Sewaktu anak sulungnya Anais Adha mencecah empat bulan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia hamil lagi. Namun, atas nasihat doktor, beliau terpaksa menggugurkan kandungannya itu.
Sakinah mengakui, dia amat sedih dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, terpaksa akur dan mengikut nasihat doktor atas faktor keselamatan dan kesihatan dirinya memandangkan baru sahaja melahirkan anak melalui pembedahan caesarean.
“Saya memang tidak menyangka hamil anak kedua dalam jarak masa yang dekat selepas kelahiran Anais. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihatkan doktor untuk gugurkan, saya sedih. Selepas disahkan hamil, saya diberi tempoh seminggu. Saya makan nanas untuk keluarkannya.
Kredit IG sharifah_sakinah
Sebenarnya, hamil semula dalam masa terdekat selepas bersalin caesar sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.
Ads
Paling ‘gangster’ kalau nak hamil anak kedua selepas caesar adalah setelah enam bulan bersalin. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lepas.”
Menurut Sakinah, walaupun ketika itu jarak usia Anais dan bayi dalam kandungan rapat, dia bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
Ads
“Pada masa itu, saya okay sahaja nak timang anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.
Ads
Kredit IG sharifah_sakinah
Tapi buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk itu sebab sangat sibuk. Malah, masa bersama Anais pun terhad. In sha Allah, kalau tahun depan semuanya okay dan kerja tak banyak, baru boleh fokus untuk tambah anak lagi.” katanya.
Rezeki anak! Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa terharunya selepas menerima cenderahati berupaya wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas mengetahui dirinya hamil.
Ujar Uyaina lagi, wang itu diberikan kepadanya sewaktu menerima kunjungan Diraja itu ke Media Prima semalam.
Bersyukur dengan pemberian tanpa disangka itu, kata Uyaina, dia mahu menyimpannya sebagai tanda kenangan.
“Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Nak simpanlah duit ini. Jadikan ibu duit supaya duit baby saya boleh beranak pinak nanti,” ujarnya.
Bahkan Uyaina juga turut memuji sikap mesra Permaisuri malah sudi berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
“Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang saya mengandung.
“Masya-Allah rezeki baby Alhamdulillah. Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah,” ujarnya.
Terdahulu, pada penghujung Disember lalu, Uyaina mengumumkan dia kini sedang hamil anak keduanya bersama suami, Raja Syahiran. Uyaina dan Syahiran dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Siapa sangka sakit perut yang dianggap berpunca daripada keracunan makanan sehingga menyebabkan cirit-birit dan muntah akhirnya mungkin menjadi punca kepada keguguran yang dialami oleh pelakon Yatt Hamzah.
Berita duka itu dikongsikan oleh Yatt menerusi akaun Instagramnya pada Selasa lalu.
Menurut posting tersebut, Yatt menyatakan dia hanya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan di sebuah restoran ikan bakar di Melaka sehari sebelum kejadian.
“Wahai anak bonda yang kelima, tiada rezeki Bonda untuk mendakap dan besarkan kami di dunia seperti kakak-kakak lain.
“Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti, Allah lebih menyayangimu, Allah lebih mengetahui.
“Sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar di Melaka pada malam sebelumnya, mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja, rupanya ada baby nak pergi tinggalkan Bondanya,” kongsi Yatt di Instagram.
Dalam pada itu, Yatt juga memohon orang ramai untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada bayi yang keguguran itu.
“Mohon hadiahkan Al-Fatihah buat Muhammad Abdullah, Bondanya telah keguguran pada jam 3.30 petang tadi (semalam),” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Yatt turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepadanya.
Dalam satu hantaran yang lain di Instagram, Yatt menyatakan bahawa dirinya tidak kuat dengan apa yang dilaluinya itu. Namun dengan doa dari semua dan izin Allah dia masih bertahan.
Dia turut berkongsi nasihat kepada para ibu khususnya untuk tidak ambil mudah jika terasa sesuatu pada tubuh sepertinya yang tidak mengetahui bahawa dirinya sedang berbadan dua.
“Terima kasih doakan Bonda dan Arwahyarham Muhammad Abdullah. Semoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan buat ramai lagi ibu-ibu yang sama situasinya dengan Bonda.
Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.
Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.
Sumber: Gempak & Ig Yatt Hamzah
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Pelakon jelita Mona Allen yang kini hamil anak pertama berkongsi video semasa menjalani pemeriksaan antenatal bulanan di hospital dalam channel YouTubenya.
Kandungan isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim ini sudah memasuki usia enam bulan. Penantian selama empat tahun pasangan selebriti ini berakhir apabila Allah makbulkan doa mereka untuk memiliki cahaya mata.
Teruja menjalani pemeriksaan ultrasound anak sulungnya, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini berkongsi kegembiraan tersebut bersama pengikutnya.
Dalam video tersebut kelihatan wajah bayi secara 3D dalam ujian imbasan dengan aksi tangannya menutup muka.
Bagaimanapun Mona tidak mendedahkan jantina anak dalam kandungannya sebaliknya membuat teka teki pada tajuk video yang dimuat naik dalam channel YouTubenya.
“Baby sihat alhamdulillah. Nampak aktif je. Tapi suka tutup muka,” kata Mona selepas selesai pemerikaan bulanannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan dan perjalanan kehamilan dan kelahiran pelakon drama Monalisa ini dipermudahkan.
Malahan ada juga yang membuat tekaan jantina anak dalam kandungan Mona berdasarkan perbualannya dengan Pekin dalam video tersebut.
Kebanyakan mereka meneka Mona dan Pekin bakal menimang anak lelaki kerana Pekin ada menyebut tentang kereta, muay thai, karate apabila memberi komen tentang aksi tangan anaknya semasa ujian imbasan tersebut.
Ada juga peminat yang memberitahu tidak kisah apa-apa pun jantina bayi yang bakal lahir asalkan ibu dan bayi dalam keadaan sihat sepanjang kehamilan.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.