Rasanya kebanyakan ibu bapa mengalami keadaan, di mana salah seorang anak mesti ada yang menjadi paling ‘nakal’ kan.
Paling ‘nakal’ disini bermaksud degil. Berdasarkan perkongsian Puan Azeni Ahmad dalam blognya, jangan terlalu melabelkan anak yang nakal ini sebagai anak yang tak ada potensi untuk berjaya.
Sebenarnya saya kurang gemar menggunakan ataupun cuba elakkan menuturkan perkataan tersebut. Kerana perkataan itu agak ‘keras’ dan apabila diucapkan di depan anak-anak, kedengarannya tidak enak sekali kan. Hehe.
Sebenarnya, bagi saya masalah anak yang kurang dengar cakap ataupun ‘nakal’ ini adalah terlalu subjektif. Tidak boleh dikategorikan bagaimana kalau itu yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap.
Anak yang dikatakan ‘nakal’ apabila:
Tidak mahu dengar cakap kita sebagai ibu bapa ataupun orang dewasa.
Kaki melalak atau meraung dan menangis bila tak dapat sesuatu yang dia nak.
Paling selalu buatkan kita hilang sabar sampaikan terpaksa marah dan tengking.
Dan banyak lagi keadaan di mana mereka bersikap di luar pemikiran kita. Di mana mereka bersikap tidak seperti yang kita mahukan.
Betul tak?
Kalau tak betul pun, takpa.
Masing-masing mempunyai definasi tersendiri kan. Sebab setiap anak kita mempunyai karakter ataupun personaliti yang berbeza.
Sedangkan dengan adik-beradik yang lain pun sudah berbeza karakter, inikan pula dengan anak orang lain. Yang berbeza sperma dan ovum nya.
Cuma kita sahaja sebagai ibu bapa mereka yang tahu tentang karakter dan bagaimana untuk menghadapinya.
Ads
Dan tahukah anda sebenarnya anak yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap itu, mempunyai sikap ataupun personaliti untuk lebih berjaya berbanding yang mendengar cakap.
Tapi takkan disebabkan itu, kita nak anak yang ‘nakal’ pula kan. Hehe…
Ini adalah penulisan daripada Heather Young yang dibuat berdasarkan pengalaman beliau.
Mungkin boleh bantu anda melihat ia ke dalam diri anak-anak kita pula kan. Mana tahu akan memudahkan kita bagaimana untuk manage mereka.
4 Sebab Mengapa Anak Degil Menjadi Lebih Berjaya
1. Mempunyai pendirian kukuh
Disebabkan ada pendirian sendiri, kanak-kanak akan digelar tidak dengar cakap kan.
Ini kes nak kita (ibu bapa) ikut semua cakap mereka sahaja walaupun ada yang salah kan. Tak berganjak daripada pendirian.
Dari satu sisi, ia sebenarnya bagus kerana mendidik mereka untuk mempunyai pendirian yang tetap.
Tapi dari sisi yang lain, agak susah untuk kita berkompromi dan nak-nak kalau berada di tempat awam kan. Lagi haru dan memeningkan kepala.
Ini memang kena guna pendekatan yang halus dan lembut untuk jadikan situasi win-win.
Ads
Sebab bagi saya, kalau dijerit lagi dan ditinggikan suara menambahkan keadaan yang lebih tegang lagi.
So semua itu, berbalik pada pendekatan ibu bapa itu sendiri. Elakkan menjerit pada anak.
2. Sangat berdikari
Selalu diperhatikan, kanak-kanak yang jenis ini akan lebih berdikari. Akan buat semua benda dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa.
Mungkin kita sebagai ibu bapa merasakan ataupun nampak mereka buat sesuka hati kan. Tetapi biarkan mereka berkreativiti mengikut cara mereka selagi ia tidak membahayakan keselamatan.
Mungkin salah satu caranya untuk rapat adalah dengan melakukan aktiviti bersama dengan mereka.
