6. Bawang putih
Bawang putih boleh mengempiskan perut. Apa yang perlu anda lakukan ialah makan bawang putih yang telah dikukus senasa maakan nasi. Namun bukan semua ibu dapat tahan bau dan rasanya. Apa-apa pun ia boleh beri kesan yang diinginkan.
7. Losen atau krim halia
Losen atau krim yang mengandungi pati halia kerap kali digunakan sebagai sapuan di bahagian perut untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Terdapat pelbagai jenis losen dan krim di pasaran. Cuba dapatkan losen yang ada kandungan kolagen, vitamin A, C dan E. Dengan yang demikian, ia bukan saahaja membantu menegangkan struktur kulit perut, malah membantu meningkatkan aliran darah juga.
Di samping bahan-bahan semula jadi ini, anda tetap perlukan menggunakan kaedah lain seperti berbengkung. Ia adalah cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Pastikan ia diikat dengan betul dan ketat.
Anda juga digalakkan untuk bersenam. Mulakan dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal.
Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita tentang penyakit kronik dikalangan bayi dan juga anak-anak kecil dilihat semakin menular dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Ibu bapa manalah yang sanggup melihat anak-anak yang masih kecil menanggung kesakitan yang maha hebat. Tapi apakan day ajika itu sudah takdir yang perlu mereka lalui.
Kebanyakkan penyakit yang berlaku kepada bayi dan juga anak-anak kecil ini dikesan sama ada dari dalam kandungan ibu mahupun setelah beberapa tahun menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Membuka tirai bulan November 2019, perkongsian seorang pengguna Facebook, Yeen Machi tentang bayinya yang telah disahkan mengalami masalah jantung sejak lahir sedikit sebanyak meruntun hati warganet. Dalam perkongsian itu juga ibu ini berkongsi serba sedikit masalah dan derita yang terpaksa ditanggung oleh anaknya, Amirul Fath Mikael.
1/11/19 – cukup 60 ari anak mama amirul fath mikael berkampung di HUSM. X pernah mama buka cerita pasal fath mikael. Yg bertanya kabar adalah mama cerita.. Selebihnya mama simpan.
Amirul fath mikael disahkan ada masalah jantung sejak dilahirkan. Interrupted aortic ach and Taussig bing. Nak explained pn mama bkn doktor.
Solusi utk penyakitnya hanyalah melalui pembedahan di IJN. Anggaran kos pembedahan RM200k keatas. Untuk kos setinggi tu mama mohon dana bantuan kerajaan dan kini menunggu giliran utk pembedahan. Hingga sekarang giliran anak mama belum tiba.
Semalam doktor mengesahkan jantung amirul fath mikael membengkak. Bengkak yg boleh menghimpit paru paru dan menghalang proses pernafasan. Itu yg mama faham semasa doktor explained. Hanya pada Allah mama berserah dan bergantung harap.
Para sahabat sekalian mama mohon ihsan doa untuk kesihatan amirul fath mikael. Dengan harapan ada doa yg dimakbulkan Allah. Insha Allah. Aamiin.
Melalui posting tersebut, ramai warganet yang turut melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan Amirul Fath Mikael. Posting tersebut juga mendapat 2.5 ribu komen dan juga dikongsi oleh 2.8 ribu warganet.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar urusan rawatan anak kecil ini dipermudahkan dan urusan mendapatkan dana untuk pembedahan berjalan lancar. Semoga Amirul Fath Mikael juga diberi kesembuhan….Amin!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.