Anak kecil ni bila ada saja perangainya yang mencuit hati, itulah yang buatkan kita sebagai ibu ayah jadi bahagia. Seronok bile tengok gelagat anak yang comel, boleh hilang segala rasa stres. Penat pun tak terasa bila anak-anak selalu buat perangai ‘banyak akal’ tu.
Demi zuriat, apa saja sanggup dilakukan. Biar terasa sakit, penuh linangan air mata tak mengapa. Berkat usaha dan kesabaran Madammu dan suami, akhirnya perkhabaran baik diterima. Rawatan IVF yang dijalani berjaya, keputusan positif. Madammu disahkan hamil, semoga yang baik-baik sepanjang proses kehamilannya. Tahniah Madammu!” />
Anak-anak ni bila dia dapat apa dia nak, bertambah seronok. Puas hati! Kadang-kadang anak ni tak nak banyak pun, cukuplah ibu ayah faham keinginan mereka. Bila dapat apa yang dingini, bukan main lebar senyuman. Begitulah yang dapat dilihat melalui video yang dikongsikan di haziqvangers26 ini.
Hayder yang sedang berjalan sambil memegang wang kertas RM10 dibawa untuk membeli donat.
Seketika kemudian dapat dilihat Hayder memegang sebuah plastik yang berisi kotak donat. Bila ditanya beli berapa donat, jawabnya two. Yang lucunya bila tengok gaya Hayder yang comel memegang plastik tersebut sambil berjalan.
Memang geram tengok Hayder ni. Bijak sungguh dia. Dapat donat punyalah seronok ya! Semoga awak membesar menjadi anak yang mentaati agama serta berbakti kepada kedua orang tua. Jadilah anak dan abang yang baik.
Banyak-banyaklah rakam momen bersama anak ketika mereka masih kecil ni. Terlalu cepat masa berlalu, tahu-tahu nanti anak dah besar.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Terharu mendengar ucapan daripada pengacara majlis, apabila Bella Deluna, anak pertama Stacy yang merupakan anak angkatnya menjadikan mommy sebagai contoh di majlis graduasi tadika. Harapan Stacy kepada Bella supaya mennjadi anak yang patuh & solehah.
Stacy & Akim kedua-duanya bersuara hebat. Kedua-duanya juga tidak gagal menjadi ibu dan ayah yang baik buat kedua-dua anak mereka, Bella, 6 & Eshal,1 tahun 9 bulan.
Stacy turut memuat naik video yang memaparkan majlis graduasi tadika Bella dengan kapsyen ini;
stacyanam Boleh tahan cita-cita si bella ni? Terus mami pusing belakang eshaal oh hahaha.? Mami so proud of u bey! X kisah lah u mau jadi apa besar nanti asalkan u jadi anak yang sayang dan patuh pada Mami dan Dadi, sayang Adik dan sentiasa mencuba untuk menjadi anak yang solehah In Sha Allah Amiinn..?? Terharu mami bila u jadikan mami sebagai contoh untuk u mau jadi apa besar nanti bey☺️ Mudah2an mami akan sentiasa kuat untuk jadi yang terbaik untuk kamu kio anak. I love u so much bella deluna!!
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.
Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
-Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
-Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
-Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
-Permainan berfungsi
-Permainan membina
-Permainan olok-olok
Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
UMUR JENIS-JENIS MAINAN
0-3 bulan – Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut 3-6 bulan – Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat 6-9 bulan – Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah 2-4 tahun – Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini) 5-8 tahun – Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Biasa tak anak-anak kita paginya elok, balik dari taska atau rumah pengasuh tiba-tiba selsema dan berhingus. Meleleh-leleh keluarnya. Haa.. ini lagi satu cecair badan yang boleh beri banyak klu pada kita selaku ibu bapa.
Klu penting untuk membantu para ibu bapa membuat keputusan bilakah waktu sebaiknya untuk membawa anak berjumpa dengan doktor, dan langkah-langkah lain yang sepatutnya. Apa sekalipun, jika selsema turut beserta dengan demam, anak kurang cergas atau tidak mahu makan/minum, biarpun hingusnya putih, anda perlu segera ke hospital ya! Khasnya jika anak anda masih kecil (umur 3 bulan ke bawah).
Bayi yang masih kecil ni, biarpun selsema sikit saja, boleh mengganggu pernafasannya kerana bayi ni obligatory nasal breather! Bermaksud bayi hanya boleh bernafas melalui hidung. Mereka tak pandai nak buka dan bernafas melalui mulut macam kita sekiranya hidung mereka tersumbat!
Secara amnya, ada lima warna yang boleh kita jumpa. Kalau putih atau cerah lutsinar tu tak ada masalah. Pastikan anak cukup minum air dan kalau boleh berikan dia sumber pemakanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah limau atau oren. Bila dah tukar jadi warna kuning, perlu lebih berhati-hati. Pastikan ada ubat demam standby di rumah atau bersama pengasuh dan berikan penekanan pada keadaan hidrasi anak. Jika berlanjutan selama 2 minggu atau lebih, biarpun anak tak demam, bawalah berjumpa doktor untuk siasatan lanjut.
Jika warna hingus anak bertukar kepada warna hijau pula, jangan risau andai ia hanya pada awal pagi atau sekejap-sekejap. Perlu risau jika ia berterusan sepanjang hari, atau jadi likat (pekat) di dalam hidung sehingga mengganggu anak bernafas. Andai ada warna merah/ oren/ coklat, besar kemungkinan kulit sebelah dalam hidung anak anda sudah terlalu kering sehingga luka dan berdarah. Darah sikit-sikit masih ok. Yang perlu bertindak cepat sekiranya darah mengalir berterusan/ banyak ataupun bilangannya sedikit tapi berulang sehingga beberapa hari.
“anak saya hingus dia warna kelabu lah doktor… macam mana ni?”
Haa.. yang ini tandanya anak anda berada di kawasan yang udaranya tercemar, penuh dengan partikel udara yang tak sepatutnya seperti asap rokok, habuk-habuk atau debu kekotoran. Cepat-cepat bersihkan rumah ye! Dan kalau ada yang merokok, mohon sekurang-kurangnya bukan di dalam rumah atau jangan pegang anak terus selepas merokok. Asap rokok boleh melekat pada baju dan asap second hand ni sama teruknya seperti menghembus asap rokok di depan anak-anak!