Ads

“Paling Penting Buku Pink” Nad Zainal Kongsi Tip Bawa Beg Hospital, Mudah!

Bakal menyambut kelahiran bayi ketiganya sedikit masa lagi, pelakon Nad Zainal turut berkongsi persiapan untuk menyediakan beg ke hospital.

Menerusi Instagramnya, Nad memuat naik video barang-barang dan kelengkapan barang-barang yang dibawanya untuk ke hospital kelak.

"Paling Penting Buku Pink" Nad Zainal Kongsi Tip Bawa Beg Hospital, Mudah!

Malah Nad juga turut menyarankan beberapa barang dan dokumen penting untuk di bawa ke hospital.

“Assalamualaikum wbt. Ok hari ni kita tunjuk apa kita nak isi dalam bag nak ke hospital.

“Baby & Mommy punya sekali. Kita tunjuk dekat ibu -ibu yang mungkin belum pernah ke hospital nak bersalin ni, haaa tak perlu nak angkut semua benda.. ok?

“Nanad tak bawa breastpump. Rasanya terus direct BF baby,” tulisnya berkongsi di kapsyen.

Ads

"Paling Penting Buku Pink" Nad Zainal Kongsi Tip Bawa Beg Hospital, Mudah!

Melalui video yang dikongsikan oleh Nad, antara kelengkapan lain yang turut di bawa adalah seperti mandian, overnight panties dan lain-lain lagi untuk ibu.

Begitu juga kelengkapan bayi seperti barut, bedung, pakaian serta mandian bayi.

"Paling Penting Buku Pink" Nad Zainal Kongsi Tip Bawa Beg Hospital, Mudah!

Ads

“Saya pack terus macam ni siap-siap, dalam bag zip lock ikut hari dan keperluan.

“Mak baby pula, paling penting kena bawa buku pink dan kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran dan rekod.

“Jangan lupa bawa power bank, overnight panties, wet tisu, bengkung, pakaian untuk balik hospital dan jangan lupa mandian dan skincare sepanjang berada di hospital.

Ads

“Saya tak bawa barang banyak pun, bawa yang penting saja. Pastikan pack barang keperluan awal-awal supaya tak kalut. Mana tahu tersakit awal,” kongsinya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Bayi Baru Lahir Kini Dapat RM3,000

Bayi Baru Lahir Kini Dapat RM3,000, Kerajaan Melaka Perkenal Bantuan Pendidikan...

Bantuan pendidikan anak asnaf di Melaka menyediakan simpanan RM3,000 dalam akaun SSPN untuk bayi keluarga asnaf sehingga mereka berusia 18 tahun.