Bila ibu ayah balik dari kerja, anak-anak sibuk berlari dan berkejar ingin peluk dan berkongsi cerita lepas seharian tak jumpa.
Masa ini lupakan seketika kepenatan anda, kerana rugilah kalau dibiarkan saat berharga ini. Jangan terlalu ego dan pentingkan diri sendiri. Cuba kita selami apa sebenarnya yang ada dalam hati anak-anak kita yang masih kecil ini.
Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita.
EGONYA KITA DENGAN ANAK !
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap.Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak melambai sambil masuk ke sekolah dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua tiga kali kena marah di awal hari.
Kalau tak beritahu pasal surat itu pun takpa fikirnya. Buat kena marah je…
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia dihantar oleh van ke daycare. Makan seorang dalam diri sambil merenung. Selera sekadar alas perut. Membuat kerja rumah dari sekolah tanpa bimbingan, takut bertanya dengan ibu bapa yang akan marah pasal tak buat di taska.. Matahari terbenam, anak merenung pintu menunggu ibu dan ayah balik..
Ads
Bila malam menjelma, barulah ibu dan ayah pun menjelma.
Dah 8 jam tak jumpa ibu ayahnya.
Banyak perkara di lubuk hati yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka teruja nak cerita dan bertanya itu dan ini.
Nak bagitahu cikgu puji dia pandai,
nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Nak bagitau yang dipilih untuk pertandingan…Pelbagai perkara masih tersekat di lidahnya….
Pilunya Hati Kecil Si Anak
Tapi dimarahi lagi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua sedang bercakap…No manner kata mereka.. Please don’t disturb now.
Anak menunduk dan masuk ke bilik.
Bergurau pula dengan adik-adiknya sambil ketawa keriangan. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita atau check komputer. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu di dapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Ads
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Kasihan Anak Kita…
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Ads
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak mentah…
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.00 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah dan petangnya di day care atau tuisyen. Hujung minggu macam-macam kelas lain pula untuk status ibubapa dan bukan minat anak!
Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kilo.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah dan tension.
Masa berlalu pantas,
Masa kecil mereka dahagakan kita,
Kita dahagakan wang dan pangkat, kononnya untuk masa depan anak.
Tapi masa kini anak diabaikan kasih sayang. Anak membesar dan menaruh kasih di luar rumah..
Nak salahkan anak lagi pasal wrong friends, atau kita pasal gagal jadi first best friend…??
Gangguan seksual kepada anak merupakan satu isu yang amat menggerunkan ibu bapa. Dulu mungkin gangguan seksual ni berlaku pada orang dewasa kini ia turut menular kepada kanak-kanak bawah umur.
Sebagai ibu bapa, perkara sebegini amat ditakuti. Kalau boleh, macam nak kurung je anak-anak dalam rumah kan? Selain doa yang tidak putus- putus, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk elak gangguan seksual kepada anak kita? Jom baca perkongsian UmmiTiqah
Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan
1) Sentiasalah bertanya tentang aktiviti anak di nurseri, babysitter, prasekolah atau sekolah. Tidak perlulah bertanya anak secara ‘direct’ kerana ini mungkin akan mewujudkan paranoia dan ketakutan dalam diri anak yang tidak tahu apa-apa. Tanya secara ‘indirect’, contohnya “Apa yang adik main di sekolah hari ini?”. Anak akan teruja untuk bercerita. Jika ada ‘watak’ yang dikenali dan dipercayai yang sering bermain dengan anak dan anda rasakan caranya tidak ‘appropriate’, mungkin anda boleh lebih ‘alert’ dan siasat.
2) Bina ‘connection’ yang rapat dengan anak. Amalkan komunikasi yang terbuka. Pemangsa selalunya mengatakan kepada anak,”Ini adalah rahsia antara kita berdua. Jangan beritahu sesiapa.”Anak akan menuruti kehendak pemangsa kerana anak sukakan pemangsa yang sering beri perhatian, hadiah dan bermain dengannya.Berkomunikasilah dengan anak supaya anak tidak melindungi apa-apa ‘rahsia’ daripada kita.
3) Ajari anak ‘safe’ dan ‘unsafe touch’. Bahagian badan yang manakah yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Bahagian manakah yang boleh disentuh oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu sahaja. Ajar anak. Jangan malu-malu.
4) Ajar anak YELL, RUN AND TELL atau Say NO, RUN, AND TELL kiranya ada yang cuba menyentuh bahagian tersebut atau melakukan sesuatu yang tidak elok. Jangan takut atau segan.TELL kepada sesiapa.Lindungilah anak-anak kita. There’s no such thing as someone else’s child.
Saya agak konservatif dalam menjaga anak-anak. Ini langkah-langkah yang saya praktikkan. Sekadar berkongsi:
1) Saya mandikan anak saya setiap hari sebelum dan selepas balik sekolah. Pada masa yang sama saya buat ‘physical check’ dan semasa mandi saya bersembang santai bertanyakan ada sesiapa sentuh anggota badannya.
2) Kena aware aktiviti anak disekolah dengan follow time table sekolah anak. Saya akan gone through setiap subjek pada hari itu dan tanya apa yang dipelajari & aktiviti yang dilakukan. Ini bermula semasa menjemput anak balik dari sekolah dan berlanjutan sehingga sampai kerumah. Minda mereka pada masa itu masih segar mengenai sekolah. Mungkin selepas balik sekolah, anak-anak terlupa apa yang terjadi disekolah.
3) Mendengar & respon apabila anak mengadu sakit walaupun sakit digigit nyamuk. Dengan itu anak-anak akan sentiasa rasa selamat dan diambilberat oleh parents.
4) Ibu perlu main peranan utama untuk anak-anak yang berusia muda. Jangan mengharapkan bapa kerana fitrah bapa tidak terlalu detail dan suka ‘kelebet’.
5) Faham trend & mood perangai anak. Bagaimana moodnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.
6) Yang paling utama setiap hari saya pastikan anak membaca doa “bismilahillazi” dalam perjalanan kesekolah. Sehabis doa saya berpesan kepada anak-anak, Allah sentiasa ada melindungi mereka. Jangan takut kepada sesiapa dan mak selalu sayang; ini untuk menggalakkan anak tidak takut bercerita dan berkongsi cerita.
Apa yang boleh disimpulkan, keakraban kita dan anak memainkan peranan yang amat penting. Secara alami, anak lebih mempercayai ibu bapa dalam semua aspek namun kadang kala, cara layanan dan didikan kita sendiri membuatkan anak sedikit “menjauh”. Sama- samalah kita jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak menangis di tadika memang buat ibu bapa stress! Puas di pujuk, masih menangis. Malu pun ada apabila ada ibu bapa lain yang lihat ‘drama pagi’ ni.
Sebenarnya anak-anak untuk belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.
Anak-anak yang begitu akrab dengan pengasuh atau ibu bapa akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Oleh itu, ibu bapa harus membantu kesediaan anak-anak untuk ke tadika.
Berikut antara sebab yang anak-anak menangis di tadika dan cara mengendalikan situasi ini supaya lebih bersedia ke tadika. Jom cuba. Masih belum terlambat lagi!
TIDAK BERSEMANGAT
Suasana baru membuatkan anak-anak tidak bersemangat untuk ke tadika. Namun ibu bapa harus menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak mula belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokkan.
NAMA SENDIRI
Anak-anak akan rasa kecewa dan malu apabila mendapati dirinya tidak dapat menulis dengan baik namanya sendiri. Jika mengetahui untuk menulis namanya sendiri adalah suatu kebanggaan buat dirinya. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar perkara asas ini kepada anak sebelum anak melangkah ke tadika.
PENGIRAAN
Anak-anak tentunya malu apabila rakan sebaya dapat mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4. Juster itu, ibu bapa digalalkan mendedahkan anak-anak asas nombor.
MENGETAHUI ABJAD
Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad melalui nyanyian yang secara tidak langsung mengenal dapat abjad. Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta. Keadaan ini membuatkan anak tidak berasa rendah diri apabila aktiviti nyanyian abjad dalam kelas
MENGGUNAKAN GUNTING
Memang ada segelinitir ibu bapa tidak membenarkan anak menggunakan gunting atas faktor keselamatan. Namun anak-anak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Malah pada minggu pertama biasanya tadika digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh untuk membina kemahiran motor.
PENJAGAAN DIRI
Jika ingin memberikan keyakinan kepada diri anak, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.
Apa yang pasti, ibu bapa selalu mengingatkan kepada anaknya bahawa pembelajaran di tadika adalah menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berhentilah rasa stres kerana anak belum pandai itu dan ini. Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stres.
Setiap anak perkembangannya lain-lain. Tak semestinya anak lambat, dia tak boleh berjaya. Mungkin di awalnya saja tapi bila dah dapat rentak dia yang akan membanggakan kita nanti.Perkongsian Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ini boleh memberi gambaran jelas mengenai hal ini.
Jika anak sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik. Jika anak belum boleh bercakap pada usia di bawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay.
Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.
Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.
Mesej untuk ibu bapa janganlah terlalu stres kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anda bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang.
Dan yang paling Ibu hendak ingatkan JANGAN sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat hendak mendidik dia.