Hidup berumah tangga sememangnya tidak mudah jika hanya salah seorang yang ‘memberi’. Baik suami mahupun isteri perlu sama-sama memainkan peranan baik dalam mendidik anak juga menguruskan rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab.
Tanpa rasa tanggungjawab ini, rumah tangga boleh hangut. Perkongsian Cikgu Fadli Salleh seorang pendidik yang cukup popular di media sosial ini benar belaka. Memilih pasangan yang tepat dan serasi malah paling penting bertanggungjawab perlu dilakukan dengan sebaiknya. Jangan salah pilih.
Pasangan hidup perlu dipilih.
Hari ini, aku bertemu dengan dua orang anak yatim piatu. Kami duduk dan berborak tentang kehidupan mereka, dan apa pula yang kami boleh bantu.
Punya la mereka bersyukur bila aku bagitahu akan bantu mereka yang dalam kesempitan. Tiba-tiba, gadis itu berkata,
“Cikgu. Dekat rumah saya ada seorang akak ni susah sangat. Boleh tak cikgu bantu dia?”
“Boleh. InsyaAllah. Suruh dia datang kedai cikgu ambil barang dapur.”
Ads
Wanita itu datang bersama dua orang anaknya. Kami berborak seketika, sebelum mereka berlalu pergi dengan set barang dapur dengan senyuman.
Dari pemakaian dia dan anak-anak, dari raut wajah dan sinar matanya, aku tahu wanita itu sangat struggle dalam menguruskan kehidupan dan anak-anaknya.
Jelas dapat dilihat walau tidak diungkap. Wanita dua anak itu rupanya isteri kedua. Suami kerja biasa sahaja. Nafkah keluarga liat sangat-sangat. Semua diserah 100% pada si isteri.
“Pandai-pandai kau la nak hidup”.
Begitulah lebih kurang ayat si suami pada si isteri. Maka isteri yang tidak berpendidikan tinggi, gigih berusaha dijalanan demi membesarkan anak-anak kecilnya.
Ads
Anak-anak dibawa bersama untuk berniaga di jalanan. Siapa nak jaga kalau tinggal kat rumah? Nak hantar ke pengasuh, duit tak cukup. Duit nak makan pun semput, apa lagi untuk bayar pengasuh.
Adik-adik yang belum kahwin. Carilah pasangan betul-betul untuk dijadikan suami/isteri kita. Pasangan hidup ni, kalau boleh sepanjang hayat kita akan bersama. Membesar anak-anak dalam suasana aman dan bahagia.
Jika tersilap pilih, dapat yang tidak bertanggungjawab, sepanjang hidup makan hati dan hidup dalam kesusahan. Benar, harta bukan pengukur bahagia. Bukan aku nak nasihat supaya cari yang berharta dan kaya untuk dijadikan pasangan.
Tak semestinya cari calon yang kaya raya. Tidak. Tapi carilah yang bertanggungjawab. Yang tahu erti amanah seorang suami dan ayah. Yang memberi nafkah dan berusaha sebaik mungkin untuk keluarganya.
Ads
Yang solatnya dijaga. Yang boleh membimbing kita. Hidup jika pun tidak mewah, namun jika ketua keluarga seorang yang ada asas agama, bertanggungjawab dan rajin usaha, pasti hidup dalam aman dan bahagia.
Jika pun jodoh dengan suami orang, carilah yang boleh bertanggungjawab dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin. Jika kasih pun terpaksa dikongsi, tanggungjawab pula tidak dilaksanakan dengan baik, adilnya entah ke mana, nafkah buat tak tahu saja, sebenarnya kita sendiri yang mencampakkan diri dalam lembah kesusahan.
Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Namun kita masih boleh membuat pilihan. Pilih elok-elok. Kenali peribadi betul-betul sebelum menerima lamaran seseorang.
Sekali lafaz perkahwinan dilafaz, selamanya akan terikat. Lebih baik sendirian dari silap dalam memilih pasangan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lama tak dengar khabar si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan lebih usianya. Walaupun tanpa kasih ibu, mereka nampakya begitu disayangi oleh abiynya dan ahli keluarga lain.
Jelas terpancar kegembiraan pada wajah si kembar ini dengan layanan istimewa daripada abiynya yang cukup mengambil berat dan menguruskan keperluan mereka sama seperti seorang ibu melayan anak-anak.
Semakin sihat membesar
Jika arwah ibu Safiya dan Sofiya ada semestinya dia bangga lihat anaknya membesar dengan sihat. Menerusi perkongsian abiy Safiya dan Sofiya, Syazwan Najmi, anugerah dua puteri ini kepadanya benar-benar hadiah istimewa.
Hadirnya mereka ini juga asbab rezekinya lebih murah dan kini pelancaran Medina Scarf pun dah dilancarkan.
Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.
Yang paling buatkan Syazwan sebak, semakin besar si kembar ini, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.
Medina Scarf dah dilancarkan
Betullah orang kata, ajal, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah. Kini berkat kehadiran si kembar, akhirnya jenana Medina Scarf sudah pun dilancarkan secara rasminya.
Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.
Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.
Hidup memerlukan pengorbanan
Dalam perkongsian terbarunya di instagram Syazwan akui hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Inilah yang dipegangnya sejak ketiadaan arwah isteri demi meneruskan kehidupan bersama anak kembarnya.
Selagi ada peluang cintailah sepenuh hati, agar sampai mati ia akan mengingati, dan apa itu CINTAI.
Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sumber: IG Syazwan Najmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat tertekan anak tidak mendengar kata, tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju, Rabu lalu.
Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas guru tadika sekolah anaknya di Persiaran Utama, di Kulim, melihat mangsa berusia lima tahun itu dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam di muka ketika hadir ke tadika.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, gurunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum dia memberitahu dipukul bapanya ketika berada di rumah mereka di Kulim Hitech Park, Kulim.
Menurutnya, gurunya membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, tangan, muka dan punggung.
“Bimbang dengan keadaan mangsa, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis.
“Susulan itu, polis kemudian menahan bapa mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ahmad Nasir berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik kerana mangsa nakal dan tidak mahu mendengar kata.
“Suspek yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara anaknya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya anak yang aktif dan lebih suka explore itu tandanya dia sedang mendapatkan rangsangan yang positif dari persekitarannya. Selagi tak membahayakan berilah galakan dan pantaulah perkembangannya.
Biarkan anak belajar sesuatu yang bermanfaat kerana pengalaman yang mereka peroleh itu akan kekal dalam memorinya. Ini juga sebagai persediaan yang bagus. Mungkin sekarang ibu bapa asyik rasa geram, bila besar anak inilah yang akan membanggakan kita.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nordianah Bachok, anak-anak adalah aset ibu ayah. Bagi anda yang dikurniakan anak lelaki bersyukurlah. Anak lelaki aktif sebenarnya kejayaan buat anda dan pasangan.
“Biarkan anak-anak lelakimu aktif. Berlari, melompat, bergerak, memanjat. Jangan halang tetapi beri panduan. Jika halang, kita merencatkan proses persediaan mereka menjadi ketua keluarga!”
Ini pesanan Dr Sholihah Kasrawi dalam kuliah Asmaul Husna berkenaan nama Allah Al Khaliq.
Ustazah sebut, Allah ciptakan fitrah anak lelaki berbeza dengan fitrah anak perempuan.
Lelaki memang aktif lain macam.
Sebab mereka akan galas tanggungjawab besar bila dewasa.
Jadi anak soleh kepada ibu ayahnya Jadi suami Jadi ayah Jadi pekerja Jadi anak Jadi tukang betulkan paip rumah Jadi motivator pada isteri dan anak-anak Jadi chef ganti isteri bila sakit Jadi bibik bantu uruskan rumah Jadi pemimpin
So, semua ni perlukan latihan dan didikan sejak kecil. Anak lelaki memang suka explore. Sikap ini akan buat dia jadi suami atau ayah yang kuat bekerja menjemput rezeki laksanakan nafkah kepada keluarga.
Suka berjalan, tak duduk diam. Karakter ini akan bina sikap tidak putus untuk selesaikan masalah dalam hidup akan datang.
Berbeza dengan didikan anak perempuan. Jadi anak lelaki tak boleh dibiarkan atau disuruh duduk diam sahaja. Besar nanti dia jadi tidak kreatif. Malas berfikir. Itu bukan fitrahnya.
Kupasan makna Al Khaliq, Allah menciptakan makhlukNya ada hikmah-hikmah tertentu yang perlu ditadaburkan.
Masya-Allah deep ilmu mengenal Allah daripada nama-namaNya yang indah.
Jom parent, aktifkan mode melihat fitrah anak-anak di saat PKPB ini. Silakan search YouTube Dr Sholihah Kasrawi tadabur Asmaul Husna. Dapat sesuatu?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rotan murid, guru besar, guru diberi kuasa laksana hukuman. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.