3. Mempunyai watak kepimpinan secara semulajadi
Dengan mempunyai pendirian tetap sendiri, membuatkan orang lain perlu mengikut cakapnya. Tidak boleh dibantah ataupun melawan.
Biasanya keadaan ini terjadi di antara adik beradik. Antara abang, kakak, ataupun adik mesti akan ada seorang yang bertindak sebagai ketua kan.
Ads
Biasanya ibu bapa akan bagi arahan pada yang paling sulung untuk bantu adik-adik yang lain. Tetapi boleh jadi keadaan terbalik jika adik yang lebih ‘nakal’ daripada abang atau kakak.
Biasanya anak yang sulung lebih mendengar cakap berbanding anak tengah ataupun yang bongsu kan. So abang atau kakak akan mengalah dan ikut cakap.
4. Menyuarakan pendapat
Apabila berdikari dan mempunyai pendirian, menyebabkan secara tidak langsung berani menyuarakan pendapat.
Kanak-kanak akan merasa lebih selamat dan berani untuk bercakap apa yang dia rasakan betul apabila ibu bapa suka mendengar.
Bukan setakat mendengar tetapi berikan kebebasan untuk buat keputusan asalkan masih dalam keadaan yang normal kan.
Berbanding dengan generasi Y yang dulu. Lebih banyak menurut daripada bersuara kan.
Kena berubah mengikut peredaran masa.
Kesahihan 4 sebab di atas tidak pasti berjaya atau tidak untuk diaplikasikan pada anak masing-masing. Tetapi bagi kita sebagai ibu bapa walaupun anak itu ‘nakal’ ataupun tidak, terlalu pendiam ke, tidak ada langsung ciri kepimpinan ke, semua itu boleh dicorak kemudian dengan persekitaran yang sesuai dan selesa.
Saya sendiri pun masih bereksperimen untuk memahami anak-anak saya. Banyak artikel dan juga jurnal tentang keibubapaan yang boleh dibaca.
Tetapi itu hanya sebagai panduan sahaja. Apa-apa pun hanya kita sebagai ibu bapa sahaja yang memahami anak kita sendiri. Dan kita sendiri yang akan mencorakkan mereka untuk di kemudian hari.
Tahukah anda rasa bosan yang dialami oleh kanak-kanak adalah baik untuk perkembangan kognitif (pemikiran) mereka?
Untuk mengatasi rasa bosan, kanak-kanak akan:
1) Menggunakan pemikiran kreatif (creative thinking) untuk memikirkan idea dan aktiviti yang unik dan di luar dari kebiasaan.
2) Menggunakan kapasiti imaginatif (imaginative capacity) untuk membayangkan, melakonkan, meniru watak, karakter dan pekerjaan yang pernah dilihat atau didengari. Imaginasi juga mendorong penggunaan bahan yang pelbagai untuk membentuk dan membina sesuatu rekaan. Selain itu, imaginasi juga memupuk penggunaan bahasa dan perkataan untuk meluahkan dan menyampaikan perasaan dan pemikiran.
3) Mempraktikkan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) bagi merancang dan mencapai sesuatu matlamat yang cuba dicapai.
Selain itu, percubaan untuk mengatasi rasa bosan juga mengajar kanak-kanak untuk:
4) bergantung kepada diri sendiri dan tidak berharap untuk sentiasa dihiburkan oleh ibubapa atau orang lain.
5) membina ketahanan jiwa (resilience) ketika melalui saat yang sukar dan menekan.
Jika kita sering menyogok kanak-kanak dengan gajet atau TV ketika waktu lapang atau apabila mereka kebosanan, kita terlepas peluang untuk memupuk skil penting bagi membina perkembangan kognitif mereka.
Berilah peluang untuk mereka merasa bosan dan memikirkan cara untuk mengatasi kebosanan. Tentu ada sahaja idea yang dapat mereka fikirkan dengan sendiri.
Setiap perkembangan anak kita berbeza-beza. Ada yang ramah malah bijak berkata-kata dan petah menyusun ayat. Namun ada juga anak yang lambat bercakap atau speech delay. Perkembangan mereka berbeza.
Yang mama papa perlu tahu, ada caranya untuk berkomunikasi dengan anak-anak ini. Perlu lebih fokus dalam setiap percakapan dengan mereka. Puan Aisyah Kassim, patalogi pertuturan bahasa ada caranya.
TIP BERCAKAP DENGAN ANAK SPEECH DELAY
Bila kita nak ajar bahasa atau style perbualan pada anak, terutamanya anak yang speech delay, kita kadang-kadang rasa tak tau nak cakap apa. Sebab kalau cakap anak tak reply balik. Entah faham ke tidak apa yang kita cakapkan.
Sebenarnya, kita hanya perlu bercakap seolah-olah anak tu memang boleh bercakap dengan kita.
*Gunakan bahasa dan cara bercakap yang natural je, cuma control dari segi penggunaan ayat kita je. Gunakan ayat yang simple supaya anak mudah untuk ingat dan faham. Dah faham barulah anak boleh guna dengan betul pada situasi yang betul.
*Tak perlu guna bahasa baku, bahasa buku, bahasa penulisan, bahasa surat, bahasa sanskrit dan bahasa-bahasa lain, guna bahasa yang biasa kita guna je.
Tp keynya adalah perlu rajin berbual dengan anak, bagi peluang, dan have fun..
*Gunakan ayat yang simple dan pendek-pendek supaya anak lebih senang untuk dengar, pick up satu persatu, faham dan ingat.
*Tunjukkan perkataan yang kita sebut dengan menggunakan objek/gmbr/gesture/aksi. Cntohnya jika sebut bola, tunjukkan objek bola, sebut sejuk, buat aksi sejuk, sebut besar, buat gesture besar.. jadi anak boleh relate apa yang dia nampak dan apa yang didengar, baru mudah untuk faham.
*Perlahankn pertuturan anda, bukan perlahankan suara tapi perlahankan kelajuan supaya anak lebih senang pick up perkataan yang kita sebut.
*Tekankan perkataan yang disebut menggunakan intonasi atau kekuatan suara yang menarik. Bila perkataan ditekan sebutannya akan lebih menarik perhatian anak.
Kredit: Aisyah Kassim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun masa raya, anda tetap boleh merangsang minda anak secara positif antaranya bantu anak mengenali Allah secara dekat. Sememangnya musim raya ini anak-anak akan ‘bebas’ bermain tanpa kawalan ibu bapa. Mana taknya, waktu ini ibu bapa sibuk berbual dan menjamah hidangan bersama adik beradik ketika berkumpul di kampung.
Namun, apa salahnya ambil masa 15 minit, untuk jangan sekali lupa untuk mendidik anak-anak mengenali Allah. Ini lah masa yang sesuai!
Cantiknya adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik.
Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Cantiknya adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik. Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita.”
Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Fahim solat sunat raya dengan mama, lepas tu tolong mama susun kuih raya. Mesti Allah suka tengok Fahim buat baik dengan mama dan sediakan Fahim pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Kaitkan sikap menabung dengan rahmat Allah
Kanak-kanak harus didik menghargai rahmat Allah. Contohnya apabila anak kita mendapat duit raya, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dapat duit raya banyak hari ini. Allah suka orang yang tidak membazir. Nanti Aiman boleh simpan duit raya ni ye di bank nanti. ”
Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Setelah anak bersalam dengan anak memohon maaf di pagi raya. Katakan kepada mereka bahawa Allah juga sayangkan mereka. Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati siapa yang tidak luluh apabila kehilangan permata hati, apatah lagi anak yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan kasih sayang dalam keluarga. Begitulah...