Soalan: Saya pilih untuk terus bekerja. Walaupun saya rasa kesian pada anak-anak, saya tak ada pilihan. Saya terpaksa terus bekerja.

Ramai ibu-ibu yang memilih untuk bekerja demi anak-anak walaupun hati berat memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa. Bagi yang dalam dilema, ikuti perkongsian daripada Ibu Rose. Semoga dengan penjelasan ini para ibu lebih tenang dan positif.

“Pilihan yang BETUL tetapi SALAH!”

Sayang, it is okay kalau anda mahu terus bekerja. Apa yang harus anda lakukan hanya perlu memurnikan NIAT. Apa yang anda RASA, itu akan MENARIK TENAGA dan memberi kesan pada sekeliling.

“Apa maksud Ibu, saya tak faham?”

Bagus, bila terus bekerja itu atas dasar mahu membantu ekonomi keluarga, meringankan beban suami, mahu bantu ibu ayah, adik beradik, tidak mahu menyusahkan suami atas komitmen yang dah dilakukan.

Namun, itu belum cukup ‘Ummpph’ kata orang. Apa kata naikkan sikit levelnya.

“Ibu saya mahu menjadi isteri yang melapangkan hati suami, mahu berkhidmat pada ibu ayah, memberi khidmat yang terbaik di tempat kerja kerana saya mahu bawa rezeki yang berkat dan bersih buat diri saya dan keluarga. Saya juga mahu selalu berinfaq dan menjadi pembayar zakat. Saya nak apa yang saya lakukan ini semua menjadi amal soleh yang dipandang Allah.”

IKLAN

Alhamdulillah, semakin baik niat tu.

Kan dalam agama segalanya bermula dengan NIAT.

Niat lagi power bila kita lakukan sesuatu untuk orang lain bukan sebab kita sahaja dan ULTIMATE adalah untuk mengejar REDHA ALLAH. Good.

Aha…ada satu perkara lagi adalah berkenaan RASA.

Pada ayat tadi, “Saya tak ada pilihan. Saya TERPAKSA terus bekerja Ibu.”

Bila kita TERPAKSA maka di situ hilang tenaga dalam melakukan sesuatu.

Haa….ini semua memberi kesan pada diri anda, orang sekeliling dan hasil kerja itu.

Semua perasaan atau RASA yang positif seperti semangat, bahagia, seronok, akan membawa kepada TENAGA yang TINGGI. Maka, anda akan melalui hari yang menyeronokkan dan membahagiakan. Ia juga akan dirasai oleh kawan sekerja, suami dan anak-anak atau siapa saja disekeliling anda. Buat apapun menjadi.

Sebaliknya kalau pergi kerja dengan RASA yang negatif seperti malas, terpaksa. Maka anda akan membawa TENAGA yang RENDAH. Rasa lemau kat tempat kerja, tak ceria, buat kerja pun tak enjoy, mudah sentap, mudah buat kesilapan dan sebagainya. Hari itu akan menjadi hari yang moody, tak best. Ia juga akan menjangkiti orang sekeliling. Semua jadi serba tak kena.

RASA yang POSITIF hasilkan TENAGA TINGGI dan hasilkan VIBRASI tinggi. Apa yang bestnya, bila VIBRASI kita TINGGI, ia akan menarik perkara yang bersifat TINGGI VIBRASInya juga pada kita seperti..kebahagiaan, kekayaan, kegembiraan. Haa…bestkan.

Begitu pula kalau RASA yang NEGATIF. Ia menghasilkan TENAGA RENDAH dan VIBRASI jadi RENDAH. Maka, ia mudah menarik perkara yang RENDAH VIBRASI nya seperti marah, sedih, sakit hati, susah, kesempitan dan seumpama dengannya. Tak best kan begitu.

Jadi, bagaimana nak tune kepada RASA yang POSITIF?

Ha, ia bermula dengan rutin sebelum tidur dan bagaimana kita bangun tidur.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

Sumber:
Ibu Rose – Mesejnya Kasih

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)