Dah sakit nak bersalin ni, ada turun darah. Tapi pergi hospital, Dr kata boleh balik dulu. Biar betul?
Haa, sape pernah kena macam ni?
Sebenarnya bukan Dr tak nak admit lagi, tapi maybe anda masih dalam Latent Phase of Labour.
Fasa bersalin ni ada 2 iaitu Latent Phase of labour dan Active Phase of labour.
Turun darah, pecah air ketuban dan sakit perut tu tanda2 nak bersalin. Bila ada tanda tu, Dr akan pastikan anda berada pada fasa Latent atau Active.
IKLAN
Dr akan check laluan bersalin sama ada dah terbuka, cervix masih tebal atau dah nipis, membrane dah pecah atau air ketuban dah kelihatan. Jika pemeriksaan menunjukkan laluan masih belum terbuka (0-3cm), cervix masih tebal, kepala baby masih belum turun sepenuhnya, ini menunjukkan anda masih dalam latent phase of labour. Dalam keadaan ini, ibu mungkin diminta pulang dan berehat dahulu di rumah dan datang semula jika sakit semakin kuat, namun faktor-faktor lain akan dipertimbangkan juga seperti keadaan kesihatan ibu sewaktu mengandung, faktor risiko dan lain-lain.
Jadi dirumah apa nak buat? ibu perlu berehat, kumpul tenaga, makan secara ringan, kerap buang air kencing. Ibu juga digalakkan berjalan supaya baby lebih cepat turun dan cervix lebih mudah menipis.
Kena sentiasa kencing supaya pundi kencing sentiasa kosong, kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang kepala baby dari turun ke laluan bersalin. Kena pastikan contraction frequency dan intensity, jika sakit makin kuat dan makin kerap, kena segera ke hospital semula.
IKLAN
Bila laluan dah terbuka semakin besar, lebih 3 cm, cervix semakin menipis dan kepala baby semakin turun, anda sudah memasuki active phase of labour. Pada fasa ini, ibu akan dimasukkan ke wad bersalin untuk pemerhatian yang lebih rapi. CTG akan dipasang, IV drip dipasang dan lain-lain persedian untuk melahirkan baby.
IKLAN
Dr/nurse akan sentiasa check laluan bersalin untuk memastikan good progress of labour. Kalau laluan masih tidak terbuka atau terlalu lambat, itu dipanggil Poor Progress dan anda mungkin akan terpaksa bersalin secara emergency czer kerana poor progress. Selain itu, keadaan baby juga akan dipantau untuk memastikan dalam keadaan sihat dan tidak lemas. Jika ada tanda-tanda baby nak lemas, emergency czer juga terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan baby dari terus lemas.
Semoga bermanfaat penerangan secara ringkas berkenaan fasa sewaktu bersalin. Ramai juga yang bertanya kenapa dah pergi hospital tapi Dr suruh balik dulu.
Tidak cukup dengan pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang baik untuk tubuh, mak-mak juga turut disarankan mengamalkan petua dan tip tradisional yang semangnya baik untuk kesihatan dalaman kita, lebih-lebih lagi selepas bersalin.
Rupanya amalan dengan menggunakan kunyit yang tinggi protein, serat, vitamin C dan banyak lagi juga turut diamalkan oleh kebanyakkan wanita India. Tip yang dikongsikan oleh Jit Kaur ini mama boleh cuba. Memang hebat!
Petua/Tips
Dah siap kupas kunyit hidup ini semalam & diblend dapatlah setengah balang hasilnya. Apa yang saya buat dengan kunyit yang diblend ini ialah masker muka, guna sebagai scrub ketika mandi & buat jus asam kunyit.
Mengikut kepercayaan orang India, mereka guna kunyit terutamanya wanita untuk scrub badan & muka bagi melembutkan kulit yang kasar, kurangkan jerawat, menanggalkan rambut/bulu halus pada kaki, tangan & atas bibir (misai halus) serta digunakan setiap hari dengan konsisten.
Kunyit dikatakan mampu menegangkan kulit wajah dari terus kendur, berkedut & awet mudakan secara semulajadi supaya tidak nampak tua dari usia sebenar.
Jus asam kunyit adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin & menjaga dalaman badan perempuan.
Untuk masker, saya gunakan kunyit setengah sudu kecil saja kerana warna kuningnya yang terang asli akan menjadikan wajah nampak kuning BLING BLING keemasan. Saya gunakan sepotong tomato (disapukan kunyit) ATAUPUN 1 sudu madu dicampur bersama kunyit & disapukan pada seluruh wajah sebelum tidur.
Bila dah kering, boleh cuci muka guna pencuci muka yang sesuai, sebaiknya gunakan produk yang natural. Lama-kelamaan wajah nampak bersih, mulus tanpa kesan minyak, jerawat & bebas jeragat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia? Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan. Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain.
Berilah susu yang mahal sekalipun, tapi tetap tak boleh menyaingi rasa susu ibu yang sangat terbaik. Betul ke?
Ya. Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom susu ibu ada pelbagai rasa setiap hari kerana apa yang ibu makan itulah yang anak akan rasa selepas itu. Sebab itulah bayi anda tak sabar bila nampak je ibunya depan mata. Kalau boleh tak mahu lepas.
Suami beritahu, Fatimah kalau nampak ibu dia macam nampak ayam goreng panas. Muka teruja sambil senyum sampai ke telinga.
Tangan dan kaki mesti tergedik-gedik minta diambil cepat. Muka tersengih dia tu.. adohaiii, mak nak tersandar baring pun tak jadi lerrrr. Memang cair habis!
Terpaksa mengalah kat pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu walaupun sekarang Fatimah siap bagi pakej ‘tarik + rentap + lepas’ kat ibu dia. Haha!
Ajaibnya susu ibu ialah rasanya berubah setiap hari mengikut pemakanan ibu itu sendiri.
Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak ibu dia (walaupun sebelum tu baru je menyusu sebotol). Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia.
Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia sendiri.
Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.
Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ oleh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi.
Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu. Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti.
Nak ajar anak suka makan sayur pun lebih mudah bila perkenalkan dengan sayur yang biasa dimakan oleh kita sendiri.
“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM”
So mak-mak pula macam mana? Ada tak yang alami pengalaman macam ni?
Beraya adalah punca jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melonjak ketika ini dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tujuh tahun.
Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, perkumpulan kanak-kanak pada musim perayaan Aidilfitri ini menjadikan lebih mudah berlaku penularan virus itu.
Katanya, cara jangkitan itu menular senang terjadi kerana berjangkit melalui titisan air liur dan titisan di udara.
“Faktor menjadikan senario punca jangkitan HFMD lebih melonjak ialah hari raya (Aidilfitri), pembukaan sekolah dan tempat kerja sepenuhnya secara fizikal.
“Ketika hari raya, ramai saudara-mara dan rakan taulan membawa anak beraya dan membiarkan mereka mereka bermain dengan rakan lain.
“Berkongsi mainan antara puncanya. Ini kerana tingkah laku kanak-kanak usia bawah tujuh tahun gemar memasukkan barang permainan di dalam mulut.
“Apabila kena air liur, kemudian diletakkan semula di lantai, budak lain pula ambil dan memasukkan dalam mulut lalu berlaku jangkitan jika virus HFMD itu ada,” katanya.
Beliau berkata, biasanya ibu bapa meletakkan banyak mainan di satu tempat supaya menjadi lokasi anak berkumpul untuk bermain.
Katanya, jika tingkah laku memasukkan mainan dalam mulut tidak dilarang dan kumpulan kanak-kanak lain pula datang serta berbuat perkara sama, jangkitan HFMD berlaku terutama sekiranya ada daripada kalangan kumpulan terbabit membawa virus.
“Penularan HFMD berlaku sangat cepat. Di sekolah jika kanak-kanak yang mempunyai jangkitan berpelukan dan bersentuhan, ia boleh menular.
“Selain itu, apabila ibu bapa bekerja biasanya mereka hantar anak ke taska atau pusat asuhan.
“Ada ibu bapa tiada rasa tanggungjawab sosial, sudah tahu anak demam, mempunyai ulser di mulut atau ada melepuh namun masih menghantar anak ke taska atau pusat asuhan,” katanya.
Menurutnya, secara kebetulan penyebaran HFMD berlaku semasa musim perayaan dan rantaian itu dipercayai berterusan dari rumah ke rumah terbuka, pusat asuhan, taska dan sekolah.
Katanya, tindakan pencegahan perlu dibuat ialah sama seperti Covid-19 iaitu kena putuskan rantaian virus itu.
“Paling utama dinasihatkan kepada ibu bapa yang ada anak mempunyai simptom seperti demam, ruam di tapak tangan atau kaki dan kurang selera makan, minta tolong asingkan anak.
“Jangan bawa anak ke tempat yang ada kanak-kanak lain termasuk taska, sekolah, taman permainan mahu pun berhari raya.
“Cari alternatif untuk jaga anak di rumah. Biasanya HFMD pulih dalam lima hingga tujuh hari. Jadi ibu bapa yang bekerja kena bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga anak,” katanya.
Selain itu, Dr Hanafiah berkata, lakukan pensanitasi atau nyahkuman dengan sekerap boleh termasuk di barang permainan, sebarang permukaan berpotensi terkena sentuhan dan anak dijangkiti itu terutama penjagaan kebersihan tangan mereka.
Katanya, ini supaya anak atau kanak-kanak lain yang bermain berikutnya tidak dijangkiti virus pada permukaan berkenaan.
“Mereka nak main namun bukann mereka tahu ia ada virus. Jadi kita yang kena pastikan kebersihan persekitaran mereka.
“Punca HFMD adalah virus. Sekiranya jangkitan berlaku lebih sekali terhadap seorang kanak-kanak, ia berpunca daripada dua virus berlainan iaitu Coxsackie Virus A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV 71) yang bertindak balas dengan imun kanak-kanak itu.
“Virus ini kerjanya melompat dari rantaian perumah ke perumah yang lain. Jadi apabila duduk rapat dan berkongsi barang yang sama, rantaian itu tidak putus. Sebab itu elakkan perkumpulan beramai-ramai waktu ini,” katanya.
Menurutnya, jika ada juga kanak-kanak yang datang ke rumah beraya, pastikan buat pembersihan sanitasi atau nyahkuman dengan menggunakan langkah pencegahan seperti Covid-19 sebab virus akan mati dengan alkohol.
Katanya, disiplin tinggi menjaga kebersihan boleh memutuskan rantaian itu namun beliau meramalkan penularan HFMD hanya menurun sehingga habis musim perayaan.
“Mungkin kena tunggu hingga Syawal habis. Budaya kita memang suka beraya. Selagi tak berhenti beraya, selagi itu risiko jangkitan itu ada.
Mengenai rawatan, katanya, tiada ubat khusus untuk merawat HFMD namun masalahnya jika anak ada ulser dalam mulut selalunya tidak mahu makan dan minum seterusnya boleh menyebabkan dehidrasi.
Katanya, jika berlaku, selain guna gel untuk rawatan ulser itu, alternatif lain boleh gunakan picagari untuk masukkan air ke dalam badan anak.
“Jangan biar anak dehidrasi sehingga dirawat di wad. Biasanya budak atau bayi tidak mahu sedut atau minum air cara biasa sebab sakit ulser itu.
“Jadi alternatifnya masukkan air ke dalam mulut mereka menggunakan picagari.
“Untuk ruam ada ubat sapu dan biasa juga diberikan ubat demam,” katanya sambil menjelaskan HFMD tiada risiko kematian.
Namun, katanya, HFMD bahaya untuk golongan rentan termasuk pesakit kanser dan kanak-kanak yang mempunyai imun atau sistem pertahanan badan yang rendah kerana dibimbangi berlaku komplikasi.