Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Perkara itu telah pun disahkan polis.
Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
IKLAN
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi satu kenyataan.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.
IKLAN
“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.
Dalam pada itu, setakat jam 10.16 minit pagi bomba melaporkan 60 individu berjaya diselamatkan dan 8 orang maut.
Anak-anak yang sedang membesar ni ada saja ragamnya yang mencuti hati. Ada masanya mereka akan buat perkara di luar jangkaan. Bila dikenangkan semula, memang lucu dan seronok bila teringatkan kerenah anak tersayang ni.
Sudah menjadi lumrah anak kecil suka bermain dan berkawan dengan kanak-kanak yang lain. Begitulah kemahiran sosial mereka menjadi lebih baik dan sebenarnya satu perkembangan yang bagus.
Seperti yang dikongsikan di akaun TikTok @belleamin, yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang difahamkan berada di sebuah hospital.
Apa yang mencuit hati adalah dengan mesranya dia menegur seorang kanak-kanak perempuan yang ada di sana. Kelihatan seperti mereka mungkin sebaya.
Dia memegang pipi kanak-kanak perempuan tersebut itu sebelum kemudiannya dicium. Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu terhibur melihat telatah mereka berdua. Kemudian dapat dilihat seorang lelaki dipercayai ayah kanak-kanak lelaki itu memanggil anaknya.
Gelagat mereka berdua sememangnya mengundang tawa dari warganet. Berikut antara komen yang ditinggalkan;
Lucu betul momen ketika adik berdua tu nak berkenalan. Comel masing-masing, mudah saja nak berkawan. Begitulah telatah anak-anak yang menjadi hiburan untuk ibu ayah kenangkan pada masa akan datang.
Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.
Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.
Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.
Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.
Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu, usahawan dan pengacara, Neelofa akhirnya berkongsi nama anak kedua yang menjadi pilihannya bersama suami, Haris.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini berkongsi nama indah yang dipilih buat putera keduanya iaitu Abdullah Abbas.
“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.
“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih,” tulis Neelofa berkongsi.
Bahkan Neelofa yang kini sedang berpantang dengan khidmat bidan dari Terengganu ini juga turut berkongsi petikan hadis mengapa nama indah itu dipilih buat anak keduanya.
“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
“Sehingga ada hadith nabi saw bertanya, “Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga. Dan Bilal menjawab,
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’” (Riwayat al-Bukhari (1149)
“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas,” ujar Neelofa lagi.
Malah akui neelofa lagi, nama Abdullah turut menjadi pilihannya dan suami kerana nama itu menjadi kesukaan Allah SWT.
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”. Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ – [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
“Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.
“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya lagi.
Melalui entri tersebut, Neelofa juga turut memuat naik sekeping gambar kedua anaknya, Bilal dan Abdullah yang dipotretnya sebagai kenang kenangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia usahawan ini turut memuji pilihan nama indah buat putera kedua mereka.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu.