Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah Raissuddin sering kali berkongsi momen romantis mereka berdua di Instagram mereka. Kejayaan demi kejayaan diraih tidak sedikit pun memudarkan kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga, malah mereka berdua nampak persis pasangan yang baru berumah tangga.

Baru-baru ini Sarah yang pernah berkongsi tentang anak bongsu mereka Ariq Matin menginginkan adik di Instagram miliknya. Portal hiburan Gempak sempat menemubual Sarah bertanyakan lanjut mengenai hal tersebut.

Menurut Sarah dia dan Shuib memang teringin untuk mempunyai anak lagi setelah usia anaknya Ariq Matin kini 5 tahun.

“Sebenar-benarnya kalau ditanya saya memang inginkan anak lagi. Kalau ikutkan jarak umur mereka dekat-dekat, 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Berbeza dua tahun antara mereka. Sekarang ni yang bungsu jaraknya dah jauh sangat.

“Jadi kalau ada rezeki memang teringin nak ada cahaya mata lagi. Di rumah pun ada anak adik ipar dan saya pun macam seronok bila ada budak-budak ramai di rumah,” kata Shuib memulakan bicara.

Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi, Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak-budak Sekarang Dah Jatuh Cinta!

Tambah Shuib, suatu ketika dulu dia tidak begitu menyukai kanak-kanak dan perkara tersebut turut diakui oleh isterinya, Siti Sarah.

“Shuib ni dulu bukannya suka budak. Nak pegang budak pun dia tak tahu, budak umur 5 tahun pun dia tak pandai nak pegang. Tapi sejak mempunyai cahaya mata sendiri, dia dah jatuh cinta dengan budak-budak,” ucap Sarah.

IKLAN

Diusik dengan pertanyaan sama ada Siti Sarah sudah bersedia untuk hamil lagi, dia tampak sedikit gelisah.

“Saya takut sebenarnya. Saya takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin nanti. Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan.

“Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.

Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi, Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak-budak Sekarang Dah Jatuh Cinta!

“Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman,” kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.

IKLAN

Tambah Sarah, jika rezeki telah ditetapkan dia masih sanggup melalui semua proses kehamilan dan melahirkan cahaya mata mereka tetapi masih lagi dengan syarat bahawa Shuib mesti ada bersama di sisinya.

“Kalau ikutkan masa awal-awal kahwin dulu memang kita merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata, tapi itu semua perancanganlah. Semuanya terletak pada rezeki daripada Yang Maha Esa,” kata Shuib.

“Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.

Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi, Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak-budak Sekarang Dah Jatuh Cinta!

IKLAN

“Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab yang perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri,” sambung Sarah.

Menurut Sarah lagi, mereka memang sudah mempunyai beberapa orang anak angkat tetapi tidak tinggal bersama mereka.

Ditanya tentang tanggungan anak-anak tersebut, Sarah tersenyum tetapi tidak mahu melanjutkan lagi perbualan mengenai anak-anak angkat mereka.

“Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan,” kata Sarah

Perkahwinan pasangan romantis Shuib dan Sarah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: Gempak & IG Sarah Raissuddin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI