Jika biasanya mama selalu hidangkan kentang goreng apa kata ubah kebiasaan ini dengan keledek goreng. Banyak khasiat yang terkandung dalam ubi keledek. Lagi bagus kalau mama papa boleh masak menggunakan airfryer kerana lebih sihat tanpa minyak.
Menurut perkongsian DrRizal Abu Bakar, sarapan untuk anak penting sebelum ke sekolah. Ibarat kereta yang diisi petrol. Kalau petrol penuh bergerak dari KL ke Ipoh dengan senang hati. Perjalanan panjang, petrol penuh.
Kalau petrol tinggal suku sahaja tiba-tiba kena ke Ipoh tanpa perlu penuhkan petrol. Agak-agak sampai atau tidak? Sama macam baharu bangun tidur tidak makan apa-apa, perut kosong, nutrisi dalam tubuh mungkin tinggal suku. Disuruh belajar sampai ke petang. Dapatkah belajar dalam keadaan begini?
Kebaikan Keledek
*Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.
*Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.
*Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU membantu menurunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Antara kelebihan lain:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke empat.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Wanita secara fitrahnya dilahirkan bersifat lemah lembut dan manja. Seorang wanita sukakan perhatian dan gemar berkongsi perasaan dengan insan yang mereka kasihi. Apabila berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak, mungkin perwatakan mereka akan berubah.
Karakter isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku.
Isteri Yang Lemah Lembut Berubah
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
Saat kita berdepan dengan detik melahirkan anak, tidak ada insan lain yang boleh kita harapkan melainkan suami untuk membantu setiap detik kesakitan. Berkongsi kisah ini, Syaheera Abdul Rahman, isteri kesayangan Fad Bocey turut berkongsi cerita mengenai detik kelahiran bayi keempatnya.
Kata Syaheera menerusi instagram miliknya, walaupun kelahiran anak keempat, namun suaminya Fad turut memberi sokongan padu buatnya sepanjang masa. Dan inilah kekuatan yang dimilikinya untuk melahirkan Ibrahim Jibriel.
“Thank you @fadbocey for our third time we went through this tough time. Harapnya kalau ada keempat kelima keenam awak masih setia kat tepi walaupun part Doktor Norleen panggil ayahnya meh tengok ni dah nampak kepala.
“Masa tu muka daddy dah jadi warna biru sebab takut. Thank you daddy sebab awak korban masa, tenaga duit untuk saya dengan anak-anak. Banyak sangat. Tak terbalas jasanya.
“Bila tengok awak tidur lepas balik kerja sayu rasa. Selalu doa moga kita berjodoh hingga ke syurga,” katanya.
Dalam pada itu, Syaheera turut mengucapkan ucapan penghargaannya kepada doktor dan jururawat yang banyak menyenangkannya sepanjang proses melahirkan baby Ibrahim.
“Thank you jugak @avisenawcsh. This is not my first time but still layanan masih sama. Thank you semua nurse yang dari labour room, tingkat 17, nursery dan semua yang melayan kami. Moga Allah balas kebaikan kalian. Of course lagi seorang yang sentiasa jadi orang pertama tengok anak-anak is DR NORLEEN .
Orangnya sangat positif, sangat cool, sangatlah soft. Tak pernah sekali pun dia buat kita down. Hayyan, Zayyan, Aminah dan baby Ibrahim semuanya dengan Dr Norleen. Request her sebab she’s the best in the world,” katanya lagi.
Pengalaman bersalin kali ini lebih mudah
Dalam pada itu, Syaheera juga turut berkongsi proses kelahiran baby Ibrahim, seperti yang diminta oleh para pengikutnya di instagram.
Katanya lagi, kelahiran kali ini cukup mudah berbanding melalui pembedahan anak kembarnya dan juga kelahiran normal, Aminah.
“Orang mintak share pengalaman anak keempat ni. For sure anak ni lagi mudah prosesnya sebab twins dulu ceaser. So bila Aminah i try normal so prosesnya memang lama nak tunggu bukaan tu sampai ke 9cm.
“Tapi baby Ibrahim Jibriel ni kitorang agree to induce sebab i cannot wait lagi lama dengan keadaan baby makin besar. Takut bila tunggu 40weeks baby lagi berat, so susah untuk normal. So at 38 weeks something memang dah start sakit cuma laluan tu tak bukak.
“So we decide to admit on 19 October and then doktor check rupanya dah ada laluan sikit about 1.5cm” katanya yang berkongsi melalui instagram miliknya.
Banyak lagi perkongsiannya yang turut dikongsikan dengan panjang lebar melalui instagramnya.
Terdahulu Syaheera dan Fad berkahwin pada 14 Mac 2015 dan kini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.
Waktu terbaik anak belajar berbeza mengikut jam biologi dan usia. Ketahui bagaimana ibu ayah boleh mengenal pasti masa paling sesuai untuk membantu anak belajar dengan lebih fokus dan berkesan.