Uniknya susu ibu bantu bayi tidur nyenyak. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya. Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam!
Pakar Laktasi & IBCLC Rita Rahayu Omar berkata setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
SUSU IBU MENGANDUNGI HORMON YANG BOLEH BUAT BAYI MENGANTUK
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut.Hebatnya Ciptaan Allah!
KURANGKAN BAYI MERAGAM
Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang.
Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan ini tidak berlaku kepada bayi yang meminum susu formula. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah oleh ibunya pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh ibu mengepam semasa bekerja ketika syif malam).
HORMON CCK UMPAMA UBAT PELALI BAGI BAYI YANG MENYUSU TERUS DARI PAYUDARA
Bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
RUPANYA INI YANG BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan. Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus.
Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Menunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan bayi keempatnya pada 26 Mac yang lalu, personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim kini tampil mengumumkan nama indah buat bayinya itu pada hari ketujuh kelahirannya.
Tidak hanya mendedahkan nama, pada masa yang sama juga Azrinaz turut melakukannya upacara tahnik kepada bayi perempuan itu sekaligus mengumumkan nama buatnya.
Menerusi Instagramnya, Azrinaz berkongsi cerita dan gambar majlis tahnik yang di lakukan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, yang merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, @abdulkarimalmakki Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“To recap, tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan,” kongsinya.
Mengambil keberkatan dan disunatkan ketika hari ketujuhnya itu, Azrinaz turut memberikan nama yang cukup indah buat anaknya itu.
“Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi
“Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH.
“ATHEERA bermaksud harum. MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah,” kongsinya.
Dalam pada itu, Azrinaz turut memanjatkan doa agar Atheera menjadi anak solehah malah mengharumkan nama keluarga serta berjaya dunia akhirat.
“Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Azrinaz di Instagram turut memuji nama yang dipilih Azrinaz dan suami itu cukup indah dan mempunyai makna yang baik.
Semoga Atheera menjadi anak yang solehah malah membahagiakan ibu dan ayahnya. Terdahulu, Azrinaz selamat melahirkan bayi keduanya bersama suami pada 26 Mac lalu. .
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @azrinazmazharhakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai bakal bapa yang ingin memberi sokongan kepada pasangan mereka semasa proses kelahiran, namun tidak semua yang tahu perkara yang perlu mereka lakukan bagi membantu isteri masing-masing. Artikel ini menyediakan beberapa tip untuk membantu suami memberi sokongan kepada isteri bagi menghadapi saat kelahiran.
Sebagai bapa, bukan anda yang mengandungkan zuriat anda, tetapi anda boleh menjadi penghibur, jurulatih dan pemberi sokongan emosi kepada pasangan sewaktu di bilik bersalin.
Selepas masuk ke bilik kelahiran, anda mungkin perlu untuk membantu isteri anda pada setiap peringkat bersalin, daripada kontraksi yang pertama sehinggalah detik kelahiran. Lebih penting lagi, sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda perlu bertanyakan pasangan anda mengenai keperluan dan permintaan mereka.
Sebaik-baiknya, anda disarankan untuk bertanya dan mendapat jawapan yang betul supaya kedua-dua anda boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Anda perlu membantu isteri untuk mempersiapkan barang keperluan bagi dibawa ke hospital dan memaklumkan kepada ahli keluarga lain tentang keadaan isteri anda.
Lebih spesifik lagi, berikut adalah tugas yang boleh suami lakukan untuk membantu pasangannya semasa proses kelahiran:
Misi utama anda dalam tempoh beberapa jam terawal kontraksi adalah untuk menjadi pengalih perhatian. Anda boleh alih tumpuan isteri yang sedang menghadapi kontraksi dengan memasang muzik kegemarannya, membawa isteri berjalan-jalan di sekeliling bilik dan bertanyakan padanya jika dia memerlukan anda untuk mengurut belakang badannya ataupun kaki.
Memandangkan proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika wanita hamil dapat bergerak, jadi anda perlu menggalakkan isteri anda untuk melakukan sebarang perkara, dan bukannya hanya terbaring dan menunggu kontraksi seterusnya.
Jika kontraksi isteri anda menjadi lebih kuat dan kerap, anda perlu memastikannya kekal fokus. Kesakitan yang dirasai akan menjadikannya mudah mengalah dan kurang berehat.
Tatap mata isteri anda, tenangkannya dan bantunya melakukan teknik pernafasan bagi persiapan proses kelahiran. Berikan kata semangat padanya dan sentiasa pegang tangan isteri anda.
Fasa kelahiran adalah paling penting dan akan menjadi momen indah untuk kedua-dua anda; suami isteri. Disebabkan pasangan anda sedang bertarung dengan kesakitan, jadi anda perlu sentiasa bertenang. Cuba untuk tenangkan pasangan anda.
Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ketika ini adalah memberi sokongan kepada isteri untuk meneran. Anda boleh cium dahinya, pegang tangannya dan berikan kata semangat kepada isteri anda. Anda boleh juga menunggu sehingga proses kelahiran bagi menyaksikan momen zuriat anda lahir ke dunia. Ini akan menjadi momen yang akan anda ingati sepanjang hidup anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Foto: Freepik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Checklist beg hospital ibu hamil yang lengkap untuk ibu, bayi dan suami. Ketahui bila perlu mengemas beg, barang wajib dibawa ke hospital serta persediaan tambahan dalam bonet kereta sebelum bersalin.