Bila cakap pasal saiz badan besar ramai yang akan sensitif. Bukan niat hendak menghina atau mentertawakan saiz badan orang lain tetapi untuk mengingatkan tentang risiko yang bakal mereka hadapi dari segi kesihatan.

Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes rawatan ke atas pesakit berbadan besar.

Harap lebih ramai yang boleh buka mata dan berlapang dada membaca perkongsian ini.

Saya tak pernah nak menghina atau sama sekali nak mengecilkan hati orang yang berbadan besar. Apatah lagi nak buat mereka menangis.

Ada yang kata itu hak mereka sendiri untuk berbadan besar, besar itu comel, besar itu cantik.

Hakikatnya, saya menangis kerana saya tidak mampu membuat yang terbaik untuk pesakit saya yang berbadan besar.

Saya pernah dapat pesakit wanita yang beratnya 180kg, datang dengan pneumonia atau jangkitan kuman paru paru. Puas sudah semalaman team ICU bertungkus lumus. Mesin pernafasan ventilator sudah 100% memberi bantuan pernafasan.

Namun, tahap oksigen di dalam darah hanya sekitar 70%. Pilihan yang terakhir adalah dengan memberikan bantuan pernafasan menggunakan mesin secara prone (dibaringkan terlungkup) seperti Superman. Namun, beratnya yang 180kg itu menjadi batu penghalang untuk team ICU melakukan rawatan ini.

Dia pergi menghadap Ilahi.

Risiko Nak Ceaser Ibu Badan Besar

“Tak Pernah Nak Hina Atau Kecilkan Hati Orang Berbadan Besar”, Ingatan Pakar Bius Ini Sangat Padu!

IKLAN

Saya pernah dapat pesakit wanita seberat 165kg untuk pembedahan Caesarean.

2 katil Dewan Bedah diperlukan. Kesukaran untuk memasukkan jarum branula untuk ubat ubatan jangan cakaplah.

Berbelas kali cubaan dibuat. 2 pembantu pembedahan diperlukan. 3 doktor bius berpengalaman diperlukan.

Kami tidak dapat untuk membuat bius separuh badan kerana lapisan lemaknya sangat tebal. Kami give up dan teruskan dengan plan B iaitu awake fibreoptic intubation.

Lazimnya, jika kita membius pesakit secara am, sejenis tiub pernafasan dimasukkan apabila pesakit di bawah pengaruh bius. Tapi untuk dia, kami masukkan hidup hidup.

Selepas pembedahan, kami hantar dia ke ICU untuk proses mencabut tiub pernafasan secara perlahan lahan.

Malangnya dia meninggal kerana pulmonary embolism atau darah beku yang berasal dari kaki yang melencong ke paru paru. Masalah ini memang sinonim dengan orang yang berbadan besar.

Dia pergi menghadap Ilahi.

IKLAN

Maut Kerana Ambil Supplemen Kurus!

Saya pernah dapat pesakit wanita berbadan besar yang membeli ubat supplemen kurus durjana di laman web. Mereka di ICU kerana kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, ada juga yang menghadapi masalah jantung.

“Tak Pernah Nak Hina Atau Kecilkan Hati Orang Berbadan Besar”, Ingatan Pakar Bius Ini Sangat Padu!
Foto kredit: CNN.com

Ada yang pergi menghadap Ilahi, ada yang penghujungnya kena dialysis.

Wanita yang berbadan besar,

Bukan niat saya untuk menghina. Tapi saya mahu anda sedar dari lamunan.

Anda adalah mangsa.

Si penjual supplement durjana mengambil kesempatan atas anda.

IKLAN

Anda juga adalah mangsa delusi ‘besar itu cantik’.

Besar itu meletakkan kesihatan anda dalam bahaya.

Besar itu menyebabkan kesukaran rawatan atas anda.

Itu belum kira lagi penyakit yang lain lain.

Sakit lutut, sakit puan, sakit jantung, susah bernafas, dengkur yang kuat, kanser.

Tolonglah bangun dari delusi.

Besar itu masalah, besar itu penyakit.

Penyakit ini adalah penyakit yang boleh diubati.

Dan kuncinya ada pada keazaman anda sendiri.

Sumber: Dr Nur Ilyani Bujang

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI