Roti Cheesy Balut Telur Hanya Guna 3 Bahan, Menu Simple Sarapan Pagi Anak Ke Sekolah

Share

Sesi persekolahan sudah bermula, pastinya mama nak mencuba menu sarapan yang paling mudah dan simple. Yelah waktu pagi antara waktu yang paling sibuk buat mak-mak di rumah.

Mama boleh cuba menu mudah dan simple ini iaitu roti cheesy balut telur yang menggunakan 3 bahan sahaja. Anak-anak pun confirm suka!

Baca:

Viral Bayi 16 Bulan Seberat 27KG, Rupanya Si Ibu Sering Beri Susu Pekat Manis

“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman

Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman

Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness

Roti Chessy Balut Telur

  • Telur 2 biji🥚
  • Roti 2 keping🍞
  • Cheese 2 keping🧀
  • Sedikit Lada Sulah🧂

Cara penyediaan:

👉🏻Pukul telur dengan sedikit lada sulah.

👉🏻Dadarkan telur dalam kuali leper.

👉🏻Letakkan 2 keping cheese di atas telur dadar.

👉🏻Kemudian letakkan roti di atas cheese tu.

👉🏻Mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti & cheese..

👉🏻Terbalikkan buat seketika.

👉🏻Siap, dah boleh angkat

👉🏻Potong dan makan panas-panas

Mudahkan? Boleh sediakan untuk bekal anak ke sekolah. Selamat mencuba!

Kredit: Har Ryea

 

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN