Genap setahun usia Aqeef Anaqi, Amyra Rosli telah berkongsikan pengalaman bersalinnya. Sebelum ini momen melahirkan Aqeef hanya untuk simpanan peribadi.
Melalui perkongsian gambar dan video di instagramnya, Amyra mengimbau kembali kenangan melahirkan Aqeef tahun lalu.
Rasa sebak dan nak nangis bila teringat nak keluarkan Aqeef Anaqi. Perjuangan dari semua ibu yang cukup besar dan bermakna.
Malah menerusi video yang dikongsikan Amyra semasa menunggu saat untuk bersalin, wajahnya begitu tenang walaupun sedang menahan sakit.
Sebaik-baik nama yang ingin diberikan kepada anak adalah yang ringkas tetapi mempunyai pengertian yang elok. Tidak perlulah berjela panjang, sekadar mahu sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang maksud. Paling ditakuti, kita tersalah pilih nama yang mempunyai maksud yang tidak baik.
Menurut perkongsian dari Ustaz Nik Nizam Nasir dari Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, tentang pemilihan nama untuk anak, memadailah hanya satu atau paling panjang pun, dua patah perkataan. Di dalam perkongsiannya, turut dikongsikan adab pemberian nama kepada anak.
Ikuti perkongsian berguna ini, semoga membantu kita ketika memilih nama terbaik untuk anak yang akan dilahirkan.
Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam
Kebetulan ada seorang pelangan dtg ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payoh la nak tukar².
Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu pk² lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang².. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapiiiiii bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee… Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sbnrnya penting krn nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Antara nama² elok yg boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi², dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada org tanya sy, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dpt syafaat di akhirat kelak. Sy kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawaT dan buatla sprt mana yg nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : 1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki. 2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih. 3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat. 4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok . 5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf. 6. Tak payah la letak nama sprt Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani. 7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat blkg tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL. 8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati² lah ye.
Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.
Nik Nizam Nasir Pej Agama Jajahan Tumpat.
Sekiranya anda di dalam proses memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan, bolehlah jadikan perkongsian dari Ustaz Nizam ini sebagai panduan. Carilah nama dengan pengertian yang indah dan mudah untuk disebut serta diingati. Semoga tip yang disenaraikan ini dapat membantu anda dan pasangan dalam membuat pilihan nama anak yang terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang seharusnya menjadi detik terindah bagi semua ibu yang melahirnya anak. Tempoh yang dilalui selama 44 hingga 100 hari ini membolehkan ibu merehatkan tubuh badan sepenuhnya.
Tapi jangan pula sampai berdiet hebat semata-mata inginkan tubuh yang langsing, sama seperti sebelum mengandung. Paling penting amalkan pemakanan sihat, seperti yang dikongsikan oleh Dr Suriyakhatun di facebooknya. Jangan pula takut nak makan semua jenis makanan kerana bimbangkan urat kembang dan sebagainya.
Bila tengok respons tentang berpantang selepas bersalin nampak nya ada juga yang saya kena suarakan.
Klinik saya yang asal dan masih wujud adalah Klinik Taqwa Masjid Tanah yang telah wujud sejak tahun 1985.
Saya sendiri bersalin dua anak di Mesir. Yang jaga saya adalah bibik Mesir. Dia bagi saya minum air halba dengan molasses dan butter untuk banyakkan susu, sayur hijau dan sup ayam katanya nak cepat baikkan luka.
Oleh kerana saya student dan tidak ada cuti bersalin saya kena attend sesetengah kelas dua minggu selepas bersalin. Allhamdulillah saya sudah ada tenaga untuk hadir kelas- kelas wajib itu dan susukan anak.
Bila saya merawat ibu bersalin di Klinik Taqwa Masjid Tanah pada awal perkhidmatan saya barulah saya berdepan dengan cara berpantang orang kampung. Sayur tak makan, air dihadkan, ambil jamu yang banyak lada hitam. Ambil rempah panas untuk bagi badan rasa panas sedangkan masalah yang timbul adalah sejuk sebab kehilangan darah dan perubahan hormon.
Antara masalah yang dihadapi adalah sembelit, anemia, susu kurang, badan kemah walaupun dah nak sebulan bersalin, luka lambat baik. Yang paling serius adalah dehydration fever sebab kurang air.
Jamu serta rempah bila di gabungkan dengan kurang minum hasilkan sembelit dan membebankan hati serta jadikan susu nya berempah yang juga bebankan hati bayi yang masih belum matang.
Semasa saya bersalin di Malaysia anak-anak seterusnya, ibu saya masak untuk saya guna kunyit hidup, halia dan bawang putih dengan sedikit lada hitam. Ini memang ada asas sebab bahan-bahan ini sembuhkan luka cepatkan kecut rahim etc.
Memanglah ada makanan yang jadikan saya kembung jika makan semasa lepas bersalin kerana perubahan hormon menyebabkan sistem penghadaman jadi sensitif selepas bersalin maka makanan yang banyak serat dan senang bagi kembung perlu di elak.
Maka, tanpa menidakkan hikmah orang tua-tua, kita suluh cahaya ilmu kepada adat dan pilih jalan yang bijak serta bemanfaat untuk kesihatan kita.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang dikandung selama 40 minggu ini, dilahirkan dengan Sindrom Edward kerana kelainan kromosom trisomi 18. Dijangkakan hayatnya cuma boleh bertahan dua hari, namun kuasa Allah penentu segala-galanya bila si kecil, Sity Nur Jannah masih bernafas sehingga ke hari ini. Mari ikuti coretan mamanya.
“Sepanjang hamilkan kamu, Jannah, doktor tidak dapat kesan sebarang kelainan. Semuanya nampak normal. Daripada awal kehamilan, perkembangan kamu dalam kandungan sentiasa normal, kecuali pada minggu ke-36. Berat kamu dikesan menurun dari 2.8kg kepada 2.6kg! Begitulah minggu seterusnya bila purata penurunan sekitar 200gm seminggu berlaku. Mama mula rasa bimbang tetapi tetap yakin kamu sihat.
Cukup usia kandungan 40 minggu pada tarikh 8 Mei 2017, mama terpaksa lahirkan kamu dengan bantuan ubat indius oleh doktor di Kajang Plaza Medical Centre, Kajang. Doktor bimbang dengan corak penurunan berat badan kamu yang berlaku setiap minggu. Syukur, kamu dilahirkan dengan mudah. Sakit kontraksi hasil cetusan ubat indius pun tidak lama. Mama mula sakit jam 11.30 malam dan kamu lahir 20 minit kemudiannya.
Panjang dan lilit kepala kamu normal, cuma doktor terkejut dengan berat yang cuma 2.2kg. Terus kamu dibawa ke NICU bagi mendapatkan bantuan oksigen kerana gagal bernafas sendiri.
Keesokan harinya pada jam 7 pagi, doktor pakar kanak-kanak menyatakan keadaan kamu agak kritikal dan mencadangkan kes ini segera dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Kajang. Tanpa berlengah, pagi itu juga kamu dibawa ke hospital Kajang. Kalau ikut teori, doktor kata peluang untuk kamu hidup sangat tipis. Boleh bertahan dua hari sahaja.
Syukur, pada hari ketiga, doktor cadangkan sampel darah kamu diambil untuk menjalani ujian kromosom di LPPKN. Selepas 14 hari, ujian mengesan kromosom kamu trisomy 18.
Menurut doktor lagi, hayat kamu tidak lama memandangkan ada masalah jantung dan saluran paru-paru berlubang. Saluran pernafasan juga sempit. Selepas berbincang, mama dan ayah mahu bawa kamu pulang ke rumah dan doktor jangkakan kamu boleh bertahan paling lama pun, dua bulan. Sedihnya mendengar makluman doktor pada saat itu.
Sekarang, kamu masih dapatkan rawatan daripada Klinik Pakar Kanak-kanak Hospital Kajang di samping pemeriksaan jantung oleh doktor pakar jantung kanak-kanak di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Doktor pakar kardiologi kanak-kanak di PPUKM mendapati, dahulu VSD dan PDA adalah sebesar 1sm. Sewaktu umur kamu empat bulan, echo yang dilakukan sekali lagi menunjukkan PDA sudah tertutup manakala VSD pula 5mmmanakala VSD pula 5mm. Syukur!
Alhamdulillah, kini kamu semakin aktif. Walaupun perkembangan tidak sama seperti bayi sebaya, kamu banyak tunjukkan perubahan positif. Kamu sudah boleh pusingkan badan ke kiri dan kanan. Berat juga makin bertambah dari semasa ke semasa. Susu ibu yang banyak membantu walaupun diberi menggunakan ryles tube disebabkan masalah jantung itu. Riang hati melihat perkembangan terkini kamu.
Kamu juga sudah kenal nama sendiri. Kala disapa, bibir kamu pasti mengukir senyuman manis. Tersentuh hati mama dan sesiapa sahaja yang memandangnya. Suara mama, papa, abang-abang dan kakak-kakak pun sudah kamu kenal! Senang hari mama melihat tingkah kamu yang tertawa kecil setiap kali kakak atau abang mengusik, bergurau-senda dengan kamu.
Perancangan mama dan ayah ialah mahu bantu kuatkan anggota badan kamu. Biar kamu boleh meniarap, merangkak dan seterusnya berjalan. Jadi, kamu bakal jalani fisioterapi tanpa had umur. Mama dan ayah juga akan berikan sokongan untuk latihan bertutur dan menulis sebagai persediaan ke sekolah nanti. Sity Nur Jannah, hadirnya kamu bukan setakat seorang puteri buat mama dan ayah tetapi lebih kepada amanah Allah yang datangnya dari syurga.”
Mamamu,
Sity Warhana Sa’yan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.