Situasi anak-anak bergaduh kerana berebut barang adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan seharian bagi ibu bapa yang ada anak lebih seorang.

Tetapi jika terlalu kerap bergaduh, ibu dan ayah pun boleh ‘naik angin’. Bila sudah rasa nak ‘meletop’ biasanya ibu atau ayah pasti akan minta anak sulung untuk beralah dengan adik-adik.

Situasi menjadi semakin tegang kerana abang atau kakak sulung tak berpuas hati dengan arahan tersebut sedangkan kesalahan terang-terang dilakukan oleh si adik.

Jadi, benarkah anak sulung perlu sentiasa mengalah dengan adik-adiknya dalam semua perkara?

Anak Bergaduh Berebut Barang, Perlukah Anak Sulung Asyik Mengalah Sahaja?

Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, jawapannya adalah tidak benar bagi persoalan di atas.

Kita perlu sentiasa menggalakkan anak-anak kita dan cucu-cucu kita untuk berkasih-sayang sesama mereka tetapi menyuruh anak untuk mengalah semata-mata kerana anak itu lebih tua adalah bukan sebahagian dari berkasih-sayang ini.

Ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakpuasan hati sesama adik beradik sehingga ke tua.

IKLAN
Anak Bergaduh Berebut Barang, Perlukah Anak Sulung Asyik Mengalah Sahaja?
Foto: Alex Green www.pexels.com

Apabila seorang anak mahukan atau rebutkan sesuatu yang dimiliki oleh anak yang lain, masalahnya bukanlah pada tuan punya barang itu, tetapi anak yang cuba merebut itu perlu difahamkan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul.

Anak-anak harus diajar erti pemilikan atau hak milik.

“Itu kakak punya”.
“That is your sister’s”
“Ini adik punya”
“This is yours”
“Ini saya punya”
“This is mine”

Kemudian ajar anak meminta izin, bukannya ajar anak merebut.

IKLAN

“Itu kakak punya. Minta elok-elok daripada kakak.”
“Itu abang punya. Cakap baik-baik dengan Abang boleh tak adik pinjam.”

Ini secara tidak langsung mengajar anak adab menghormati hak milik orang lain , adab meminta dan tidak berperangai seperti Zionis.

Cara sebegini tidak mengurangkan sedikit pun kasih sayang sesama adik-beradik tetapi ia lebih mewujudkan rasa hormat dan tahu batasan.

Anak juga tidak merasa ‘entitled’ ataupun hanya kerana dia muda dia berhak dapat apa sahaja yang dimahukannya.

Anak Bergaduh Berebut Barang, Perlukah Anak Sulung Asyik Mengalah Sahaja?

IKLAN

Anak sulung tiada obligasi untuk mengalah.

Sekiranya dia tidak mahu mengalah kerana barang itu hak dia, maka terpulang kepada dia.
Tetapi sekiranya dia secara sukarela melepaskan apa yang dimilikinya, puji dia dan hargai apa yang dilakukannya.

Sumber: Parent Connect

Anak Bergaduh Berebut Barang, Perlukah Anak Sulung Asyik Mengalah Sahaja?

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI