PERBEZAAN OTAK AYAH DAN IBU

Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak, Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

1) Pertautan emosi dengan anak.

Apabila Imbasan MRI dibuat ke atas otak para ibu dan para bapa dalam satu kajian oleh University of Denver pada tahun 2014, didapati bahawa bahagian otak yang dikaitkan dengan;

1) perapatan (attachment)
2) pemupukan (nurturing)
3) empathy dan
4) keupayaan untuk menterjemah dan bertindakbalas terhadap tingkah laku bayi,

telah pun aktif pada para ibu sejak bayi lahir lagi. Bagi para bapa pula, bahagian otak ini lebih aktif ketika bayi berusia 12-16 minggu.

IKLAN

Otak para bapa menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza daripada otak para ibu untuk memastikan bapa boleh tetap merapat (bond) dengan anak.

Disebabkan para bapa tidak melalui perubahan dan peningkatan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak sepertimana para ibu, maka para bapa perlu SENTIASA BELAJAR DAN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam penjagaan bayi supaya para bapa dapat bertaut dengan emosi anak.

Pertautan ini berlaku secara semulajadi pada ibu-ibu disebabkan oleh pengaruh hormon ini.

2) Perbezaan peranan mendidik anak.

IKLAN

Kajian yang dibuat pada tahun 2012 pula mendapati bahawa bahagian otak yang paling aktif pada seorang ibu adalah bahagian PENJAGAAN, pemupukan dan mengenalpasti bahaya pada anak.

Manakala bahagian otak yang paling aktif pada ayah pula adalah bahagian FUNGSI KOGNITIF seperti penetapan matlamat, perancangan, penyusunan strategi dan penyelesaian masalah.

Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak, Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

IKLAN

3) Aktiviti dan rutin bersama anak.

Hormon ‘oxytocin’ atau hormon kasih sayang didapati lebih tinggi dalam otak ibu apabila ibu MEMBELAI dan menjaga anak-anak. Manakala hormon ‘oxytocin’ pada para ayah pula berada pada tahap yang tinggi apabila ayah terlibat dengan ‘ROUGH-AND-TUMBLE PLAY’ atau pun permainan lasak dengan anak-anak.

Oleh kerana tahap ‘oxytocin’ ibubapa boleh menjadi indikasi kepada tahap oxytocin anak, ini bermakna anak-anak sangat gembira apabila BERMAIN DAN MELASAK DENGAN AYAH. Anak-anak pula sangat gembira apabila DIBELAI OLEH IBU. Jika inilah yang membuatkan anak gembira dan bertaut, maka anak-anak akan berterusan mengajak ayah bermain dan melasak supaya mereka dapat ‘bond’ dengan ayah. Ibu pula perlu menjadi tempat luahan dan mendengar bagi anak-anak.

Berdasarkan 3 fakta ini sahaja jelaslah kedua-kedua ayah dan ibu melengkapi di antara satu sama lain dalam mendidik dan membesarkan anak. Kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing kerana tanggungjawab terletak di bahu kedua-duanya. Ayah yang mempunyai keupayaan kognitif yang lebih baik perlu menjadi ketua keluarga yang berfungsi dan efektif bukannya meletakkan kesemuanya di pundak para ibu sahaja.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI