Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja. Boleh dikatakan 80% pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh, baru bekerja dan sebagainya. 

Bukan senang untuk membina hidup baru bersama pasangan. Namun bersyukurlah sekiranya anda dikurniakan dengan pasangan yang baik dan memahami. Mereka sanggup bersusah bersama anda, tidur beralaskan tilam biasa di dalam rumah yang kosong.

Itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah apabila anda dan pasangan sudah mampu dan senang suatu hari nanti. Pasti anda dan pasangan akan merindui saat-saat susah bersama, mungkin ada yang belum mampu mempunyai kereta dan hanya menaiki motorsikal dalam hujan untuk membeli barang dapur, ada yang hanya mampu makan nasi berlauk telur dan kicap tapi itulah yang paling manis dalam rumah tangga “Kesefahaman ,Tolak Ansur, Kejujuran, Kesetiaan, Penerimaan”.

Baca Selanjutnya:

Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik? Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya

Masa Baru Berkahwin

Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.

Kumpul duit beli barang sikit-sikit

Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.

Jangan Ingat Rezeki Tu Duit Je

Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Makan Apa Ada, Masak Sendiri Di Rumah

Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.

Rezeki Makin Bertambah

Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.

Percayalah Allah

Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.

Doa lah Selalu Supaya Keluarga Kau Murah Rezeki

Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.

Elak Guna Pembiayaan Peribadi

Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.

Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.

Kesusahan Di Awal Perkahwinan Itulah Yang Jadi Kenangan Indah

Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!

Kredit: AmirSyahir
Gambar sekadar hiasan.

Tinggalkan Komen