Untitled design (3)

Ada waktunya, bila anak mula menangis tanpa henti kerana pelbagai sebab, kita mula rasa buntu dan tidak tahu hendak bertindak bagaimana lagi. Puas di cuba pelbagai cara, anak tetap menangis tanpa henti. Jika ibu berapa pada tahap ini, ada masanya membiarkan anak tidur sendiri adalah jalan terbaik.

Malah menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, membiarkan anak menangis hingga tertidur bukanlah satu tindakan yang kejam. Malah katanya, tindakan ibu beribu kali lebih baik daripada ibu sedang marah atau stres.

Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam, Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur!

BIARKAN ANAK MENANGIS HINGGA TIDUR?

” Asalnya saya dah buntu nak buat apa bila anak mengamuk nak tidur. Ulang angkat – letak-angkat -letak masih tak diam. Last-last saya biar saja anak baring di katil. Dia menangis sendiri dan akhirnya tertidur. Sekarang anak pandai self-sooth (tenangkan diri) untuk tidur “

Yes, bunyi macam kejam kan? NO!. Tak semestinya perbuatan itu kejam.

Kenapa?
Membiarkan anak untuk menangis ‘sendiri’ ketika anda buntu itu beribu kali lebih baik dari memegang/mendukung anak ketika anda sedang stres dan marah. Menggendali anak yang meragam dalam keadaan ibubapa sedang marah merisikokan penderaan bayi iaitu Shaken Baby Syndrome.

IKLAN

Menangis adalah salah satu cara manusia ‘release tension’. Tahukah anda hormon tidur iaitu Melatonin dan hormon stres iaitu Cortisol adalah musuh ketat? Jika aras salah satunya tinggi, misalnya jika aras Cortisol tinggi di dalam sistem badan seseorang, maka Melatonin akan ‘sembunyikan’ dirinya?. Ini super logik kerana mana mungkin seseorang yang sedang stres dapat terlelap dengan mudah bukan? .

Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam, Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur!

Maka, untuk seseorang dengan Cortisol yang tinggal dapat rileks kan diri untuk tidur, Cortisol harus di ‘cuci’ dulu dari sistem. Caranya? : keluar melalui peluh, air kencing, air liur dan air mata!.

Ya, menangis itu merupakan salah satu cara anak merilekskan diri dengan menyingkirkan Cortisol.

Maka, jika anda telah pastikan anak sudah kenyang, dia meragam semata-mata kerana letih mahu tidur dan ibu dah mulai buntu (mungkin tidak tahu cara tepat tenangkan bayi);

IKLAN

Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam, Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur!

Peluk anak dan biar anak menangis dalam pelukan. Usah stres untuk hentikan tangisannya. Anda hanya perlu ‘sokong’ tangisannya dan bukan hentikan tangisannya. Berapa lama? Hingga anak tenang atau tertidur. Cara ini paling benar untuk bayi kecil di bawah 4 bulan kerana sentuhan skin to skin itu tetap di perlukan untuk mereka merasa selamat.

ATAU

Untuk anak yang lebih besar dan telah ada sumber tambahan menenangkan diri, misalnya anak yang sudah mahir hisap jari atau anak usia 10 bulan ke atas yang sudah selamat untuk tidur sambil memeluk patung mainan lembut (teddy bear), maka, baringkan saja anak ke katil dan biar dia menangis sambil menghisap jari atau sambil memeluk teddy bearnya.

IKLAN

Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam, Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur!

ATAU

Baringkan saja anak yang menangis ke katil, anda usap rambut dan belakang badannya lembut dan dengan tenang BUKAN untuk menghentikan tangisannya, tetapi untuk menyampaikan isyarat bahawa’ mama di sini, mama tidak tinggalkan kamu sendirian’.

PILIH lah saja mana-mana dari 3 cara di atas, ianya OK. Hanya pastikan anda berada berdekatan untuk memantau keselamatan/keadaan anak.

Bukan semua tangisan boleh dan perlu di hentikan. Tugas ibu bukan semata-mata ‘ mematikan’ tangisan, tetapi lebih besar dari itu adalah untuk ‘membenarkan ‘ anak merasai dan meluahkan emosinya.

Anak yang SETIAP KALI di pujuk atau di bantu diam dengan melulu (tanpa ambil kira sebab/punca anak menangis), akan selalu bergantung kepada ibubapanya untuk boleh bertenang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI