Satu ketika dahulu, figura ini banyak membintangi drama tempatan atau telemovie. Kini kerjaya seninya kurang aktif kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Ibu beranak dua, Faralyna Idris menyatakan rasa bimbangnya kerana dikategorikan sebagai underweight selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1. Ketika anak sulungnya, Fira Anggun yang kini berumur empat tahun dilahirkan, Faralyna mengalami nasib yang sama.
Ads
Tidak mengamalkan sebarang diet, dia juga turut merasa pelik kerana berat badannya kini hanyalah 40kg. Tambahnya lagi, berat ini lebih ringan berbanding beratnya sebelum berkahiwn kerana ketika itu dia mempunyai berat 48kg.
Selepas melahirkan kedua-dua anaknya, berat badan Faralyna turun merundum. Dia turut merasakan situasi ini mungkin berlaku kerana dia menyusukan sepenuhnya kedua-dua puterinya itu.
Anak-anak kesayangan Faralyna, Fira Anggun dan Fira Ayu
Cerita ibu cantik ini juga, beratnya ketika hamil hanya naik sekitar 10kg sahaja. Doktor turut menegur Faralyna kerana masalah ini. Dia dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta banyakkan minum susu dan makan sayur. Katanya lagi, dia bersyurkur kerana kesihatannya masih baik dan mampu menjaga kedua-dua orang anaknya yang kini sedang lasak.
Asalkan Faralyna sihat dan dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu tanpa gagal, Pa&Ma doakan yang terbaik untuk pelakon ini. Semoga dia berjaya menaikkan berat badannya dengan cara yang selamat dan kedua-dua orang anaknya membesar dengan sihat. You can do it, Faralyna!
Resipi supermilkbooster buat sendiri selalunya memang yang terbaik. Apatah lagi untuk ibu lepas bersalin dan menyusu anak.
Penggunaan bahan-bahan herba yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan terutama di kalangan ibu bersalin yang kehilangan tenaga semasa proses melahirkan anak amat digalakkan.
Diena Wong berkongsi cara membuat minuman kesihatan yang juga menjadi super milkbooster ibu menyusu menggunakan bahan-bahan herba yang popular di kalangan masyarakat Cina seperti longan kering, kurma merah, goji berry dan lain-lain lagi yang boleh diperoleh di kedai sensei
Selain bagus sebagai Super Milkbooster, minuman ini juga baik untuk kesihatan kulit, energy booster dan kecantikan kulit wajah. Ia juga boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita yang tidak berpantang.
Seperti yang dijanjikan inilah recipe POST-NATAL HERBAL CHINESE DRINK (tapi orang tak pantang or lelaki pun boleh amalkan juga)
INGREDIENTS -Halia bentong (Ni halia cina yang selalu banyak jual kat bentong tu. Tapi takyah la gigih pegi bentong. Papa beli dekat pasar PJ sea park tu)
– DRIED LONGAN Benefits : -Anti-depressant (sesuai utk elak royan) -Improve heal wounds -Prevent amenia (elak tumpah darah) -Boost Energy level -Improve skin texture -Rich in Vit C
-RED DATES Benefits : – High in vitamin C (80x more than orange) – Cuci & ganti darah – anti-aging – milk booster – improve memory – strenghten heart & lung – High in Iron which helps women get speedy recovery after delivery
GOJI BERRY Benefits : – Anti-oxidant – mengurangkan letih – Menguatkan immune system – Promotes healthy skin (glowing skin) – Detox liver – Boost fertility (boleh beranak 8 kali terus)
BELI KAT MANA BAHAN-BAHAN NI? 1. Sensei cina (tunjuk je dia gambar dalam pinggan tu. Kalau dia taktau maknanya dia sensei scammer)
– selalu depa ada juai prepack sesiap semua bahan-bahan ni tp saya prefer beli satu-satu pack. Ikut ampa la noh.
SUKATAN : Bahan-bahan – Suka hati & agak-agak. Air – ikut la besar mana slow cooker awak tu.
CARA : 1. Ambik bahan-bahan dan basuh dulu 2. Masuk dalam slow cooker 3. Letak ayaq 4. Jangan lupa on suis nanti tak masak pulak 5. Boil untuk 6 hours, the longer the better 6. Lepas tu boleh la minum dan makan buah2 goji, dried longan n red dates. Akar & kayu tu kalau rasa nak makan , makan la.
NOTA : 1. Rendaman ni boleh la tahan dalam 2 hari tapi lagi bagus buat fresh batch tiap2 hari. Halah campak2 je kot lepas tu tinggal.
2. Boleh minum sejuk or panas tak kesah.
3. Kalau ada penyakit serious macam darah tinggi ke apa please consult doctor dulu eh.
BAHAN TAMBAHAN : Gula perang/kabung Daun pandan (Ni nak bagi manis lagi n sedap je. Kalau tak tambah pun still manis lagi sebab red dates tu manis dah)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi tiba-tiba diserang sawan? Ibu bapa jangan panik & perlu bertindak segera. Mesti tahu langkah-langkah selamat untuk menghadapinya.
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini sesuai dijadikan panduan untuk menghadapi situasi cemas ini. Sawan ketika demam selalunya berlaku ketika demam dan ia berlaku kepada 2 -5% kanak-kanak. Ini tips yang ibu bapa perlu lakukan apabila si kecil tiba-tiba sawan.
Ibu bapa jangan panik. Ambil masa & mengiringkan badan bayi ke kiri. Elakkan masukkan objek ke dalam mulut! Masukkan ubat jika demam.
Biarkan, tak perlu urut & goncang supaya bayi sedar.
Ambil masa. 5-10 minit waktu biasa sawan berhenti. Lebih dari 10 minit, bawa ke hospital.
Selepas sawan, biarkan bayi rehat. Masukkan ubat sekiranya belum diberi. Jerlumkan dengan air. Bawa bayi ke hospital.
Terdapat ramai wanita berdepan situasi tidur berkeringat atau badan kehangatan secara tiba-tiba selepas bersalin. Apakah sebenarnya keadaan tersebut dan adakah cara mengatasi keringat malam yang dialami itu?
Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai situasi yang perlu dihadapi ibu selepas melahirkan anak ini.
Tidur berkeringat, mengapa ia terjadi?
Tubuh anda mengalami perubahan luar biasa semasa tempoh kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, ada beberapa perkara yang tidak akan kembali kepada keadaan asal atau mungkin mengambil sedikit masa.
Anda mungkin mengalami perubahan fizikal dan emosi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Antaranya:
Pernahkah anda bangun di tengah malam dalam keadaan tidur berkeringat sehingga baju basah?
Selain daripada perubahan yang dinyatakan di atas, anda juga mungkin berdepan situasi tidur berpeluh waktu malam selepas bersalin (postpartum night sweats) atau hangat memerah (hot flashes).
Sebelum mengetahui cara mengatasi keringat malam itu, ayuh kita bongkar faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa anda mengalami masalah tidur berpeluh.
Umumnya, berpeluh pada waktu malam boleh berlaku kerana beberapa sebab.
Ada kalanya, bangun dalam keadaan panas dan berpeluh tidak dianggap sebagai ‘berpeluh malam’.
Sebaliknya, ia mungkin berlaku kerana anda berselubung dengan kain selimut yang tebal dan ditambah cuaca panas.
Seorang wanita selepas bersalin yang mengalami masalah postpartum night sweats ini boleh berdepan situasi berpeluh secara berlebihan pada waktu siang atau malam.
Masalah peluh malam selepas bersalin selalunya disebabkan oleh penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron.
Tubuh memerlukan kedua-dua hormon ini pada tahap yang tinggi semasa berbadan dua, tetapi tidak lagi selepas kelahiran anak.
Biasanya tubuh memerlukan tempoh masa beberapa minggu setelah melahirkan bayi untuk tahap kedua-dua hormon ini kembali kepada keadaan sebelum hamil.
Perubahan inilah yang mempengaruhi suhu badan anda pada waktu malam dan membuatkan tubuh berpeluh.
Tanda-tanda mengalami peluh malam
Anda boleh mengenal pasti dengan mudah sekiranya mengalami masalah peluh malam ini selepas bersalin.
Simptom paling jelas adalah anda berpeluh pada waktu malam semasa tidur.
Anda juga berdepan situasi seperti:
Keadaan ini seringkali berlanjutan untuk tempoh beberapa minggu selepas bersalin. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.
Pun begitu, jika masalah peluh malam berterusan lebih lama, disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau komplikasi lain.
Cara mengatasi keringat malam
Bangun dalam keadaan tubuh berkeringat sememangnya tidak menyelesakan. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai cara mengatasi keringat malam untuk tidur yang lebih lena dan selesa.
Minum banyak air
Keadaan badan berpeluh boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi. Maka, penting untuk memastikan pengambilan cecair mencukupi, khususnya jika menyusu badan.
Pakaian longgar
Antara cara untuk mengatasi tidur berkeringat adalah dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada material semula jadi seperti kapas, linen atau sutera – yang baik untuk membantu menyingkirkan haba panas badan.
Menyejukkan bilik atasi tidur berkeringat
Sama ada anda menggunakan kipas angin atau penghawa dingin, mahupun membuka tingkap bilik, menurunkan suhu bilik tidur sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan peluh.
Hadkan makanan pencetus
Untuk sesetengah individu, ada makanan mahupun minuman tertentu boleh mencetus atau memburukkan lagi gejala peluh malam ini, seperti:
Sekiranya masalah tidur berkeringat menyebabkan kerengsaan pada kulit, anda boleh menggunakan bedak talkum pada tubuh untuk mengelakkan ruam.
Pemeriksaan doktor
Anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor jika keadaan peluh malam berlanjutan lebih daripada beberapa minggu selepas bersalin atau jika disertai demam mahupun gejala lain.
Demam yang dialami mungkin petunjuk anda mengalami jangkitan!
Secara amnya, komplikasi yang berisiko terjadi kepada ibu selepas bersalin merangkumi:
Kemurungan selepas bersalin
Namun jika anda mengalami simptom di bawah bersama dengan keadaan tidur berkeringat, segera berjumpa doktor:
Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor selepas bersalin mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan anda sembuh dengan betul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.