Kesian Anak perempuan kesayangan Dato’ Fazley Yaakob, Ellie Fazley yang baru-baru ini terpaksa dimasukkan ke hospital dan dikuarantin kerana demam. Disebabkan itu juga Ellie yang comel itu tidak dapat mengikuti trip harijadi abangnya Fierudz Fazley ke Legoland yang telah dirancang oleh mamanya Datin Azrene Ahmad 6 bulan lepas.
Dah lama tak bertemu abang-abang, si adik rindu dan sering bertanya mana abang-abangnya pergi. Kerana kasihankan puterinya itu, Dato’ Fazley sanggup memandu ke Johor semata-mata untuk pertemukan Ellie dan abang-abangnya. Perkara ini dikongsikan dalam laman Instagram miliknya dengan #jejakkasihelliepayishpiyashpiyush. Sangat Sweet!
“September ni birthday @fierudzfazley , jadi mama dia @azrene_ahmad dah plan 6 bulan dulu nak bawak ke @legolandmalaysia tapi @elliefazley tiba-tiba jatuh sakit, masuk hospital lepas tu kena Quarantine 7 hari. Jadinya dia terpisah dengan abang-abang dia selama itu.
“Tiap2 hari tanya “Wheres Abang dida? Abang mana mama?” Kesian sangat sebab diorang memang rapat berempat. So hari ni, saya memang dah tertinggal flight nak ke JB, so saya patah balik dan ambil Ellie untuk bawak sekali ke JB.”
“Instead of naik flight, saya decide untuk drive je terus! Nak tengok tak apa berlaku?”
Peminat-peminat pun tak sabar nak tengok sambungan video yang dikongsikan
Ads
Memang terharu tengok video yang dikongsikan itu. Bukan sahaja Ellie yang rindukan abang-abangnya, malah mereka juga turut gembira dengan kejutan yang dibuat oleh papa mereka dengan membawa Ellie ke Legoland.
Peminat yang menonton perkongsian video ini turut rasa gembira dengan apa yang dikongsikan. Ternyata hubungan Ellie dan abang-abangnya cukup rapat. Pandai Dato’ Fazley dan Datin Azrene didik anak-anak mereka. Terbaik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tengok anak kita jadi apa 3 tahun akan datang, tengok bagaimana kita pada hari ini.
Bagaimana kita mengurus stres hari ini, mencerminkan cara anak urus stres 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita bercakap dengan anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bercakap dengan orang lain 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita menjaga kebersihan pada hari ini, mencerminkan cara anak jaga kebersihan 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita melayani anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bagi respon pada kita 3 tahun akan datang.
Bagaimana rutin kita pada hari ini, membentuk disiplin anak pada 3 tahun akan datang.
Kadang-kadang, cara kita gaduh dengan pasangan pun anak-anak tiru bila bergaduh sesama adik beradik. Haih!
Kerana itu menjadi ibu bapa bukan semata-mata mendidik anak-anak. Tapi juga mendidik diri sendiri. Untuk menjadi versi diri yang lebih baik.
Sebab apa? Sebab anak-anak tak ikut pun apa yang kita cakap. Tapi mereka mudah tiru apa yang kita buat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pelik rasanya bila anak kecil kita kerap alami selesema malah tak juga sembuh walaupun diberikan ubat oleh doktor. Anak berhingus, berkahak dan selesama pada tempoh yang lama ditambah dengan suhu yang kurang stabil sebenarnya memberi petanda masalah infleunza. Namun ada beberapa perkara mama perlu kenal pasti bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Consultant Paediatrician daripada KPJ Damansara Specialist Hospital, influenza sebenarnya berbeza daripada selesema biasa kerana ia melibatkan kesan keseluruhan pada tubuh anak-anak yang dijangkiti.
Bagaimana Boleh Berjangkit?
• Influenza ini boleh dijangkiti melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung. Apabila seseorang batuk atau bersin, zarah virus itu juga tersebar ke alam sekitar dimana seseorang boleh terdedah terhadapnya. Selain itu, ia juga boleh merebak melalui tangan kita yang tercemar.
• Selsema boleh disebarkan melalui dua cara; orang yang dijangkiti boleh menjangkiti orang lain ataupun orang yang tidak dijangkiti boleh dijangkiti melalui menyentuh permukaan yang telah dicemar oleh yang dijangkiti virus itu kepada tubuh badan sendiri.
Orang sering mengatakan mereka menghidap selsema padahal ia sebenarnya mungkin influenza.
Apa perbezaannya?
• Influenza merupakan penyakit yang berbeza berbanding dengan selsema biasa.
• Tidak seperti selsema, influenza dalam kebanyakan kes adalah penyakit yang lebih teruk. Simptom-simptom termasuk demam (demam tinggi > 38 ° C) dan kelesuan, batuk, sakit tekak, dan sakit otot.
