Semua orang punya cara tersendiri untuk menyimpan. Ada yang gemar menyimpan dengan membuat potongan dari gaji bulanan seperti biasa namun ada juga yang menyimpan duit dari lebihan hasil pekerjaan sampingan.
Macam-macam cara namun semua ini dilakukan demi kepuasan. Kisah tabung penyu yang dikongsikan semula oleh Nor Diana Abdullah ini begitu menarik. Simpanan dari tabung biasa kini bertukar menjadi satu tabungan emas. Memang menarik.
KISAH TABUNG PENYU Dulu sebelum mengenali emas, saya ada Tabung Penyu. Tabung duit kertas RM20. Saya pantang jumpa duit RM20. Bila jumpa, automatik saya akan simpan sebagai “duit selit” dalam dompet.
Setelah genap RM1000, saya akan masukkan duit penyu ke dalam bank.
IKLAN
Malangnya, duit kertas tetap duit kertas. Bila duit penyu bergaul dengan kawan-kawannya dalam bank dan berubah menjadi angka, saya mudah keluarkannya untuk dibelanjakan. Duit penyu saya hilang entah ke mana.
Selepas saya kenal emas, saya masih membela duit penyu. Tetapi strategi kali ini berubah sikit.
Apabila genap RM1000, saya tukarkan duit penyu kepada barang kemas
IKLAN
Alhamdulillah, 10 grm brg kemas setia bersama saya dari tahun ke tahun.
Begitulah kisah tabung penyu saya. Penyu saya bukan sebarang penyu, penyu saya penyu emas. Hehe..
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sebagai ibu, kita tak lari dari rasa ingin kelihatan ‘perfect’. Namun sebenarnya ‘perfectionist’ dalam tak sedar boleh menyebabkan kita terasa penat dan lelah.
Tak salah untuk sekali-sekala kita katakan ‘it’s okay’ kepada diri sendiri. Bagaimana nak rasa tenang dalam menjalankan tanggungjawab seharian? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Jangan la perfectionist sangat ye!
1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau.
3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau.
5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Elak semua kerja rumah di bahu isteri Kerja rumah tak akan habis. Mengemas, memasak dan mencuci, kemudian nak uruskan anak lagi. Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya yang perlu dihadapi kebanyakan isteri.
Beginilah keadaannya bagi ibu bekerja atau pun suri rumah. Ibu-ibu perlu tahu yang tugas ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada ahli keluarga iaitu suami dan anak. Bila tugas di bahagikan maka beban dibahu menjadi ringan. Jadi kuranglah stres dan tekanan yang dialami isteri. Ibu perlu bijak kendalikan keadaan, melatih dan bahagikan tugas.
Puan Farhan telah berkongsi pandangan dan pengalamannya mengenai perkara ini;
IBU BUKAN SUPERWOMAN
Dalam dunia hari ini, tidak dapat dinafikan waktu sangat cepat berlalu.
Kita keluar pagi, balik petang. Pulang disambut dengan kerja yang tidak pernah habis.
Memasak, mengemas, mengemop, basuh kain lipat kain. Semua kerja ini tidak pernah habis dan akan bersambung sambung sehingga kepada hari terakhir kita di dunia.
Tapi malangnya, fokus tanggungjawab itu hanya tertumpu kepada ibu. Jarang orang menjadikan tugas tugas kita sebagai tugas bersama.
Dimana setiap ahli di dalam rumah ada tanggngjawab yang harus dipikul.
Di mana tugas suami
Dimana tugas anak anak.
Kadang kadang bukan mereka tidak mahu membantu, tetapi oleh kerana ada superwoman yang sentiasa membereskan kerja rumah, mereka tidak merasakan bahawa perlunya bantuan diberi.
Situasi ketika di dapur biasanya hanya ibu yang berada didapur yang lain mungkin diletak didepan televison dan bermain dliluar. Kalau ramai ramai di dapur kerja lambat siap Mereka terbiasa begitu, hari sampai besar juga begitu.
Bukan sekali dua juga saya terbaca kisah ibu dalam pantang yang membuat kerja sendiri gara gara tidak ada yang membantu.
Saya faham situasi seseorang tidak sama. Mungkin ada suami yang jenis kerja sehingga larut malam, namun itu tidak menggugurkan tanggungjawab seseorang itu terhadap keluarganya. Semuanya harus disesuaikan dengan situasi di dalam rumah tersebut.
Anak & Suami Boleh Bantu
Apabila ibu-ibu rasa sudah tidak terurus seganya, cuba pandang belakang lihat pada anak anak yang sedang berlari, suami yang sedang duduk diruang tamu.
Mereka sebenarnya boleh membantu anda!
Cuma kadang kadang apabila kita tidak biasakan. Mereka tidak tahu adakah mereka patut bantu ataupun tidak.
Ibu Memang Superwoman Hebat Tapi…
Saya percaya ibu superwomen itu hebat, namun ketahuilah ada masanya kita lelah dan perlukan bantuan orang lain.
Kita juga tidak selamanya sihat, jadi ilmu pengurusan rumah harus diajar kepada suami dan anak.
Ajak Suami Masuk Dapur Sejak Awal Perkahwinan
Ada orang bertuah dapat suami yang memang pro bab pengurusan rumah. Tak perlu diajar pun mereka sudah mendahului.
Ada orang berkahwin dengan suami yang tidak pernah buat kerja rumah. Lengkuas dengan halia pun tidak boleh dibezakan!
Jadi isteri terpaksa melakukan semuanya sendiri. Padahal, suami itu boleh diajar sebenarnya.
Ajak bersama sama di dapur, bantu kupas bawang pun dah okey! Sekurang kurangnya kalau sudah terdesak tahu juga lah untuk buat sayur air!
Ini semuanya ibu mahu buat, bila suami ada peluang untuk belajar. Lama kelamaan mereka selesa begitu. Kahwin 5 tahun baru kita mahu suruh itu ini, sudah pasti itu akan jadi sulit sekali.
Akhirnya, yang mengeluh isteri juga.
Latih Anak Dari Awal
Begitu juga peranan anak anak kita. Mereka sebenarnya antara insan penting yang akan membantu dalam pegurusan rumah.
Seandainya kita didik anak anak megurus diri sendiri dari awal, banyak tanggungjawab kita akan menjadi ringan.
Contohnya, apabila anak bermain mereka kemas sendiri, sapu sampah yang mereka buat dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki. Itu sudah memadai untuk meringan kan beban ibu.
Semakin bertambah bilangan anak sepatutnya semakin ringan kerja ibu.
Seorang jaga adik
Seorang mop rumah
Seorang basuh baju
Elak Semua Tugas Di Bahu Ibu
Akhirnya, ibu hanya perlu fokus pada tugas yang wajib seperti memasak. Seandainya semua tugas dibahu ibu, memang akhirnya ibu boleh selesaikan, namun ibu akan keletihan. Senyum pun tidak mampu terukir dibibir.
Tidak ada kegembiraan tempat bagi si ibu walaupun kerja rumah selesai dan sempurna.
Jangan Pandang Enteng Keupayaan Anak
Teringat semalam apabila saya sibuk di dapur, sedang si adik pula menangis. Ketika itu saya rasa tidak tahu mana yang harus disentuh dulu.
Mujurlah si kakak datang dan bawa adik masuk ke dalam bilik. Tidak lama selepas itu, kedua duanya keluar. Adik sudah siap mandi dan berbedak.
Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur kerana memberi banyak peluang kepada kakak untuk menguruskan adiknya sebelum, walaupun kadang kadang sebekum ini saya rasa rimas kerana masa menguruskan adiknya menjadi sedikit bertambah.
Namun akhirnya, dia lah yang membantu saya menguruskan adik.
Jadi, jangan memandang rendah kepada keupayaan insan insan yang ada di dalam rumah anda. Bahagikan tugas kepada semua yang ada di dalam rumah mengikut kesesuaian. Letakkan kepercayaan kepada orang lain.
Bila kita berganding bahu tugas kita akan lebih ringan