Anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus. Dengan aktiviti ini ia mendidik anak-anak ini berfikir dan menyelesaikan masalah. Tidak dinafikan, kanak-kanak pada usia lima dan enam tahun telah sedia aktif.
Namun dengan teknologi dan gajet yang ada pada hari ini, mereka mungkin tidak seaktif yang disangka. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk memberi motivasi kepada anak-anak?
Untuk memastikan masa aktif si kecil menyeronokkan, kenal pasti apa aktiviti terbaik untuk kumpulan umur anak anda dan beri keutamaan untuk sesuatu yang menggembirakan.
Fahami kemahiran yang ada pada anak anda juga boleh menjadi kunci untuk mengekalkan keseronokan sesuatu aktiviti. Melambung bola bersama atau bermain sepak bola mungkin menjadi kemahiran yang terpendam dalam diri si kecil. Biarkan dia mengasah bakatnya itu dengan bermain bersama-sama. Bukan mereka sahaja yang mengeluarkan peluh, malah anda juga boleh kekal sihat dengan aktiviti sebegini.
Ads
Aktiviti luar
Jangan biarkan anak anda terperap di rumah dengan gajet di tangan atau menonton televisyen seharian di rumah sahaja. Permainan dan peralatan tidak perlu mewah. Kanak-kanak menikmati permainan yang mudah seperti menangkap dan membaling; bermain dengan raket plastik dan bola; menari dan jatuh serta bangun sendiri.
Kanak-kanak prasekolah melatih kemahiran seperti melompat, mengimbangi pada satu kaki, membaling dan menangkap bola; mengayuh basikal roda tiga dan bermain tali skipping yang mana kebaikan itu akan dimanfaatkan untuk kegunaan pada masa kini dan juga masa hadapan.
Apabila kanak-kanak belajar kemahiran asas tersebut, ia membina keyakinan dan besar kemungkinan mereka akan terus aktif secara fizikal sehingga dewasa. Sebuah organisasi sukan dan pendidikan fizikal menyarankan kanak-kanak prasekolah mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal berstruktur (dibimbing oleh orang dewasa) sehari.
Ads
Masa lapang
Berikan sedikit kebebasan untuk anak anda juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak prasekolah menjadi aktif. Walaupun beberapa aktiviti fizikal hendaklah distrukturkan dan dipimpin oleh ibu bapa atau penjaga, mereka juga perlu mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal bebas setiap hari.
Menggalakkan bermain aktif yang bebas, bermaksud membiarkan anak-anak memilih aktiviti dan membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan. Sudah tentu semuanya dalam persekitaran yang selamat dan diselia. Ini termasuk meneroka laman belakang rumah, berkebun, berjalan di sekitar taman permainan atau bermain dengan anak patung di dalam rumah.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik. Kanak-kanak sentiasa memerhatikan gerak geri anda, maka jadilah contoh yang baik dengan bersenam secara teratur. Anak akan jadikan anda sebagai panduan dan akan mengikut apa yang anda buat secara semula jadi.
Ads
Cara lain galak aktiviti fizikal
Hadkan masa menonton televisyen dan bermain dengan gajet. Dengan cara ini, anak-anak akan mencari satu aktiviti lain yang lebih bermanfaat. Tidak salah untuk dedahkan kepada mereka dengan teknologi masa kini, namun anda perlu pastikan aplikasi dan permainan atau tontonan sesuai dengan usia.
Pastikan ia menyeronokkan. Membantu mencari aktiviti anak anda suka dan kemudian menawarkan banyak peluang untuk dinikmati oleh mereka tentu mengujakan. Bermain sorok-sorok atau mengejar mereka di sekitar rumah pastinya menimbulkan keterujaan. Atau anda juga boleh menunggang basikal bersama di taman pasti eratkan lagi hubungan dengan anak-anak.
Menyelia rapat kebolehan fizikal anak-anak seperti memanjat ke puncak gelongsor di taman permainan atau bergayut di palang yang ada mungkin melebihi keupayaan mereka untuk menilai apa yang selamat dan apa yang berbahaya. Begitu juga, mereka tidak tahu bila masanya untuk berehat pada hari yang panas. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak berseronok di luar sambil memastikan mereka dalam keadaan selamat. Jangan lupa minuman, snek berkhasiat dan pelindung matahari juga ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ada yang tanya petua, bagaimana untuk menjadikan anak dengar cakap dan mudah dibentuk sikapnya, cara zikir dan doa semasa memasak adalah jawapannya.
Itulah yang dikatakan rahsia air tangan ibu. Semasa ibu memasak, Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk membacakan doa dan zikir pada masakan.
Malah pesanan mak-mak kita dulu katanya, ‘air tangan ibu sangat berkuasa untuk mengikat kasih sayang anak-anak dan juga suami. Oleh, jika anak isteri yang bekerjaya dan sibuk , ibu-ibu tetap kena curi masa memasak untuk ahli keluarga.
Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga. Malah memberi suapan kepada mulut anak dengan tangan membawa kesan yang mendalam kepada diri anak.
Memang tidak ada kajian saintifik yang menjelaskan kehebatan air tangan seorang ibu, tetapi ia boleh dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
11 ZIKIR DAN DOA SEMASA MEMASAK YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.
Homeschooling tak semestinya kena hantar anak belajar dengan guru terlatih. Ibu bapa pun boleh buat di rumah. Cara ini paling mudah kerana ibu bapa lebih tahu dan faham kehendak anak.
Lagi satu, homeschooling ini kena ada kesabaran dan tak boleh anggap anak itu dah pandai semuanya. Buat secara berperingkat dan faham apa kehendak anak. Kalau sekadar memaksa dan anak tak boleh nak buat memang ibu bapa boleh naik darah.
Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Rohayati Ramli mengenai cara nak homeschooling anak di rumah tanpa perlu rasa nak marah.
Sebenarnya sesiapa sahaja boleh homeschooling anak. Tak kisah ibu bekerjaya atau tak bekerjaya pun boleh. Bagi yang bekerjaya boleh homeschooling waktu malam. Ambil dalam masa 10-15minit dah memadai.
Tak sempat malam-malam sebab letih. Wekeend kan ada. Boleh juga sabtu atau ahad.
Nak homeschooling memang perlukan kesabaran tinggi. Kalau tak sabar jangan homeschooling. Kalau tak nanti jadi “mak ko hijo” setiap masa.
Sebagai ibubapa yang nak ajar anak sendiri. Pertama kena set dalam kepala kita. Anak-anak tak tahu apa-apa. Maksudnya start dari zero. Jangan cakap dialog “itu pun tak tahu” sebab memang anak tidak tahu pun.
Mood nak mengajar mestilah dalam keadaan tenang dan emosi ibu bapa dan anak dalam keadaan baik. Pastikan mood sentiasa ceria bagi mengelakkan proses homeschooling dalam keadaan tegang. Kalau ibu bapa keletihan elakkan homeschooling. Mau ada yang kena makan nanti.
Sekiranya anak dah mula tantrum/down/ nangis. Hentikan proses mengajar ketika itu dan bersambung semula keesokan harinya.
Sehari 2 aktiviti sudah memadai. Homeschooling tidak semestinya hanya fokus pada asas akademik semata-mata seperti membaca dan menulis sahaja.
Perlu terap dan tanamkan nilai-nilai murni. Seperti akhlak dan keyakinan diri serta pengurusan diri. Bila anak dah boleh ikut cara homeschooling dan berjaya sesuatu perkara, reward sedikit seperti adakan sistem reward sticker.
Contoh : Anak minat dinosaurs belikan sticker dinosaurs. Lekat satu sticker bila satu perkara dah berjaya.
Sabar & lembutnya Datin Sri Shahida memujuk anak, mampu mencairkan si anak. Ia amat menyentuh hati ibu-ibu yang melihatnya.
Sabar dan kasihnya ibu itu melebihi dari segala-galanya. Ibrahim Adham atau Baem yang terbiasa menjadi anak manja dalam keluarga. Tetapi semenjak kelahiran adiknya, Yusuf, dia terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada mamanya.
Lembutnya pujukan ibu, akhirnya anak ketiga pasangan Datin Sri Shahida & Dato’ Sri Aliff Syukri, Ibrahim Adham atau Baem akhirnya akur dan pergi ke kelasnya baking yang perlu dihadirinya dua kali seminggu.
Drama pagi ni…biasa saya akan hantar anak saya termasuk @baem_adham ambik baking class seminggu 2x…Hari ni tiba2 dia x nak pergi pula..
Rupanya ada benda yg dia nak…teringin nak makan ice cream baskin robin dgn nak makan Happy Meal Mc Donald katanya….
Anak manja saya ni sbb dah 6 tahun x ada adik…sekarang ni dia suka buat bukan2 untuk ambik perhatian..??
Follower yang kebanyakannya ibu-ibu berkongsi tip, meluahkan dan memberikan reaksi positif kepada cara pujukan Datin Sri Shahida. Permintaan anak sekecil Baem selalunya tidaklah terlalu sukar untuk dipenuhi. Apa yang dimahukannya ialah perhatian dan masa bersama ibunya.
Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh. Walau hanya hal yang kecil, jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar.