Nak tarik perhatian anak-anak, nak mereka dengar cakap kita itu sebenarnya ada cara yang boleh kita jadikan rutin. Perkongsian oleh Terapis Cara Kerja Puan Siti ‘Aisyah Rozalli mengenai kaedah yang diinspirasikan oleh ayahnya boleh digunakan untuk anak-anak.

Menurutnya hanya dengan story time yang spontan dan dijadikan rutin setiap hari akan mencipta bonding emosi positif buat anak-anak. Caranya mudah sahaja, cerita yang simple, berulang dan konsisten, hasilnya anak-anak akan lebih rapat, dengar cakap, dan juga kesan lain dari sudut perbendaharaan kata dan penggunaan imaginasi yang kreatif yang lebih baik.

Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!
sumber foto: Freepik

Ikuti perkongsian beliau:

TARIK PERHATIAN ANAK DENGAN “STORY TIME” SPONTAN

Nak anak:
⭐️ rapat dengan kita
⭐️ dengar cakap kita
⭐️ bagi perhatian setiap kali kita cakap dengan dia
⭐️ ada keberanian menggunakan bahasa
⭐️ gunakan imaginasi dengan aktif
⭐️ bijak susun ayat….

Buat STORY TIME SPONTAN dengan anak.

⭐️Tips ni saya belajar dari Tok Babah Rozalli Hashim⭐️

Dulu masa saya kecil-kecil, kami ada satu Story Time yang akan buat kami adik-beradik terusssss lari rebutkan ketiak abah. Hehehehe.

Setiap kali abah cakap “Pada zaman dahulu… Ada 3 ekor beruang..”🐻🐻🐻

Haaaa…. mencicit semua lari berkejar nak dengar.

Padahal…

Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!
sumber foto: Canva

Cerita tu berulang yang sama.

“Pada zaman dahulu, ada 3 ekor beruang… 🐻Beruang yang pertama, namanya beruang yang pertama. 🐻Beruang yang kedua, namanya beruang yang kedua. 🐻Beruang yang ketiga, namanya beruang yang ketiga. Habis”.

IKLAN

Daaaan…

Semua akan gelak ketawa minta sambung cerita.
Maka, abah akan sambunglah cerita-cerita lain.

Cerita pasal arnab rajin tolong mak dia ke.🐰
Cerita pasal kura-kura pergi solat dapat tenaga jalan laju ke.🐢

Simple je.

Baca: “Mommy & Ayah Sayang Kamu Hingga Ke Syurga,” Dua Majlis Sambutan Harijadi Pertama Rayyan. Elfira Loy Luah Rasa Gembira!

Tapi, kami adik-beradik rasa seronok sangat.

Sampaikan bila saya ada anak-anak ni, anak-anak pun tahu cerita 3 ekor beruang ni.

Bila balik kampung, Pakcu diorang pun cerita pasal 3 ekor beruang ni 😂

Simple je.

IKLAN

Bila saya minta anak sulung saya bercerita spontan, dia akan cerita pasal 3 ekor beruang.

Nanti anak nombor 2 akan tukar watak beruang jadi itik pula.🦆

Dari cerita yang simple macam 3 ekor beruang yang namanya beruang ni, anak-anak belajar kembangkan lagi penceritaan mereka.

Saya dapat tarik perhatian anak sebab CERITA INI BERBENTUK PENGULANGAN.

Otak emosi anak terus tercetus MEMORI Kasih Sayang setiap kali dengar “Pada Zaman Dahulu…”

Sebab….

Spontan nya kita bercerita.
Selalunya kita bercerita.

Sampai anak-anak kenal sangat dengan 3 ekor beruang ni.

IKLAN

Kita cipta BONDING EMOSI POSITIF dengan anak, dari cerita simple, berulang dan konsisten ni.

Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!
sumber foto: Freepik

CARA “STORY TIME” SPONTAN YANG BERKESAN & MENCETUS EMOSI POSITIF & MEMORI KASIH SAYANG:

  1. Cerita dengan nada yang excited, penuh misteri sampai anak rasa tak puas nak dengar.
  2. Gunakan suara yang ceria dan wajah yang manis.
  3. Sediakan ruang untuk anak boleh duduk dekat-dekat dengan kita semasa kita bercerita.
  4. Gunakan pergerakan tangan dan mimik wajah untuk anak gambarkan apa yang kita sedang cerita.
  5. Ajak anak sambung cerita berdasarkan bayangan anak.
  6. Ulang watak yang sama esok-esok hari juga, tapi ceritanya berbeza sedikit. Anak akan rasa ikatan kasih sayang dengan watak spontan kita tu, dan akan lebih mudah belajar kembangkan ceritanya.

Sumber: Siti ‘Aishyah Rozalli

Baca: Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan, Doktor Terangkan Ada 3 Jenis Ruam Peluh & Cara Merawat Dengan Berkesan!

Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI