sumber foto: Freepik

Menjadi lumrah si kecil yang sedang membesar menguji kesabaran mak ayah. Ada sahaja perangai yang mengundang kemarahan ibu terutamanya. Akibatnya tenking, marah bagaikan rutin setiap hari buat si kecil.

Bukan kita tak tahu perasaan amarah bukanlah sesuatu yang baik untuk dipraktikkan bersama anak-anak kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi mereka.

Disebabkan itu, setiap kali termarah atau ternaik suara kepada anak-anak sebaiknya segera memeluk mereka supaya emosi anak tidak cedera teruk.

Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!
sumber foto: Google

Untuk elakkan perkara sedemikian terus berlaku kepada kita, Dr Ahmad Luqman Bukhari senaraikan 3 benda yang perlu dielakkan supaya tidak memberi kesan jangka panjang kepada emosi anak-anak.

Ikuti perkongsian beliau:

Tolong cepat-cepat peluk balik si kecik tu kalau tak nak emosi dia cedera teruk!

Budak tengah nak membesar kan. Memang banyak sangat akal dia. Panjat pagar dan segala grill besi, berlari ke seluruh ceruk rumah, mainan bersepah merata, berebut barang dengan adik dia lah dan macam-macam lagi.

Kadang semua tu buat kita terlupa nak kawal emosi hingga sesekali kita akan terlanjur jugak marah atau tertengking seolah-olah si comel tu tengah buat kesalahan paling besar atas muka bumi.

Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!

Bahaya betul kalau kita tak neutralkan balik kesilapan tadi sebab efeknya bukan sekarang je tapi sampai ke tua nanti.

IKLAN

At least 3 benda yang merosakkan hidup si kecil tu akan terjadi kalau kita asyik tengking dan menjerit kat dia:

#1 – Emosi dia jadi tak stabil.

Memang kuasa jeritan tadi akan buatkan dia senyap tapi percayalah kesan tu cuma sekejap je.

Si comel tu diam sebab dia ketakutan, bukan kerana dia faham benda yang dia buat tu sebenarnya satu kesalahan.

#2 – Anak kita terus dah tak minat nak bermain dan kurang aktif.

Padahal dengan bermain tu lah akan otak dia akan diransang serta emosi dan tubuh badan si comel kita terus berkembang.

IKLAN

Akibatnya, bila kurang terdedah dengan aktiviti bermain ni, si kecil tu akan berubah jadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrim, suka menyendiri, kawalan emosi dia pun lemah dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang gagal.

Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!

#3 – Paling menakutkan, si kecil tu akan mula tiru sebijik macam kelakuan kita tu.

Yang dia faham, jeritan tu lah sebenarnya cara terbaik nak betulkan kesalahan orang lain dan dia pun akan turut menengking adik dan kawan dia bila nak tegur kesilapan.

Sebab tu kalau kita terlepas membentak dan menjerit kat si comel tu, kena cepat-cepat berikan pelukan dan pujuk dengan penuh kasih sayang supaya kita dapat rawat balik kecederaan pada emosi anak kita tu.

Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing ya supaya kesilapan begini tak kan berlaku lagi kat dalam rumah kita sendiri.

IKLAN

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI