Pakaikan bayi dengan barut memang tidak salah. Asalkan ia tidak mengganggu tumbesaran dan perkembangan anak.Tapi macam-macam mitos yang timbul dengan pemakaian barut. Ikuti penerangan daripada jururawat ini.
Puan Bel Nawhen yang merupakan seorang jururawat telah berkongsi info tentang barut bayi terutamanya tentang mitos dan fakta sebenar pemakaian barut kepada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau,
BARUT ooo BARUT
Pagi-pagi dapat screencap tulisan seseorang tentang barut, beginilah lebih kurang dia tulis.
“Barut ni kegunaannya untuk menyukat susu yang masuk ke perut baby, takut terlebih menyusu badan jadi banyak pula susu dia telan terkenyang, tersenak, dan lebih parah takut sakit perut, pecah pula perut baby.
Tu sebab baby diikat barut. Bila ibu tengok barut tu macam dah mengetat, cepat2 berhenti. Lepas sejam, barut tadi akan melonggar, kita tahu baby kita lapar. Bila dia nangis pon, kita tahu motif nangis dia nak menyusu lapar.
Selain dari tu, barut juga membantu baby kita tegak. Tidak merengkok. Membantu mendisiplin tulang belakang baby kita lurus”
Sebenarnya, barut ni apa?
Salah satu aksesori bayi selepas melahirkan adalah barut bayi. Hinggakan pelbagai kepercayaan tentang manfaat barut ini dibawa dari turun temurun.
Ads
Saya TIDAK melarang sesiapa untuk memakaikan barut kepada anak mereka tetapi anda perlu;
#1 PILIH MATERIAL SESUAI
perlu pandai memilih material yang sesuai untuknya selain tidak memakaikannya terlalu ketat pada bayi. Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap material barut tersebut.
#2 ELAK SAPU HERBA SEMASA BARUT BAYI
Ads
Elak juga dari menyapu pula pelbagai herba entah apa-apa semasa barutkan anak. Iritasi pula kulit si anak.
#3 JANGAN TUTUP PUSAT YANG BELUM TANGGAL
Memakaikan bayi dengan barut dan menutupi tali pusat yang belum tanggal BOLEH menyebabkan pengumpulan lembapan di tali pusat, melambatkan proses luruh tali pusat dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria kerana kelembapan tadi.
#4 JANGAN PAKAI TERLALU KETAT
Memakai BARUT tidak membantu dalam mengelakkan tulang dada bayi dari menonjol. Malahan, jika pemakaian barut terlalu ketat, maka akan menganggu dalam proses pembesaran organ bayi.
Barut bayi bukan pelindung kepada kejadian kembung perut bayi. Masalah kembung perut bayi sering terjadi terutama pada 6 bulan awal kelahiran.
Ia berlaku kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil kalau nak dibandingkan dengan organ di dalamnya.
Sebab kembung perut bayi terjadi:
Cara penyusuan yang tidak betul. Bagi kes guna botol susu – Botol terlalu condong, lubang puting terlalu besar hingga bayi menelan udara bersama. Bagi kes kedua-dua menyusu botol dan direct feeding – Bayi tidak disendawakan selepas menyusu. Memberi botol susu kosong dengan alasan mahu bayi tidak menangis juga antara punca bayi kembung perut kerana menyedut udara sahaja.
Bayi menangis terlalu banyak pun boleh menyebabkan kembung perut
Penghadaman atau pemilihan susu yang kurang sesuai lalu menghasilkan banyak gas.
Tetapi, bagi kes kembung perut disertai dengan rasa abdomen yang keras disertai dengan muntah, tidak kentut atau tidak membuang air dalam tempoh masa yang lama ataupun cirit-birit dan bayi sering kelihatan lemah atau tidak bermaya, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Notakaki:
Nak berbarut tidak menjadi masalah asalkan ia tidak menganggu keselesaan bayi anda.
Seawal gigi pertama anak tumbuh sekitar usia 6 bulan, ibu bapa dah perlu ambil berat. Jangan anggap tak penting untuk memberus gigi kerana fasa inilah sangat sesuai untuk membiasakan anak dengan berus gigi.
Jika tak dilatih awal, semakin anak besar, semakin susah nak suruh anak buka mulut dan memberus giginya. Ini yang lama kelamaan apabila cecah usia dua atau tiga tahun gigi dah mula hitam dan rongak.
Jadi bagaimana pemiihan berus gigi yang betul, Dr Azila Mohd Kasim berikan info terperinci. Ini memandangkan ada berus gigi viral yang dikatakan boleh membantu anak membersihkan gigi.
Doktor, adakah berus gigi kanak-kanak “berbentuk U 360 darjah” bagus? Pertama kalinya kita lihat bahan berus gigi ini diperbuat daripada silikon.
Memberus gigi dapat mengurangkan skor plak mulut penuh (FMPS). Walau bagaimana pun kajian mendapati berus gigi berbentuk U terbukti tidak berkesan untuk menghilangkan plak gigi.
Apakah bentuk terbaik untuk berus gigi?
Bentuk kepala berus gigi berbentuk konvensional dibulatkan atau dibulatkan. Berus gigi berbentuk berlian “diamond” cenderung lebih baik untuk mencapai bahagian belakang dan sisi geraham.
Apakah jenis berus gigi yang harus digunakan oleh kanak-kanak?
Pilih berus gigi dengan bulu lembut yang diperbuat daripada hujung bulat atau “digilap” – bulu ini membersihkan gigi anak-anak dengan baik tanpa kasar pada gusi mereka.
Pastikan berus gigi kanak-kanak sesuai dengan citarasa mereka, jadi senang digunakan setiap hari dan malam.
Pada usia berapa kanak-kanak harus mula menggunakan berus gigi?
Beruslah gigi bayi anda menggunakan “finger toothbrush”. Apabila gigi bayi pertama mula muncul, anda boleh beralih ke berus gigi.
Bagaimana saya menggosok gigi anak saya yang berumur 2 tahun?
Gunakan berus gigi bayi dengan bulu lembut, dan gunakan sedikit ubat gigi berfluorida, ukuran sebiji beras.
Jumlah ubat gigi sebegini harus dikekalkan sehingga anak anda berusia 3 tahun atau boleh patuh arahan meludah. Elakkan menelan ubat gigi.
Gosok gigi anak anda dengan teliti sekurang-kurangnya 2 minit, dua kali sehari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang menyusukan bayinya pasti akan memuat stok perahan susu ibu. Cara penyimpanan yang betul sangat penting agar kualiti susu tidak terjejas dan selamat diminum oleh anak kita. Sebenarnya jika ada pengetahuan tentang cara simpanan susu, ia tidaklah sukar.
Kaunselor penyusuan, Nor Azura ada berkongsi lima persoalan popular dalam kalangan ibu tentang cara penyimpanan susu perahan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang berusaha untuk mengumpul stok susu perahan buat si manja. Dengan cara simpanan yang betul, kualiti susu akan bertahan lebih lama dan selamat diminum oleh bayi anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Intan Najuwa yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 15 Disember lalu berkongsi kisah kepayahannya berjuang melahirkan cahaya mata yang dinantikan itu.
Menerusi Insta Storynya, ibu kepada Intan Imane Lunara ini berkongsi kisahnya yang terpaksa ditahan selama lapan hari kerana keadaannya yang tidak stabil sehingga dibenarkan pulang.
Cerita ibu muda ini lagi, ia adalah pengalaman yang cukup hebat namun paling indah dalam kehidupannya. Malah kata Intan lagi, dia kini mengetahui akan indahnya menjadi seorang ibu.
“Pengalaman bersalin saya. Ia agak mencabar kerana saya mempunyai toleransi kesakitan yang rendah. Tetapi dengan sokongan doktor yang hebat, suami saya, keluarga saya, dan semua jururawat yang luar biasa yang menjaga saya sepanjang 8 hari di hospital, mereka benar-benar memahami tingkah laku saya.
“Pembedahan saya dijadualkan pada pukul 9:30 pagi, jadi saya perlu bangun awal untuk bersiap dan menuju ke bilik pembedahan.
“Baiklah, inilah ceritanya. Mereka masukkan kanula, dan kemudian berikan saya anestesia tulang belakang. Tetapi malangnya, badan saya membengkak jadi doctor terpaksa cuba lima kali sebelum dapat capai saraf tunjang saya. Ia sangat menyakitkan, tetapi saya tahu saya mempunyai pasukan doktor yang hebat yang menjaga saya dengan baik.
“Jadi, lepas anestesia tulang belakang tu, saya benar-benar panik dan fikir saya akan mati kerana saya tidak dapat bernafas dengan betul. Tetapi pakar bius sangat tenang dan meyakinkan saya bahawa tahap oksigen saya baik-baik saja, dan hanya menyuruh saya fokus pada pernafasan. Malah, saya muntah sepanjang prosedur pembedahan.
“Suami saya pegang tangan saya, yakinkan saya bahawa semuanya akan baik-baik saja. Saya menangis dan muntah sepanjang prosedur sehingga bayi kami akhirnya dilahirkan. Dia selamat dilahirkan, dan bayi saya sihat serta besar 💛.
**Hari 1** – Selepas pembedahan, saya diletakkan di bilik pemulihan selama 20 minit untuk pastikan semuanya okay sebelum bawa saya ke bilik saya.
“Jadi bila dah masuk bilik, tak sampai berapa jam je. Ubat bius habis terus, dan saya boleh rasa semuanya. Jadi saya tanya doktor dan jururawat, boleh ke suntik ubat penahan sakit & morfin. Ada lah dalam 4 jam pertama saya terpaksa menahan sakit itu. Setiap 5 minit saya tekan. Plus, saya kena rengat yang sangat sangat teruk.
“Saya terlalu sakit sehingga tak boleh bercakap, dan ubat penahan sakit kuat buat saya rasa sangat pening. Saya memang tak nampak muka orang langsung hari tu. Saya dengar jururawat dan bidan banyak kali buat lawak macam-macam, tapi saya diam saja sepanjang masa dan menahan sakit.
**Hari 2** – Saya sangat bersyukur kerana rengat dah kurang sikit. Tapi saya masih tak ada selera makan & minum air pun non-stop. Kemudian jururawat tanya, “Nak cuba bangun & jalan tak?” Tapi jika tak boleh, mereka akan paksa & dorong kerusi roda ke tandas, mereka akan bagi ubat cair darah.
“Jadi mereka cakap saya mesti cuba bangun. Tapi saya tak sanggup sebab rasa sakit sangat hari itu. Saya paksa diri bangun & jalan jugak pada hari itu. Saya tolak diri sendiri untuk bangun sebab nak cabut tiub kencing. Sebab kalau tiub kencing tak cabut cepat, akan ada jangkitan pula.
“Jadi, di sinilah pengalaman saya berjalan buat kali pertama. Tak tahu nak cakap macam mana sakitnya. Sakitnya gila-gila, nak letak kaki ke lantai tu rasa nak terburai perut ye. Siapa yang cakap cesar tak sakit tu, tipu!
“Tapi akhirnya saya berjaya bangun dan jalan ke tandas. Cabut tiub kencing, mandi & tukar baju semua. Sekitar pukul 8 malam macam tu, saya rasa nak kencing. Ini kali pertama saya kencing selepas tiub kencing dicabut.
“Dan teka apa? Saya tak boleh kencing. Nak kencing tapi tak boleh sebab perut sakit sangat-sangat. Saya menangis & jerit minta tolong. Satu tingkat boleh dengar suara saya.
“Jadi, selepas mereka bawa masuk kerusi roda, mereka terus bagi saya IV penahan sakit & saya tak tahu ubat apa. Alhamdulillah, lepas tu saya dah okay. Saya boleh kencing. Sumpah trauma dengan part ni.
“Hari 3** – Pukul 5 pagi, tersedar dan kena serangan gastrik. Boleh bayangkan, dengan perut cesar, kemudian muntah-muntah sebab gastrik? Rasa nak terburaikan perut.
“Mereka terpaksa bagi saya ubat untuk hentikan muntah dan IV untuk gastrik. Jadi, kesakitan dari rengat dan sakit perut semuanya telah mencetuskan serangan gastrik pada hari itu. Sakit dia, masyaAllah.
“Hari 4** – Doktor pakar sakit puan rujuk saya kepada doktor pakar perut untuk memantau keadaan saya kerana kesihatan saya jadi teruk pada hari keempat. Saya tak dapat tidur, susah bernafas, dan rasa sakit dada. Jadi, sekarang jururawat dan doktor sentiasa memantau saya dengan rapi.
“Hari 5** – Keadaan saya masih teruk. Dan pada hari kelima pula, saya kena bengkak susu. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Bengkak susu tu tak main-main ya sakit dia. Saya mula menggigil, badan panas macam demam. Tapi saya sangat bersyukur untuk semua jururawat yang menjaga saya dan berusaha sebaik mungkin untuk meringankan kesakitan saya.
“Hari 6** – Saya mula cemas pada hari itu kerana rasa tidak selesa dengan semua jarum di tangan dan meyakinkan suami saya untuk bawa saya balik dari hospital. Saya betul-betul tak sangka yang dia tak akan benarkan saya keluar dan meminta doktor untuk tidak benarkan saya discaj.
“Untuk pengetahuan anda, suami saya telah berada di sisi saya 24/7, memantau keadaan saya sejak hari pertama. Dia tak pernah tinggalkan saya walau sekejap, walaupun saya asyik bertanya sama ada saya kelihatan okay. Dia tak benarkan saya balik kerana dia risau saya masih belum sihat sepenuhnya dan tidak cukup kuat.
“Doktor pula galakkan saya untuk tinggal dan mempercayai mereka supaya saya dapat dilihat semakin pulih, dan akhirnya saya bersetuju untuk tidak meninggalkan hospital.
“Day 7: Saya cuba kekal positif, mengatakan pada diri sendiri bahawa keadaan akan bertambah baik dan saya perlu bersabar serta berehat dengan baik. Saya hanya mahu cepat sembuh dan pulang ke rumah. Para jururawat semuanya baik hati dan sentiasa memberikan semangat untuk saya kekal kuat dan positif,” katanya berkongsi.
Gembira makin pulih dari sakit, yakinkan suami untuk balik rumah “Saya terus yakinkan suami yang saya makin pulih dan dan sedia untuk pulang, tetapi dia belum yakin. Kena cuba lagi esoklah nampaknya.
“Jadi, saya habiskan hari-hari saya dan tunjukkan pada suami yang saya dah makin baik, boleh jalan perlahan, makan, dan tahan kesakitan. Susah ya nak “talk dengan” Doktor Asraf ni! 😅 Garang gila. Stress aku!
“Day 8: Saya rasa lebih baik, kecuali kesakitan daripada c-section saya. Tetapi saya kena lakon tough di depan suami! Berjaya meyakinkan dia untuk membenarkan saya pulang, terima kasih kepada doktor yang meyakinkan bahawa saya semakin pulih dan memberikan semua ubat tahan sakit dan ubatan yang diperlukan. Tiada apa yang perlu dirisaukan! Akhirnya, dia setuju untuk saya pulang pada hari ke-8. Terus hilang rasa sakit bila dapat balik.
“Jadi alhamdulillah, bila kat rumah, berpantang pula cara tradisional. Masih sakit, tetapi boleh tahan. Macam mana pun, pantang kat rumah jugak happy ya! 😅
“Saya sangat bertuah kerana ada suami, ibu, ibu mentua, adik-beradik, pembantu, dan confinement lady (CL) yang menjaga dan menyokong saya sepanjang tempoh pemulihan ini. Mereka semua memastikan saya mendapat rehat yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.
“Itulah dia pengalaman bersalin saya. Baru hari ini ada kekuatan nak cerita. Sebab bila ingat balik, teringat waktu dan hari-hari yang sukar itu,” luahnya berkongsi.
Indahnya bergelar ibu
Keadaannya yang kini semakin pulih terutama di bahagian jahitan perutnya malah kini kata Intan dia sudah mula merasai akan nikmatnya bergelar ibu.
“Melihat kembali pengalaman bersalin saya, ia agak menakutkan kerana saya melalui kesakitan yang sangat hebat. Tetapi itulah pengorbanan dan perjalanan menjadi seorang ibu yang begitu indah.
“Menakjubkan untuk mengetahui bahawa kita telah membawa kehidupan baru ke dunia ini. Itu adalah perasaan yang sangat indah. Sama ada anda bersalin secara normal atau melalui pembedahan c-section, kita semua adalah ibu yang kuat. Kita perlu kekal positif dan ingat bahawa semua ibu di dunia ini sangat hebat. Kini, saya benar-benar memahami keindahan menjadi seorang ibu ❤️
“Satu perkara yang saya sangat bersyukur ialah Dr. Seri melakukan kerja yang luar biasa dengan jahitan saya. Jahitan tersebut sembuh dengan sangat cepat, kurang daripada 2 minggu, dan dilakukan dengan begitu kemas sehingga saya langsung tidak dapat melihatnya.
“Beliau adalah doktor terbaik, dan saya tidak boleh meminta lebih lagi. Memilih beliau untuk menyambut kelahiran bayi saya adalah keputusan terbaik. Beliau seorang pakar dan sangat tenang sepanjang pembedahan. Jika saya ada bayi lagi, saya pasti mahu beliau menjadi doktor saya sekali lagi. 🥰❤️
“Beliau telah menjaga dan memastikan saya dalam keadaan baik sepanjang kehamilan, sehingga saat saya bersalin. Saya rasa sangat selesa dengan kehadirannya dan tahu saya berada dalam tangan yang baik. ❤️Sayang awak! @s_e_r_i ❤️❤️,” kongsinya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!