Banyak masa yang kita habiskan di atas katil tanpa disedari. Kadang-kadang bila anak kerap batuk dan selesema kita tertanya-tanya kenapa. Sebenarnya mungkin kerana debu hama yang ada di atas katil!

Artikel Menarik: [Banyakkan Berdoa, Lancarkan Proses Bersalin. Ustaz Azhar Kongsikan Bacaan Untuk Ibu ‘Tunggu Masa’]

Cadar mudah ditanggalkan untuk dibasuh, tetapi untuk membersihkan tilam tebal memang agak sukar. Cara terbaik untuk membuat deep cleaning tanpa perlu mengangkat tilam tersebut adalah dengan menggunakan cuka, baking soda dan cecair antiseptik.

Menurut perkongsian dari pengguna laman Facebook, Syuhaidah Asmaa Khalid, dia berkongsi cara mudahnya untuk membuat deep cleaning ada tilam-tilam di rumahnya. Sangat mudah dan praktikal untuk dibuat oleh para ibu sama ada yang bekerja mahupun surirumah.

Syuhaidah Asmaa Khalid

Step by step on how to deep clean your mattress..

Tilam ni tempat biak byk kuman2 kan mcm kita tgk iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sgt perlu ok..

nak angkat tilam jemur mmg xlarat la kan nak2 klu tilam 12 inch tu..so blh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..blh try buat dlm 4 bln sekali or time ade family members yg demam ke sakit..

Cara :
1) vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu( xguna tuk vacum lantai)

2) hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara ape pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok dgn kain ( blh skip step ni klu tilam x kotor)

Artikel Menarik: [Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan. Ibu Boleh Sawan, Kandungan Pula Terbantut!]

3) tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..utk serap moisture n odour

Posted by Syuhaidah Asmaa Khalid on Sunday, September 8, 2019

4) vacum lebihan soda bikarbonat tu

5) spray dettol + air

Posted by Syuhaidah Asmaa Khalid on Sunday, September 8, 2019

6) anginkan tilam dgn bukak tingkap semua

Da siap..senang kan..

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mungkin buntu untuk membersihkan tilam, tetapi tak tahu caranya. Selamat mencuba!

Sumber: Syuhaidah Asmaa Khalid