Ibu ayah yang nak harap anak-anak tolong kita buat kerja rumah tak perlu tunggu dia orang dah besar baru nak suruh. Banyak ibu sekarang anak 3, 4 even 5 dan 6 orang selalu rasa tertekan dan letih yang melampau.
Sebab apa? Sebabnya semua kerja rumah ibu sorang yang pikul. Baik dari sapu rumah, sidai baju, mop lantai, masak dan banyak lagilah kerjanya. Dahlah kerja rumah memang tak pernahnya selesai.
Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian ini memang sangat bermanfaat untuk ibu ayah tahu bahawa ajar anak buat kerja rumah dari kecil satu kelebihan.
Kerja rumah ni macam roda. Sentiasa berpusing. Sentiasa kena buat. Malangnya bila anak dah jangkau usia 8 tahun ke atas, bila kita minta tolong, dia tak mampu tolong. Taknak tolong, tak reti nak buat.
Kena ubah mindset ni. Tak perlu tunggu anak besar baru nak suruh itu ini. Mulakan pendedahan dari awal. Mulakan latihan dari awal. Seawal usia 2 tahun atau seawal usia anak yang dah mula faham arahan, tahu fungsi objek kegunaannya untuk apa.
Bila kita pergi sidai baju, minta anak ambilkan baju dalam bakul bagi kat kita. Atau bagi hanger kat anak suruh dia masukkan baju. Sambil-sambil kita sembang, ini baju fayyadh. Ini seluar adik, ini tudung ummi.
Ads
Sama juga macam kerja rumah yang lain. Lipat baju, potong sayur, kemas rumah. Libatkan je anak-anak. Mula-mula memang diorang main-main. Mula-mula memang hasil kerjanya entah apa-apa, kadang menyakitkan mata.
Nanti lama-lama dia akan jadi lebih faham akan fungsi sebenar setiap kerja rumah yang dibuat. Lama-lama, hasil kerjanya makin cantik sampai boleh buatkan kita senyum puas hati.
Kalau ibu ayah perasan, start anak umur 2 tahun (atau awal lagi), dia memang dah tunjuk minat untuk libatkan diri dalam setiap aktiviti yang kita buat. Apa benda yang kita buat semua nak tiru, nak ikut, nak menyibuk.
Cuma silap kita bila kita selalu suruh dia jangan kacau kerja kita. Suruh dia pergi main jauh-jauh. Suruh dia duduk diam-diam. Padahal inilahhhh masa yang paling tepat kita nak ajar dia macam-macam.
So, lepas ni kita mulakan pendedahan dan latihan dari awal pada anak-anak untuk buat kerja rumah.
Ads
1) Make sure SEMUA anak mesti diajar dan didedahkan dengan kerja rumah. Tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Anak sulung atau anak bongsu. Semua kena buat.
2) Untuk permulaan, buat tugasan rumah sama-sama dengan anak. Ini pun masa paling sesuai kita nak create bonding dengan diorang. Sampai satu tahap kita tengok dia dah mahir buat sendiri, then kita dah boleh bagi tanggungjawab tugasan tu pada dia.
3) Untuk permulaan, kalau anak suka melihat/tunggu kita buat kerja rumah, tapi takde minat nak tolong lagi atau belum sesuai masanya untuk menolong, its okay.
Ads
Cerita kat anak apa kerja yang kita tengah buat. Kenapa kita buat kerja tu. Ini biasanya bila kita buat aktiviti memasak, basuh pinggan.
4) Jangan lupa untuk puji anak bila dia sudi ringankan tulang tolong kita buat kerja rumah hatta tolong lipat sehelai baju sekalipun (walaupun lipatannya entah apa-apa)
Penting kita tunjuk penghargaan pada anak-anak dan inipun salah satu bentuk encouragement pada dia. So next time dia minat nak tolong kita lagi.
5) Bagi tugasan ikut kesesuaian umur anak atau ikut kemampuan dia. Janganlah umur 3 tahun kita suruh goreng ikan. Amboiiiii sangatt kan!
Jadinya lepas ni kita jangan ada rasa bersalah nak mintak anak tolong buat macam-macam. Banyak manfaat yang kita boleh bagi kat anak. Boleh ajar anak perkataan baru, boleh eratkan hubungan kita dengan anak, boleh latih HABIT yang baik pada anak. Kan best tu?
Ramai yang tanya macam mana dan bila nak detect anak delay ke tak? Ini antara persoalan ibu bapa bila anak dah mula menginjak ke usia setahun.
Menurut Terapis Pertuturan, Aishah Kassim ada beberapa cara ibu bapa boleh kesan anak lewat atau pun normal mengikut usianya bercakap. Bila dah tau anak lambat dan tak sama seperti kanak-kanak lain jangan lengahkan kerana anak boleh dibantu jika cepat diberikan terapi.
Ok saya bagi roughly idea berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya… caranya senang macam ni je.
1) Compare dengan child normal development chart.. boleh google je.. kat internet banyak
2) Cara senang camni je
– umur setahun patut dah boleh hasilkn first word (perkataan bermakna contoh: mama refer pada ibunya) .. kalau lepas 1y6m masih belum ada first word dah masuk kategori delay..
– Umur 2 tahun patut anak-anak dah mula combine perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN.. contoh: nak susu, mama nak, jom tido dan sebagainya. Kalau sebutan pelat tak pe lagi time ni. Kalau 2y6m belum buat ayat lagi dah masuk kategori delay bahasa
– Umur 3 tahun anak start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN.. contoh nak makan roti, mama jom makan dan sebagainya. Kalau 3y6m masih tak gabung 3 patah.. dah masuk kategori delay.
– Umur 4 tahun dah start bercerita dah.. dan ayat yang anak hasilkan 4 patah dan ke atas..
– 6 tahun dah macam perbualan orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tanya.. apa, siapa, kenapa, macam mana, bila dan berapa? Kalau masih tak boleh dah kira kategori delay.
Delay bahasa pun ada peringkat juga. Ada ringan, sederhana dan teruk.. bergantung berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa.
Yang saya bagi ni skill minimum yang kanak-kanak patut ada ya, kalau lebih lagi bagus.
Jadi jangan takut untuk check dan buat assessmnt tengok performance anak tau… start awal, improvemnt lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur masuk sekolah.
Kesan parut lepas anak kena chicken pox atau demam campak biasanya sangat dirisaukan oleh ramai ibu ayah. Risau pula parut tu kekal sampai besar nanti.
Sebenarnya parut lepas kena chicken pox terutama yang jenis halus dan kecil boleh hilang dengan sendirinya apabila demam makin kebah.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan sebarang parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini boleh melegakan hati ibu ayah yang risau masalah anak berparut lepas baik demam campak.
Cara Buat Bedak Tradisional
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
Basuh bersih daun asam dan daun melur.
Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Sapukan seluruh badan selepas campak telah kering.
Selain itu anda boleh juga guna daun semambu untuk buat bedak menghilangkan parat lepas kena campak.
Perkongsian dari Puan Norhafizah Abdul Hamid ini boleh juga dicuba.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan bedakkan pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat, mak ayah kena cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu di seluruh badan. Selamat mencuba
Pengalaman yang dikongsi bapa ini membuka mata tentang talasemia. Masih memerlukan RM250 ribu untuk menampung kos perubatan dan pemindahan sum sum tulang seorang lagi anaknya.
Masyarakat kita mungkin masih belum terdidik tentang talasemia. Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Bapa ini, Musa Othman, bapa kepada 6 anak di mana 3 daripadanya mengalami Beta-Thalassemia Major sehingga memerlukan Rawatan Bone Marrow Transplant. Rawatan pemindahan sum sum tulang daripada sel stem (darah tali pusat) ini dilakukan daripada penderma kerana semua anak-anaknya yang lain (related donor) tidak bersesuaian untuk menjadi penderma.
TIDAK SEDAR THALASSEMIA CARRIER
Musa dan isteri, Noraidah Md Nor tidak menyedari mereka sebenarnya pembawa talasemia atau thalassemia carrier. Anak kembar mereka iaitu Nureen Damia & Nureen Dania, 13, yang merupakan pasangan kembar serta anak keenam, Mohd Rayyan Isaac, 4 tahun disahkan Beta-Thalassemia Major.
Kos utk pemindahan tersebut amat tinggi dan telah mencecah sehingga 1 juta bagi 2 orang anak iaitu Nureen Damia dan Mohd Rayyan Isaac. Alhamdulillah mereka semakin sihat dan beransur pulih seperti kanak-kanak biasa lain. Kini Dania sedang menunggu tabungan mencukupi bagi menjalami pembedahan pada November 2018.
PERLUKAN RM250 RIBU LAGI UNTUK DANIA
Keresahan bapa ini tidak dapat disembunyi apabila memikirkan tentang Dania. Wang untuk menampung kos pemindahan sum sum tulang hampir cukup namun perlu ada tabungan khas untuk ketiga-tiganya. Ini kerana selepas pemindahan sum sum tulang, pesakit berisiko untuk mendapat komplikasi.
Setelah pemindahan sum sum tulang ke atas Rayyan pada 20 Oktober 2016 dan Nureen Damia pada 20 November 2017, kini keluarga ini kehabisan dana untuk meneruskan rawatan Dania. Berdasarkan rekod rawatan yang telah diperolehi Damia tempoh hari, kos yang perlu dikumpul sebelum rawatan dijalankan ialah sekurang-kurangnya berjumlah RM500 ribu. Jumlah yang terkumpul kini ialah RM250 ribu, jadi RM250 ribu masih lagi diperlukan.
Walau pun ia adalah satu jumlah yang besar, bapa ini tidak berputus asa dan tidak hanya menyerah. Beliau berjuang untuk mencukupkan dana ini dengan pelbagai cara dengan menggunakan duit simpanan sendiri, pinjaman peribadi bank dan membuat permohonan kepada badan-badan korporat dan individu.
Bagi anda yang ingin menderma membantu meringankan beban bapa ini dan memberikan harapan baru untuk Nureen Dania, boleh menyalurkan sumbangan anda ke terus kepada akaun Maybank 508298629767 MUSA BIN OTHMAN
Jika anda ingin lebih lanjut bagaimana Musa dan isteri mengetahui anaknya mengalami talasemia, ikuti siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada malam ini di Astro Prima & Astro Maya HD jam 9 malam ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.