Sumbing bibir dan lelangit adalah kecacatan kelahiran yang berlaku bila lelangit atau mulut bayi tak terbentuk dengan sempurna ketika bayi di dalam rahim.
Bulan julai adalah bulan kesedaran Sumbing (Cleft Lip & Palate) dan Dr. Muhammad Izzat sudi berkongsi beberapa info mengenai bayi klef ini.
Bibir terbentuk pada minggu ke 4 dan minggu ke 7 kehamilan. Sepanjang perkembangan bayi ketika hamil, sel-sel dari arah berlawanan akan membesar dan bercantum pada tengah-tengah untuk membentuk muka bayi.
Percantuman ini membentuk bahagian muka seperti bibir dan mulut. Sumbing terjadi apabila proses pencantuman yang melibatkan bahagian mulut tidak bercantum sepenuhnya sebelum dilahirkan menyebabkan ada bukaan di bahagian bibir atas.
Bukaan ini boleh jadi kecil melibatkan bahagian bibir atas sahaja sehingga melibatkan lelangit dan juga bahagian hidung. Bayi yang ada sumbing bibir boleh ada sumbing lelangit.
Bayi yang ada masalah ini boleh ada masalah pertururan, masalah untuk makan dan boleh ada masalah jangkitan pada telinga. Juga boleh ada masalah pada gigi.
Ads
Sebab – sebab berlaku sumbing ni tak diketahui. Banyak sebab dikaitkan dgn faktor persekitaran si ibu, permakanan atau pun sesetengah ubat yang digunakan oleh ibu ketika hamil.
Tapi tiada kata putus yang mengatakan memang betul-betul disebabkan olehnya, cuma ada perkaitan sahaja.
Ada beberapa kajian menyatakan bahawa faktor-faktor ini meningkatkan risiko ibu mendapat anak yang sumbing;-
✅MEROKOK – wanita yang merokok ketika hamil adalah lebih berisiko mendapat bayi yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tidak merokok
Ads
✅KENCING MANIS – wanita yang telah mengidap kencing manis sebelum hamil mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tidak ada kencing manis
✅PENGGUNAAN UBAT-UBATAN – wanita yang menggunakan ubat sawan/epilepsi seperti topiramate atau asid valproik pada trimester pertama kehamilan berisiko tinggi, jika dibandingkan dengan wanita yang tak mengambil ubatan ini.
Sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika ujian scan masa mengandung. Sumbing lelangit lebih mudah dikenalpasti lepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah jenis sumbing yang lain pula mungkin dikenalpasti lambat, dalam kehidupan bayi itu.
Ads
Doktor sendiri pun taktahu sebab apa sumbing ini terjadi, hanya mampu mengaitkan kejadian ini dengan beberapa perkaitan sahaja.
Sumbing langsung takda kaitan dengan ibu yang selalu minum atau makan dari cawan atau pinggan mangkuk yang sumbing (pecah sedikit) – pinggan atau cawan yang retak bahaya jugak untuk pakai sebab boleh terluka. jadi elakkan.
Satu lagi, sumbing bukan disebabkan segala sumpahan yang menyebabkan bayi itu sumbing.
Bayi menggigit semasa menyusu memang menyakitkan. Payudara digigit dan in menyebabkan kesakitan kepada si ibu. Apa pun ibu tolong jangan menjerit! Ikuti 15 tip kaunselor laktasi ini.
Sakitnya bila payudara digigit anak ketika menyusu. Walau pun bayi masih kecil, bila dikacip giginya itu sakitnya boleh buat ibu menjerit! Terutama sekali yang baru nak tumbuh gigi.
Ada sesetengah ibu yang terus tolak anak, menjerit dan sebagainya apabila anak menggigit membuatkan anak jadi takut & enggan menyusu. Apa cara terbaik nak buat bila kena gigit & nak hentikannya.
IBU KENA FAHAM PUNCA BAYI MENGGIGIT
Menurut kaunselor laktasi, Puan Noorfazila Abdul Rahman situasi bayi menggigit bukanlah suatu situasi yang kritikal sehingga penyusuan perlu dihentikan. Tidak dinafikan banyak kes seperti ini berlaku tetapi bukan semua bayi gemar menggigit ibu ketika menyusu.
BANYAK BERLAKU BAGI BAYI 3-6 BULAN
Perkara ni boleh berlaku seawal usia bayi 3-6 bulan. Ini kerana pada peringkat ini ada bayi yang sudah mula tumbuh gigi,. Bukan hanya puting ibu, bayi juga mula mengigit apa saja yang dipegang.
Selain faktor tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga menjadi punca situasi ini terjadi. Ini kerana bayi menggigit menggunakan gusi bawah. Jika bayi melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan bayi tiada ruang untuk menggigit.
Hal ini kerana mekanisme hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering kali digigit oleh bayi semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.
5 PUNCA LAIN SELAIN PELEKAPAN & TUMBUH GIGI
Selain tumbuh gigi dan pelekapan yang salah, banyak lagi punca kenapa bayi gemar menggigit. Antaranya;
Keadaan bayi yang kurang sihat terutama jika mengalami selesema atau jangkitan telinga menyebabkan bayi sukar menelan ini membuatkan bayi menggigit kerana kurang selesa apabila menyusu. Sebagai penyelesaian, pastikan kedudukan bayi sewaktu menyusu lebih tegak supaya bayi lebih mudah menelan.
Selain itu, ada juga bayi yang menggigit apabila tertidur atau di akhir penyusuan. Jadi sebelum bayi tertidur anda boleh mengeluarkan puting dari mulutnya dengan jari kelingking anda apabila anda rasa hisapannya mula perlahan dan lemah.
Ada juga bayi yang perhatiannya mudah terganggu dengan persekitannya terutama bayi yang sudah besar, ini menyebabkan mereka dengan tidak sengaja menggigit puting ibu terutama apabila menoleh secara tiba-tiba kerana terlupa yang mereka sedang menyusu dengan ibu.
Terdapat bayi yang gemar ibu beri perhatian kepadanya setiap kali menyusu dengan ibu, jadi jika ibu sibuk dengan perkara lain contohnya melihat telefon bimbit anak akan menggunakan teknik menggigit untuk menarik kembali perhatian ibu.
Selain itu, bayi yang bijak penuh dengan sifat ingin tahu. Sesetengah dari mereka sengaja mengigit untuk melihat reaksi ibu atau apa yang akan berlaku!
5 TIP PRAKTIKAL UNTUK IBU
Banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak dari digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antaranya ialah;
Untuk mengelakkan ibu digigit berulang kali, pastikan posisi dan cara pelekapan anak betul setiap kali anda ingin memulakan penyusuan.
Gunakan jari kelengkeng anda dengan memasukkannya di tepi mulut bayi apabila dia mula hendak menggigit. Apabila bayi menggigit jari kelengkeng anda, bayi akan melepaskan puting anda dengan sendirinya.
Jika anda terus-terusan menjerit ia akan membuatkan anak akan terus menggigit berulang kali kerana bayi menganggap anda sedang bermain dengannya. Jeritan yang kuat juga boleh menyebabkan anak fobia dan terkejut hingga menolak untuk menyusu terus dengan ibu.
Jika anak menggigit lagi semasa menyusu, ibu boleh picit hidung anak atau peluk supaya bayi sukar bernafas jadi anak akan mengaitkan faham jika dia menggigit ia akan sukar bernafas.
Jika masih berlaku, anda boleh menghentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan bercakap dengan tegas. Lakukan berulang kali lama kelamaan anak akan faham bahawa jika dia terus menggigit dia pasti tidak akan dapat menyusu lagi.
TOLONG JANGAN MENJERIT BILA DIGIGIT!
Tidak salah untuk ibu menunjukkan reaksi apabila bayi menggigit. Tetapi cukup dengan “ouch” sahaja. Ini kerana jika anda menjerit terlalu kuat di khuatir anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (nursing strikes). Ini kerana, tindakan ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berulang atau memburukkan lagi keadaan.
PENGALAMAN KENDALI KES IBU DIGIGIT, INI KOMEN KAUNSELOR LAKTASI
Ya, kes ini sering kali juga saya terima dan ada yang hampir putus asa terutama bila gigitan bayi menyebabkan puting luka hingga mengundang masalah lain seperti bengkak susu dan duktus susu tersumbat.
Sebenarnya bukanlah semua bayi gemar menggigit ibu, jadi untuk ibu yang berdepan dengan masalah ini dan jika ianya berulang kali berlaku saya sarankan untuk :-
#1 Pastikan anak sentiasa menyusu dengan pelekapan yang betul.
#2 Beri perhatian kepada anak pastikan sentiasa bersembang, pandanglah mata anak dan elakkan melakukan aktiviti lain sewaktu menyusukan anak.
#3 Jika anak sering kali menggigit, sentiasa bersedia dengan meletakkan jari kelengkeng anda di tepi mulutnya supaya apabila dia mula hendak menggigit anda boleh menghentikannya dengan jari kelengkeng tersebut. Ini kerana, bila bayi menggigit jari kelengkeng dia tidak dapat menggigit puting anda.
#4 Elakkan menarik keluar puting terus dari mulutnya ketika anak menggigit kerana tindakan ini akan membuatkan puting anda mudah terluka sebaliknya keluarkan dengan cara meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulut anak.
#5 Jadikan penyusuan suatu sesi yang menggembirakan. Jadi anak akan menikmatinya dengan gembira tanpa menyakitkan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah masuk 3 bulan usia Ayra Aneesah, nampaknya dah makin pandai melayan orang bercakap. Suka mengagah dan pandai berinteraksi buatkan ramai yang geram dengan gelagat anak dara Ummi Nazeera.
Melalui perkongsian dari daddy Ayra Dr Izzar, nak pastikan perkembangan anak normal terutama dari aspek percakapan dan bahasa, sebagai ibu bapa kita kena rajin melayan anak.
Tak boleh ada istilah jemu. Mainlah dengan anak-anak tu sepuasnya. Kalau bukan kita sendiri yang layan siapa lagi kan?
Mungkin pada permulaannya macam tak ada respon tapi lama-kelamaan anak makin selesa dan boleh menerimanya. Barulah perkembangan anak kita tak lambat.
Salah satu perkembangan bayi yang kita patut tengok adalah perkembangan speech/language. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan bayi ni. Antara milestone speech/language baby berumur 3 bulan adalah:
1) Bersuara bila kita bercakap dengan dia @ 8weeks 2) Jeritan nyaring/ squeel yang gembira 3) Sebut ‘aah’ atau ‘naah’ bila sembang dengan dia 4) Berpaling ke arah bunyi pada level yang sama
Sumber: ig izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat. Berikut 14 khasiat susu ibu buat si manja anda!
1.Vaksin pertama
Kandungan susu ibu pertama yang berkhasiat ialah kolostrum. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Merupakan vaksin semula jadi yang baik untuk bayi dan bertindak sebagai “imunisasi” pertama bayi. Susu ibu yang mengandungi banyak faktor bio yang kompleks ini memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan.
2.Kulit
Kulit bayi lebih sihat dan tidak kering. Malah mampu membantu mengelakkan dia mendapat alahan pada kulit seperti ekzema.
3.Tekak
Dapat mengelakkan jangkitan gejala sakit tekak yang merupakan penyebab berlakunya demam kepada kanak-kanak.
4.Telinga
Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan telinga yang menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
5.Mata
Susu ibu yang kaya dengan vitamin A dan E membantu penglihatan bayi lebih tajam serta mengelakkan daripada penyakit mata.
6.Kecerdasan otak
Bahan penting susu ibu antaranya mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders, Australia membuktikan bayi yang disusukan dengan susu ibu kecerdasan mampu memperoleh IQ sehingga tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
7.Mulut
Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat membantu perkembangan otot bahagian muka yang baik.
8.Lidah
Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari. Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi. Justeru, susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pejal.
9.Sistem pernafasan
Kandungan kolostrum membuatkan bayi kurang mendapat jangkitan pernafasan, nafas kurang berbunyi, mengelakkan penyakit pneumonia dan selesema.
10.Jantung
Rendah paras kolesterol apabila dewasa kelak. Ini kerana ia mengandungi enzim I yang menghadam lemak. Kadar degupan jantung lebih rendah dan mengurangkan kadar serangan jantung.
11.Buah pinggang
Kadar kandungan garam yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.
12.Saluran kencing
Ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Malah dapat mengelak jangkitan pada saluran kencing.
13.Sistem penghadaman
Kandungan susu ibu yang mempunyai kolostrum mampu melawan jangkitan penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Bagi bayi baru lahir, ia dapat memudahkan pengeluaran najis (mekonium) selepas kelahiran.
14.Jalinan emosi
Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang secara semula jadi yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dakapan dan sentuhan semasa penyusuan membuatkan bayi secara psikologi berasa selamat bersama anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh. Walau hanya hal yang kecil, jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar.