Tahniah diucapkan buat usahawan dan pengacara, Neelofa yang selamat bersalin seorang bayi lelaki pada 11 Julai (Selasa) lalu.
Menerusi Insta Story, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada jam 10.45 malam kelmarin.
“Alhamdulillahi rabbbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa.
Bahkan isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya ini dipermudahkan.
Ads
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna pada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas., diberi kesihatan dan umur panjang. Amin.
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insyaallah,” tulis Neelofa menerusi Insta Storynya sejam yang lalu.
Ads
Bahkan menerusi satu lagi entri berlainan, ujar Neelofa yang kini sedang berpantang bakal berkongsi nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahirannya kelak.
“Nama hari ketujuh kita umum insyaallah,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, Neelofa turut dimasukkan ke hospital sebelum ini atas nasihat doktor sebelum melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu.
Sekian lama menanti cahaya mata, pasangan ini bersyukur kerana ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata terjawab apabila mereka dikurniakan sepasang kembar tak seiras.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Pn. Amalina menerusi temubual di laman TikTok Dr.RaihanaIsmail di mana dia berkongsi pengalamannya dan suami ketika mereka berdua berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat Ujian Kesuburan, Masing-Masing Tak Ada Masalah
Menurut Pn. Amalina lagi, dia berkahwin pada tahun 2016 dan tidak merancang untuk ada anak awal. Namun setelah tiga tahu usia perkahwinan, dia dan suami mula merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Ketika itu mereka berdua menjalani ujian kesuburan dan mendapati tiada sebarang masalah.
“Dari segi kesihatan saya okay cuma ada masalah berat badan. Pernah juga cuba dua produk lain, tapi apa yang tahu dari pasangan TTC ni tak boleh ambil kandungan gula yang tinggi. Bila saya check, produk yang saya makan tu rupa-rupanya tinggi kandungan gula.”
Disarankan Ambil Clomid
Sebelum ini Puan Amalina pernah hamil namun dirinya mengalami chemical pregnancy. Dia berhenti sebentar dari makan sebarang produk dan kemudian disarankan oleh doktor untuk mencuba Clomid (sejenis ubat untuk kesuburan tanpa steroid) tetapi suaminya menolak kerana kedua-dua mereka tiada masalah itu.
“Saya ada tengok sharing Doktor beritahu kalau nak cuba pregnant kena berdiet, jaga pemakanan dan cut sugar. No fast food, saya ni penggemar frozen food. Bulan 1-7 saya cut semua tu.”
“Kemudian ada kawan yang dah menanti selama 18 tahun suggest pada saya untuk ambil Efferty kerana dirinya telah hamil bila ikhtiar dengan produk ni. Cuma waktu tu dia tak beritahu saya sebab takut saya terasa selepas saya alami keguguran. Jadi, saya cuba produk Efferty ni.
Hamil 2 Kali Tapi Gugur, Doktor Minta Usaha Lagi Sebelum IUI
“Saya decide nak buat IUI, masa tu bulan puasa. Saya pergi jumpa doktor, tapi doktor marah sebab sebelum ni saya dah dua kali keguguran. Kali pertama pada tahun 2019 dan seterusnya pada tahun 2020 pada usia kandungan empat minggu. Maksudnya saya tak ada masalah untuk hamil.
“Masa tu pula bulan puasa, nak batal puasa lagi kan. Jadi doktor minta saya cuba. Tapi doktor janji kalau bulan depan (lepas raya) saya tak hamil juga doktor akan buat IUI. Doktor periksa telur, doktor cakap tak ada masalah jadi cuba dulu.”
“Lepas seminggu kemudian saya periksa, rupanya saya hamil dan alhamdulillah saya dapat dua cahaya mata. Gugur dua kali diganti dengan dua cahaya mata.”
Stres Kerja Antara Faktor Keguguran
Pn. Amalina berkerja sebagai jururawat dan kerjaya yang sibuk mengakui stres dan faktor persekitaran menyebabkan dia keguguran sebelum ini.
“Ditambah pula saya bekerja di bahagian Ortho OT dan banyak bermain dengan radiasi dan dalam masa yang sama tak tahu pregnant dan perlu menggunakan dengan IR, itulah salah satunya punca juga.”
“Saya tiada masalah kesihatan. Haid pun datang macam biasa, tapi setiap kali check OPK mesti samar-samar. Susah nak dapat dua garis. Lepas berikhtiar minum Efferty baru nampak ada perubahan.”
“Tak sempat nak buat IUI pun tiba-tiba dah mengandung. Sampai kena rahsiakan dari Doktor kenapa tiba-tiba size telur jadi cantik sebab segan nak jawab minum apa”
Menurut perkongsian di TikTok ini juga, Dr. Raihana juga turut memberitahu stres antara punca keguguran berulang.
“Kadang-kadang sebab kerjaya stres tu yang menyebabkan keguguran berulang. Salah satu asbab lah kenapa sama ada chemical pregnancy atau mungkin stres. Faktor environment juga boleh menyebabkan sel termutasi bukan faktor pemakanan sahaja.”
Rezeki yang tak disangka-sangka selepas keguguran dua kali, akhirnya Allah SWT gantikan dengan cahaya mata kembar. Tahniah sekali lagi buat Pn. Amalina dan suami!
Kakak kepada usahawan berjaya Neelofa, Noor Nabila tampil menjawab persoalan ramai yang mengatakan dirinya kini berbadan dua.
Menepis andaian itu, rupanya ibu kepada si comel Jebat Jayden ini pernah keguguran sebanyak tiga kali dalam usahanya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk memperoleh zuriat.
“Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insyallah,” tulisnya berkongsi.
Disamping terus berusaha kata Nabila, kini fokus dirinya lebih tertumpu kepada membesarkan anaknya, Jebat yang kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
Selain dirinya dan suami, Sharnaaz juga menjadi orang penting untuk memastikan anaknya yang kini semakin petah bercakap membesar dengan baik.
“Buat masa ini fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.
“Malah saya juga semakin aktif bermain Tik Tok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran melangsungkan pernikahan pada 18 Mac tahun lalu. Melalui perkahwinan terdahulunya bersama pelakom Sharnaaz Ahmad, ibu cantik manis ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Penampilan makin langsing walau pun baru 20 hari berpantang, Betty akhirnya dedahkan amalan yang dilakukannya.
Aktres Betty Rahmad berkongsi apa yang dilakukannya sepanjang berpantang. Dengan bantuan perawat pantang, Betty berurut, bertungku, bertangas dan mengamalkan mandi herba.
Selain itu, adik kepada Erma Fatima & Datin Paduka Umie Aida ini mengakui menahan nafsu, makanan secara sihat dan kering selama setengah bulan. Katanya dia tidak berdiet kerana ingin menyusukan bayinya, Ardy Wira.
bettyrahmad Day 20 berpantang. Yeay alhamdulillah inilah hasil hari-hari berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, pastu tahan nafsu, makan yang healthy & kering for half a month! (Tapi i tak diet ok, kena makan kalau tak macammana nak breastfeed)
So special shout out for @natalismothercare kerana menjaga saya & baby Wira dengan penuh kasih sayang ? 24 more days to go! Siapa nak berpantang pegi book confinement lady korang cepat! ? #pantanglife#natalismothercare #confinementlady
Anak-anak milenial mempunyai skil luarbiasa. Nak tahu lebih lanjut mengenainya boleh tonton rancangan TV Pa&Ma, 12 Februari 2019 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.