• Tanda-tanda awal lain termasuk sakit perut, sakit dada dan cirit-birit. Jangkitan ini boleh merebak dengan cepat kepada penyakit pernafasan yang teruk terutamanya individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
• Secara umumnya selsema adalah penyakit kurang serius dan mempunyai kadar morbiditi dan kematian yang rendah risiko kematian dan komplikasi yang teruk.
• Keseluruhannya, influenza lebih berbahaya berbanding dengan selsema utamanya di kalangan kanak kanak dan golongan berisiko tinggi.
Terdapat kumpulan yang berisiko tinggi yang boleh terdedah dengan influenza. Kanak-kanak juga dianggap berisiko tinggi. Mengapa anak-anak tergolong ke dalam kategori ini?
• Kanak kanak berada dalam keadaan pertumbuhan yang dinamik di mana sel sel membiak dan juga sistem organ sedang berkembang dengan pesat.
• Selain itu, kanak kanak juga bernafas udara yang lebih banyak dan pengambilan makanan dan air dalam kuantiti yang lebih sesuai dengan kadar nisbah berat badan mereka.
• Sistem saraf pusat mereka, ketahanan diri, pencernaan dan sistem pembiakan lebih terdedah berbanding dengan orang dewasa. Pendedahan kepada toksin alam sekitar tertentu boleh mengakibatkan kerosakan kekal, dan menyebabkan penyakit semasa dewasa.
• Kanak kanak juga lebih terdedah kepada keadaan persekitaraan yang tidak sihat dan bahan yang merbahaya kerana mereka lebih kerap bermain berdekatan dengan lantai atau tanah terutamanya ketika tahun-tahun awal mereka dan mereka juga sering terdedah kepada aktiviti tangan-ke-mulut.
Bagaimanakah influenza memudaratkan kanak kanak?
Kanak-kanak terutamanya mereka yang berada dibawah umur 5 tahun merupakan golongan yang terdedah merupakan golongan yang berpotensi untuk dijangkiti dan mengalami sakit yang ketara dari virus influenza ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan vaksin influenza tahunan terhadap kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan ke 5 tahun.
Apa Mama Perlu Buat?
• Kenali tanda awal influenza dan fahami bagaimana ia berbeza dengan selsema biasa.
• Rujuk pada pakar untuk mendapatkan nasihat jika anda rasa anda mengalami tanda awal atau gejala seperti influenza.
• Terakhir dan paling penting ialah untuk menitik beratkan keadaan kesihatan anda dan sentiasa bersikap proaktif dalam melindungi anda dan yang tersayang daripada dijangkiti dengan mengambil vaksinasi influenza tersebut.
• Tambahan pula, adalah penting untuk tidak mengambil ringan terhadap kepentingan menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sebetulnya demi menghalang pembiakan dan penyebaran penyakit ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pembukaan sesi persekolahan untuk sesi 2021 secara rasminya akan bermula pada 1 Mac ini dengan murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dan diikuti murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada 8 Mac. Sementara itu untuk pelajar sekolah menengah yang berada di negeri zon A akan bermula pada 4 April manakala untuk pelajar di negeri zon B akan bermula pada 5 April.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan sekolah ini mengambil kira semua aspek dan pandangan pakar, guru-guru dan semua ibu bapa.
Bagaimanapun, ibu bapa tak perlu risau dengan pembukaan sekolah secara keseluruhan selepas ini kerana SOP ketat daripada pihak kementerian akan diberikan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
“Insya-Allah jika perkara ini diambil serius oleh semua pihak, saya percaya sesi persekolahan ini akan berjalan lancar demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita.
“Saya tahu ramai ibu bapa merungut dan bertanya bila sekolah nak dibuka. Jadi dengan keputusan ini, kita dah ambil kira semua faktor dan berharap ibu bapa dapat memberitahu dari semasa ke semasa kepada anak-anak supaya faham persekolahan dalam norma baharu,” katanya dalam sidang media khas pengumuman pembukaan sekolah di bawah KPM.
Tambah Dr Mohd Jidin lagi, pihak kementerian sedar cabaran utama apabila sesi persekolahan dibuka nanti adalah apabila tamat waktu persekolahan. Ini kerana ramai ibu bapa akan menunggu di luar pagar sekolah untuk mengambil anak masing-masing.
“Bagi mengatasi keadaan bersesak-sesak ini, kami dah rancang SOP yang terbaik untuk pastikan tidak berlaku keadaan seperti itu dan semuanya akan berjalan lancar mengikut arahan.
“Harap ibu bapa dan penjaga dapat sama-sama memberi kerjasama ke arah memastikan sistem pendidikan anak-anak hari ini berada pada diperingkat yang terbaik. Kita sama-sama jaga kita,” ujarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarapan anak memainkan peranan penting untuk tenaga dan fokus di sekolah. Ketahui 5 menu sarapan yang boleh membuatkan anak cepat lapar semula serta pilihan yang lebih mengenyangkan.