Buah sememangnya perlu diambil dalam pemakanan seimbang anak kecil kita. Pun begitu bagi kanak-kanak yang mengalami alahan, lebih-lebih lagi bagi yang mengalami asma dan ekzema, ada beberapa buah yang perlu dielakkan. Namun semuanya bergantung kepada tubuh anak itu sendiri.

Menurut Dr Mazlina Mazlan, perhatian keadaan anak setiap kali makan buah-buahan tertentu dan elakkan buah-buahan yang boleh memberi kesan pada anak.


Bukan semua buah selamat dimakan oleh anak yang ada asma dan eczema. Atau anak yang kerap batuk dan kerap gatal-gatal satu badan, walaupun tak didiagnos sebagai asma mahupun eczema.

Real food sangat bagus untuk anak-anak. Processed food yang kita kena elakkan dari mereka.

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Tapi, untuk sesetengah keadaan, ada jugak bahan kimia semulajadi dalam real food yang buatkan anak kena pantang sekejap itu dan ini.

Anak-anak macam ni, mereka teramat sensitif. Silap makan sikit, batuk makin teruk. Salah makan sikit, gatal makin banyak.

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Ada satu kandungan pembawa alergik, yang ada dalam buah. Kandungan ni bukan tambahan dari luar. Tapi kandungan yang memang sedia ada dalam buah.

IKLAN

Salicylates. Bahan kimia yang ada pada buah, yang mana ia bertindak sebagai racun serangga semulajadi untuk menghalang buah dari serangga dan fungus.

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Kita tak dapat nak elak yang ini. Cuma, tak semua sesuai ambil buah yang ada kandungan salicylate.

Makin tinggi kandungan salicylate, makin cepat tindakbalas alergik boleh berlaku, ikut keadaan badan masing-masing. Sebab tu kadang, ada banyak reaksi bila anak-anak makan buah.

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Anak pertama makan ok. Anak kedua makan naik gatal.
Anak ketiga makan ok. Anak keempat makan jadi batuk.

Sensitiviti badan kita semua tak sama terhadap salicylate. Semua pun datang dari usus sebenarnya. Usus yang baik, insyaAllah kita boleh tolerate dan badan mampu nak kawal kandungan salicylate yang masuk.

IKLAN

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Dalam gambar, saya berikan contoh makanan yang ada kandungan salicylate. Bukan anak tak boleh makan kalau ada asma dan eczema, tapi cuba perhatikan kesan yang anak akan dapat bila makan buah macam ni.

Penat anak masih tak hilang atau makin teruk, flare eczema anak tak nampak tanda surut, bila ambil buah macam ni, boleh korang cuba stop kejap dari anak-anak.

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Badan anak-anak tak sama. Ramai yang tanya, makanan apa kena elakkan bila ada asma, eczema atau apa-apa penyakit lain.

Jawapan saya hanya satu. Banyakkan real food, elakkan terus ultra processed food. Dan perhatikan kesan pada badan, apa-apa yang mungkin beri tanda mudarat, elakkan juga yang itu walaupun ianya real food.

IKLAN

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Berikut merupakan jenis buah yang dikongsikan oleh beliau.

* Oren – Buah oren antara yang tinggi dengan salicylate.
* Jambu batu – Guava pun sama.
* Anggur – Anggur lagilah.
* Nenas – Nenas pun ada ya. Empulur nenas sangat bagus untuk batuk, tapi untuk anak yang ada asma, kena tengok dulu respons anak dengan nenas ye.
* Strawberi – Ini buah paling takut saya nak bagi kalau anak tengah batuk.
* Blueberi- Berries kebanyakkannya tinggi salicylates.
* Avokado – Avocado pun ada jugak, tapi tak tinggi sangat.
* Tembikai – Tembikai pun ada.
* Kiwi – Kiwi pun sama.

Kita cuba sama-sama ya. Saya doakan semua ibu hebat yang ada anak asma dan eczema, moga anak kalian diberi kesembuhan yang sempurna. Amin.

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema & Asma Makan, Ni Mak Ayah Kena Tahu!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI