Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak-anak kita boleh beri perhatian dalam satu-satu masa. Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner. Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan video untuknya belajar.
Apabila ibu ayah dah tahu anak dalam kategori ini, sekurang-kurangnya anda dah faham serta tak lah memaksa sehingga lain pula jadinya. Anak kategori ini mereka akan tetap akan berjaya juga. Jangan risau!
Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, visual learner adalah yang paling ramai. Kira-kira 60 peratus orang di dunia adalah visual. Paling senang nak belajar, budak visual la.
Ads
Mereka cepat belajar jika kaedah mengajar tu,
✅ kena ada visual
✅ kena bagi dia nampak
✅ kena menarik visualnya
✅ kena grab attention
✅ kena ada gambar atau video
Baru la potensi sebenar dia terserlah. Sungguh!
Ads
Cuma kelemahan mereka ialah,
❌ tak boleh fokus lama
❌ cepat bosan & menguap
❌ mudah terganggu visuali
❌ susah “dengar” arahan verbal
❌ kuat termenung
15 – 20 minit tu memang dah limit dah. Lebih dari tu memang minda dia sampai ke langit 7 dia punya berangan.
Kuasa visual hebat dah, cuma dia kena belajar lebih sikit untuk self-manage kuasa visualnya.
Ads
Macam superman, kalau tak pandai kawal kuasa semua benda dia sentuh boleh rosak.
Anak visual anak yang hebat. Kuat memori, super kreatif & kuasa imaginasi tanpa batasan.
“Dah tegur, puas dah ajar lepas tu tulis terbalik lagi. Geram je! Dah kenapa ni?” Mulalah ibu-ibu risau dan bila google keluar macam-macam jawapan. Pernah tak ibu yang ada anak di usia 5 hingga 6 tahun dalam proses belajar menulis alami situasi ini?
Jika anda sebagai ibu, ada anak yang masih keliru menulis huruf dan nombor secara terbalik, patut ambil tahu mengenai hal ini.
Menurut Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya, jika anak masih belum berusia 6 tahun lagi, tulis nombor atau huruf terbalik mungkin tiada masalah. Cuma kena selalu ajar dan biasakan untuk menulis dengan betul.
Namun, bagi anak yang dah berusia 6 tahun tapi masih lagi ada masalah menulis terbalik, pakai baju, seluar atau selipar terbalik, kena buat sesuatu atau rujuk pakar. Berikut adalah perkongsian terperinci Puan Liyana.
Ini adalah antara huruf dan nombor yang kanak-kanak akan selalu tulis secara terbalik.
Nak pesan ni:
Kalau kanak-kanak bawah usia 6 tahun dari hari jadinya, setakat terbalik huruf dan nombor begini tak ada masalah apa pun.
Tapi kalau di usia ini, masih terbalik pakai kasut, pakai baju, pakai seluar..then kena berjaga-jagalah tengok keupayaan kiri dan kanan badannya.
Manakala…Kalau kanak-kanak di usia 6 tahun selepas hari jadinya dan ke atas…jika masih berlanjutan terbalik terbalik ni semua…diikuti dengan masih pakai kasut, baju, seluar semua terbalik…kiri dan kanan badan masih confuse lagi…huruf dan nombor pun asyik lupaaaaa sajaaa.. Boleh la bawa check untuk tengok ada isu pembelajaran tertentu atau tidak.
Kalau tak ada yang berkaitan sangat dengan arah kiri kanan depan belakang maka, banyakkanlah buat exercise.
Exercise paling afdhal untuk buat dengan anak-anak bagi mengatasi isu terbalik kiri dan kanan serta atas dan bawah ni adalah:
👍Merangkak
👍Ketuk ketampi (buat sebagai exercise,bukan denda!)
👍Brain gym (boleh tengok kat youtube aje)
👍Zumba
👍Dah alang-alang anak tengok lagu-lagu yang ada pergerakan, suruh la ikut buat sama. Pendek kata..exercise lah yang sesuai!
Dan selalulah kena bergerak banyak badan tu. Kalau rasa takut nak bawa anak keluar, rajin-rajinkanlah berzumba di rumah ye. Exercise dan bergerak ni tak banyak pakai modal pun. Duduk rumah aje pun boleh buat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fenomena anak yang sudah mula bercakap tetapi tiba-tiba sahaja hilang makin menjadi-jadi dan ia bukanlah petanda yang baik bagi perkembangan kanak-kanak. Kebiasaan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah di antara usia 2 – 3 tahun.
Mengapa ini terjadi??
Berhenti bercakap secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan salah satu ciri-ciri autism yang mana perkembangan kanak-kanak tiba-tiba merosot tanpa diketahui sebabnya.
Namun begitu ada juga kanak-kanak yang bukan autistik juga mengalami masalah ini.. Ia mungkin juga disebabkan oleh
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk penilaian dan mencari sebab kemerosotan pada perkembangan kanak-kanak.. Anda juga boleh dapatkan temujanji dengan Speech Therapist berdekatan anda untuk penilaian bahasa dan pertuturan.
Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ia tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.
1)Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak
Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
2)Elakkan salah faham
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi.
Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan. Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.
3)Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
4)Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi. Ia terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan. Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibu bapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.
FOKUS
Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.
Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.
Sumber: www.excelqhalif.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.