Sebelum ini menerusi perkongsiannya dalam Berita Harian, Hanez mengakui, kehamilan keduanya agak mencabar, terutama pada trimester pertama disebabkan alahan yang teruk.
Hanez juga berdepan risiko tekanan darah rendah kerana tidak mengambil daging merah dan ayam.
Pelakon yang popular menerusi drama Love You Mr Arrogant sebelum ini, pernah berdepan masalah kerisauan melampau selepas melahirkan anak sulungnya.
Ads
“Badan saya jadi lemah kerana alahan teruk ketika trimester pertama hamil sehingga doktor menasihatkannya menjaga pemakanan, termasuk mengambil daging merah dan ayam, selain makanan tambahan.
Disebabkan terlalu risau dengan kesihatan, Hanez akui lebih suka menikmati hidangan yang dimasak sendiri.
Ads
“Saya lebih suka memasak sendiri kerana lebih mudah untuk mengawal bahan yang digunakan. Bukan bermaksud saya tidak menikmati makanan di luar, cuma saya pastikan hidangan yang disajikan tidak menggunakan perasa tambahan berlebihan,” katanya.
Aura keibuan jelas terpancar di wajah pelakon dan hos jelita, Mira Filzah. Dia kini kelihatan semakin berseri-seri dengan baby bump yang comel. Baru-baru ini Mira dan rakan baiknya mengadakan pertemuan ringkas, bagi meraikan serta mendedahkan jantina anak (baby shower) di Dusun OpenHouse.
Dah tahu jantina anak sejak November
Melihat di Insta-Stories selebriti manis ini, Mira mendedahkan sebenarnya sudah mengetahui jantina anak pertamanya itu sejak bulan November tahun lalu dan tidak berahsia tentang hal tersebut jika ada yang bertanya tentang jantina anaknya.
“Sejak November tahun lepas dah tahu jantina dan tak berahsia pun. Bagitahu je sesiapa yang tanya. Belon tu cukup syarat je untuk tangkap gambar hari ni! Thank you girls,” kongsinya.
Dalam pada itu, Mira turut berkongsi gambar kek (baby shower) yang sebenar bersama dekorasi sepasang kasut bayi berwarna merah jambu dan biru yang comel namun sayang kek tersebut tumbang dan diganti dengan kek baru.
Meski kek tersebut tumbang, rakannya sempat menyelamatkan dekorasi kasut bayi yang comel tersebut dan kemudian diletakkan diatas kek yang baru.
“Kek tumbang. Jadi..”
“Dan beli kek baru.”
“Mereka berjaya selamatkan dua kasut comel ni. @amalinanrzn @aniszulkiflee23 @dianakhairuddin” tulisnya
Ramai teka ‘baby girl’
Melihat foto kek yang dimuatnaik Mira di Instagramnya, ramai peminat selebriti ini teruja meneka jantina anak pertamanya. Rata-ratanya memberitahu bayi dalam kandungan baby girl.
“Baby gegirl ni… Tengok perut macam tu la…”
“Baby girl sebab nampak kembang tepi perut..hehe kalau baby boy, dia bulat dari atas.”
“Semoga dipermudahkan segala urusan Mira dan baby. Sihat-sihat selalu hendaknya.”
“Rasa baby girl sebab Mira awal-awal mengandung kurang seri sikit, serinya diambil anak perempuan.”
Salute Mira! Sentiasa besederhana
Bukan itu sahaja, penampilan Mira Filzah juga dari awal kandungan sehingga dah sarat sangat simple dan jika orang tak tahu, pasti tak perasan dia hamil.
“Salute Mira! Even dah masuk trimester ketiga, tak suka tayang tummy. Pemakaiannya pun sopan dan longgar je. Sedap mata memandang.”
“Walaupun dah dekat nak bersalin pun, badan tetap maintain dan semakin bertambah lawa.”
Bagaimanapun, ramai yang mendoakan walaupun bayi perempuan atau lelaki semoga urusan bersalin Mira Filzah dipermudahkan. Ibu dan bayi dua-dua sihat.
Sekadar info, Mira dan Wan Emir mendirikan rumahtangga pada 2 September 2020 dengan empat majlis berasingan dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menginjak ke minggu-minggu akhir kehamilan, ibu hamil mudah berasa letih dan semakin tidak berdaya membawa perut yang membesar. Menghitung hari menanti kelahiran yang dinanti sejak berminggu-minggu lalu amat mendebarkan.
Emosi ibu hamil pada trimester ketiga ini tidak sama dengan emosi ibu hamil pada trimester pertama dan kedua. Jika trimester pertama ibu bertungkus lumus melawan ketidakselesaan yang dialami sementara trimester kedua pula ibu melayan keinginan tekak yang ingin mencuba bermacam makanan. Tetapi trimester ketiga ibu semakin sukar menggerakkan badan dengan selesa seperti dahulu.
Antara yang sering dialami oleh ibu hamil iaitu kesukaran untuk bangun kembali daripada pembaringan dan sukar untuk kembali berdiri setelah duduk. Selain dari itu, ibu juga akan berasa sangat sensitif pada bahagian payu dara sehingga jika tersentuh sedikit pun akan sakit.
Selain daripada itu emosi ibu juga semakin tidak menentu. Ibu jadi tidak senang duduk memikirkan saat kelahiran yang semakin hampir. Menitip kisah pengalaman teman yang sudah melalui proses melahirkan anak menambahkan lagi rasa gementar ibu. Namun sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dapat dijadikan bekalan apabila diri sendiri melaluinya kelak.
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh ibu saat menghitung hari ini, kecuali banyakkan berehat, bertenang, melakukan kerja-kerja akhir mengemas peralatan ibu dan bayi dan menyiapkan kerja-kerja akhir di pejabat (jika bekerja) sebelum bercuti panjang.
Apa pun ketidakselesaan dan ketakutan yang dirasakan, proses melahirkan anak perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan keberanian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak sebaiknya memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.
Selalunya doktor akan memberikan pil-pil vitamin tertentu. Pil-pil ini mengandungi vitamin-vitamin yang diformulakan untuk wanita yang hamil.
Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.
Selain itu, vitamin C dan vitamin E dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim ibu lagi. Ia juga menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon dan kulit bayi.
Vitamin C dan vitamin E berfungsi sebagai sebatian antioxida yang terbaik. Mereka bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh. Sebagai antioxidant, vitamin E dan vitamin C bertindak secara sinergi atau bergandingan dalam melawan proses pengoksidaan yang sangat bahaya pada tubuh.
Gandingan keduanya juga sangat baik dalam melawan serangan radikal bebas yang banyak berlaku dalam tubuh.
Ini bermakna vitamin E juga perlu dalam meningkatkan sistem daya tahan dan mengelakkan penyakit. Oleh itu saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E adalah satu kerana mereka gandingan antioksida yang terbaik.
Banyak kajian membuktikan proses pengoksidaan ketika hamil akan menyebabkan masalah pre eclampsia, meninngkatkan perkembangan fizikal bayi dalam rahim dan menyebabkan kebocoran selaput bayi secara pramatang. Proses pengoksidaan yang keterlaluan juga menyebabkan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pramatang seperti masalah paru-paru, kerosakan usus yang teruk (disebut sebagai necrotizing enterocolitis) dan banyak lagi. Ini membuktikan proses pengoksidaan yang tidak tekawal berbahaya kepada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim.
Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E ketika hamil untuk dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini. Oleh kerana pengambilan vitamin C dan vitamin E bukanlah sesuatu yang berbahaya ketika hamil, maka tidak salah bagi mereka yang ingin mengamalkannya. Ambil dalam dos yang betul bagi mendapat manfaat vitamin-vitamin ini dan bagi mengelakkan kemudaratannya (walaupun ia jarang berlaku)
Pengambilan vitamin C yan dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Namun pengambilan vitamin C melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.
Pengambilan vitamin E pula antara 30-50mg sehari. Setakat ini belum ada lagi kajian terperinci kemudaratan pengambilan vitamin E, kecuali jika diambil dalam dos yang besar iaitu 400mg dalam sehari.
Nasihat saya bagi wanita hamil, dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin. Ini membantu kita mendapat manfaat dan mengelakkan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.