Para ibu mesti menghadapi cabaran bila berhadapan dengan anak yang suka makan manisan seperti coklat dan gula- gula yang tidak berkhasiat. jangan risau, para ibu boleh buat manisan sendiri di rumah agar kesihatan anak terjamin. sebagai contoh, jeli buah- buahan seperti jeli mangga. Jeli memang sedap untuk dimakan dalam apa jua keadaan sekalipun. baik musim panas atau sejuk.
Jeli akan rasa lagi sedap sekiranya dicampurkan dengan buah- buah sebenar. Banyak buah yang boleh dicampur dengan jeli seperti buah mangga, buah laici, buang anggur dan pelbagai lagi. Barulah jeli yang dibuat akan berasa segar dan lagi sedap.
Jom lihat resepi mudah jeli mangga yang dikongsikan. Resipi ini dikongsikan oleh Rose Aien Ramli.
Cara- cara: 1. Masakkan semua bahan bertanda (*)sehingga larut. 2. Bahagikan kepada 2 bahagian.
Ads
Bahagian 1: 1. Tambah 2 sudu besar susu pekat. 2. Tambahkan juga sedikit cordial mangga dan pewarna kuning/ oren. 3. Isikan separuh dalam acuan lompang dan biarkan beku.
Sumber foto: Facebook Rose Aien Ramli
Bahagian 2: 1. Tambahkan sedikit pewarna hijau. 2. Setelah adunan 1 tadi keras, keluarkan dari acuan. 3. Kemudian, isikan dengan separuh adunan hijau. 4. Kemudian, masukan jeli mangga yang sudah dikeluarkan dari acuan (masukkan semula dalam adunan hijau) 5. Tunggu sampai betul- betul beku dan keluarkan dan potong 4 (jangan putus ya) lepastu dah boleh susun dalam cup.
Senang sahaja resepi yang dikongsikan. Boleh buat sendiri lepasni. Tak perlu tunggu jamuan untuk hilangkan mengidam nak makan jeli. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Teringin nak buat biskut raya tapi tak mahu guna banyak bahan. Ini antara salah satu pilihan untuk anda. Tanpa perlu guna tepung, telur dan bahan-bahan lain, hanya guna dua bahan saja, boleh siap!
Paling penting, sedapnya tu tak boleh bawa bincang sungguh. Sedap sungguhlah. Nak cuba buat almond nibs, boleh ikut langkah penyediaan yang dikongsikan oleh Nor Suhaida Zamri.
4. Gaul-gaul bagi mesra kedua-dua bahan. Lepas tu masukkan dalam cup. Letak dalam peti ais. Dalam 2 atau pun 3 minit. Ready to ngappp.
**Bagi yang risau manis, sebenarnya rasa almond nibs ini tidak terlalu manis sangat sebab boleh guna dark chocolate dicampurkan dengan milk chocolate. Kombinasi kedua-duanya itu buatkan rasa coklat lagi umph!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanyalah mana-mana ibu sekalipun, pasti berdepan dengan masalah ini. Anak terlebih suka makan telur goreng. Senang bagi ibu, tidak perlulah memasak makanan yang lebih berat untuk anak. Namun jangan dibiarkan anak makan telur sahaja, tambahkan sedikit zat lain buat anak.
Menyorokkan sayur ke dalam telur dadar goreng ini antara ilham yang boleh mama contohi dalam menu anak. Tip ini bukan sahaja sihat pada anak-anak kita bahkan cara bijak untuk pastikan anak makan sayur. Kuncinya cincang sayur hingga halus dan masukkan ke dalam telur dadar. Sedap!
Nak tambahkan rasa sedap lagi, boleh tambahkan kepingan keju dan sedikit susu tepung anak. Bancuh sekali dan hasilnya gebu lain macam. Sedap terangkat.
Bahan-bahan: 1 biji telur Sedikit brokoli -dicincang halus 1 sudu besar marjerin 1 keping keju
Potong dan cincang brokoli halus dan gorengkan sekejap. Angkat.
Pecahkan telur dan masukkan brokoli serta keju. Pukul rata hingga sebati.
Cairkan marjerin di dalam kuali dan goreng telur dadar hingga masak.
Wallah..sedap! Bukan anak saja bertambah, mak ayah pun laju.
Tip Sedapkan Telur Dadar
Tambah Air
Tambahkan sedikit air ketika memukul telur. Air dikatakan dapat membuatkan telur menjadi lebih gebu dan sedap.
Letak Susu Tepung
Selain keju, memasukkan sedikit susu tepung ke dalam bancuhan telur dadar juga membuatkan telur menjadi lebih enak dan lemak rasanya. Tak perlu tambahkan garam untuk anak. Sedap.
Cara Tuang Tepat
Bagi memastikan telur dadar lebih garing dan sedap, pastikan minyak betul-betul panas dan tuangkan bancuhan telur lebih tinggi. Cara ini buat telur lebih garing dan rangup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah boleh makan memang mak-mak makin excited nak bagi anak makan macam-macam. Tapi kalau boleh tentulah nak bagi makanan homemade yang lebih sihat dan diyakini bahannya kan?
Apa kata cuba resepi biskut baby 3 bahan paling mudah ni yang dikongsikan oleh ibu ini.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Harini tengku nak share 1 resepi homemade teething biscuit for baby. Resepi simple dan tahan lama.
Resepi ni dah lama tengku simpan. Dah tak ingat siapa ownernya. Semoga pahala mengalir kepada tuan asal.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Bahan-bahan:
Unsalted butter setengah cup
Tepung jagung 1 cup
Tepung atta setengah cup
Sedikit susu formula atau bijirin bayi.
Fresh milk @ ebm
Cara-cara:
1.Pukul butter hingga kembang (hingga lembut )
2. Masukkan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bijirin bayi. (guna oat pun boleh)
3. Uli tepung. Agak2 adunan dah ok. Macam kita buat biskut raya tu. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit
4. Bentukkan dan bakar 10-15 minit
Biskut ni sedap cuma tak manis. Kalau mommy nak kasi manis boleh tambah puree kurma atau puree labu dalam adunan..so ada rasa sweet-sweet sikit.
Untuk baby yang tak pandai control cara makan lagi boleh basahkan biskut ni dengan air panas. Hancurkan dan boleh suap baby macam biasa.
Yang penting selamat dan bebas dari bahan yang tak sepatutnya. Boleh buat banyak-banyak dah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.