Pengalaman melahirkan anak sebanyak enam kali mencatat pelbagai kisah dan pengalaman paling berharga buat Datin Rebecca Nur Islam.

Bersempena hari lahir anak lelakinya, Nor Ahmet Al Reaggan yang kini berusia lima tahun, Rebecca berkongsi kisah perjuangannya ketika melahirkan anaknya itu.

Menurut perkongsian Neelofa, anaknya yang digelar dengan nama manja, Jantung itu pernah berdepan detik getir bila mana dadanya dipenuhi air ketika dilahirkan.

“Dada Penuh Dengan Air” Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir, Datin Rebecca Syukur Anak Sihat!

“Five years back #18072018 ~ #18072023, saya melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama NOR AHMET Al~REAGGAN @ahmetreaggan. Nama manja Jantung.

“Lahir-lahir terus Jantung di masukkan ke NICU in Gleneagles Hospital, masyaAllah that time doc cakap dada Jantung penuh dengan air.

IKLAN

“Mummy sedih sangat-sangat masa tu, hanya doa dan berharap Jantung kuat dan tiada apa -apa yang lebih serious, alhamdulillah doa mummy didengari Yang Maha Pencipta,” luahnya berkongsi.

“Dada Penuh Dengan Air” Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir, Datin Rebecca Syukur Anak Sihat!

Malah akui Rebecca lagi, Ahmet yang ketika itu baru dilahirkan terpaksa berada selama 20 hari sehingga disahkan sihat oleh doktor. Satu tempoh yang cukup penuh tangis hiba buatnya.

Walau dibenarkan keluar hospital, namun anaknya perlu berhati-hati dengan keadaan jantungnya.

“Dada Penuh Dengan Air” Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir, Datin Rebecca Syukur Anak Sihat!

IKLAN

“Jantung hampir 20 hari di hospital, dan pulang dalam keadaan sihat alhamdulillah cuma kena hati-hati dengan dadanya that time, Jantung membesar dengan sihat cuma awal setahun Jantung cepat penat dan semput.

“But alhamdulillah after setahun Jantung membesar dengan sihat dan semakin bambam dan sihat sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah,” ceritanya lagi.

Datin Rebecca juga turut menitipkan ucapan hari lahir disertakan dengan doa-doa agar perjalanan anaknya dipermudahkan.

“Dada Penuh Dengan Air” Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir, Datin Rebecca Syukur Anak Sihat!

IKLAN

“Selamat hari lahir anakku, Jantungku sayang Ahmet. Semoga membesar dengan sihat sentiasa, menjadi anak yang baik sentiasa, anak soleh, anak bijak pandai dan semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

“Semua doakan yang baik-baik untuk birthday boy kesayangan jantung mummy ya. Thank you,” tulisnya lagi.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

“Dada Penuh Dengan Air” Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir, Datin Rebecca Syukur Anak Sihat!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI