Mudah sangat nak sediakan snek sihat untuk bayi. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja maka terhasilah aiskrim buah untuk si manja tersayang.
Jom ikuti resepi yang dikongsi dan selamat mencuba!
Snek sihat untuk baby, Aiskrim buah
Bahan-bahan:
– Full cream milk
– Buah naga merah
– Buah naga putih
– Buah mangga
Cara penyediaan:
1. Blendkan buah bersama susu full cream
2. Masukkan ke dalam bekas acuan aiskrim
3. Bekukan
Kalau baby bawah setahun kena panaskan dulu susu tu. Yang ni rasa manis lemak. Kalau nak tambah yogurt pun boleh.
Kredit: Syahidah Amirah
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hazelnut Nutella Pod, 4 Bahan Tak Perlu Bakar By MJ
Nak dekat-dekat raya, memandangkan hujung minggu ni sesuai sangat untuk buat kuih raya. Hari ini pa&ma akan kongsikan resipi cookies dari saudari moeirajohson atau lebih dikenali sebagai MJ yang tak renyah nak buat sebab dahlah guna bahan 4 bahan je lepastu tak perlu bakar!
Jom cuba resepi di bawah:
Bahan-bahan:
- Nestum
- White Chocolate
- Nuttela
- Kacang Hazelnut
@moeirajohnson Biskut yg paling bnyk request… terimalah… Episode 3: No bake Nutela pods👩🍳✨🌙 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya… #nobakecookies #InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza
Cara penyediaan:
- Masukkan 2 cawan nestum, 1 cawan white chocolate (yang telah di double boilkan) dalam mangkuk dan kacau rata.
- Bentukkan doh nestum tadi di atas kertas minyak dan bentukkan doh dengan sudu bulat-bulat. Tekan doh di bahagian tengah doh dengan hujung sudu.
- Picitkan nutella ke bahagian tengah cookies.
- Hiaskan cookies dengan kacang hazelnut yang telah disangai.
- Akhir sekali sejukkan dalam peti ais bahagian bawah selama 10 minit.
Dah siap dah. Mudah kan? cookies ni boleh disimpan pada suhu bilik.
Untuk resepi ini, kita boleh ubat suai resepi tukar kacang hazelnut dengan badam boleh, atau apa apa yang disukai dan ada. Tiada masalah. Selamat mencuba!
Kredit: MJ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza. Terlajak Sedap, Nikmatnya Lain Macam!
Asyik masak gulai je kadang-kadang tu rasa jemu juga kan. Tapi bagi yang suka makan lauk yang tak menggunakan santan, selain hidangan sup anda boleh cuba buat cara stim pula. Tak kisahlah ikan atau ayam stim. Janji menu ni suami dan anak akan puji!
Kali ini untuk mama yang sedang fikirkan menu yang simple dan sedap, Ikan Siakap Stim Lemon ini pilihan yang tepat. Bukan orang dewasa je suka, anak-anak pun berebut makan.
Menarik resipi Puan Liza Idris ini atau mesra dipanggil Kak Liza, setiap resipinya sangat mudah dan gerenti jadi. Bahan-bahan yang digunakannya pun senang nak dapatkan. Kalau nak tahu sedap atau tak, anda patut cuba ok!
Nah, “Ikan Siakap Stim Lemon”. Simple, bagus untuk diet. Nikmatnya lain macam. Sekali makan lepas tu suami dan anak mesti minta buat lagi.
Bahan-bahan:-
– 1 ekor ikan siakap
– 1 biji bawang holand
– 2 batang serai diketuk
– 3 biji cili api diketuk
– 3 inci halia hiris nipis
– 1 biji tomato
– 3 sudu besar sos ikan
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1 biji lemon dibahagi dua. Separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus
– 1/2 kiub ayam
– Daun sup daun bawang
Cara memasak ada pada setiap gambar ya. Jom mula!
Kelar ikan tu dulu, kemudian lumur ikan dengan garam.
Sebatang serai selit dalam perut ikan.
Tabur halia, bawang putih, bawang holand, cili padi dan keratan batang daun sup/bawang yang keras dalam bekas kukus. Kalau ada daun limau purut letak je. Sajala nak bagi aroma lebih umppp.
Ambil ikan letak atas taburan bahan tadi. Seterusnya tabur pula bahagian atas ikan supaya seimbang atas dan bawah.
Curah sos ikan atas ikan.
Curah jus lemon atas ikan dan keliling bekas.
Masuk 1 gelas air. Kalau suka banyak kuah lebih pun tak apa.
Hancurkan kiub ayam, dan tabur merata dalam bekas.
Masuk tepung jagung yang dibancuh keliling bekas.
Curah lagi sekali 2 sudu sos ikan.
Gini la bersiap sebelum distim.
Kukus selama 20 minit. Takda periuk kukus, boleh je rebus dalam periuk biasa. Tak jadi masalah.
Ting! Tanda dah 20 minit. Selak sikit isi ikan, kalau tak melekat di tulang, kira dah masak la tu.
Lepastu baru hias dengan lemon dan tabur daun sup daun bawang. Kukus lagi 5 minit dan siap untuk dihidangkan.
Mesti cuba resipi ni tau. Kak Liza dah bagi step by step dan tak ada apa-apa rahsia pun lagi.
Kredit Resipi: Liza Idris
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Bebola Keledek Manis Guna Sukatan Cawan, Kudapan Berkhasiat Untuk Otak Anak
Keledek ni nampak macam tak menarik. Tapi dialah superfood. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk kulit. Otak memerlukan vitamin B6. Vitamin B6 ni ada dalam keledek.
Dalam keledek juga banyak vitamin lain. Keledek akan bantu kolagen. Kulit jadi anjal susah berkedut. Makan keledek dapat bantu tidur nyenyak. Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.
Pelbagai resepi boleh dibuat dengan keledek antaranya bebola ubi keledek yang sangat sedap, anak pun tak jemu jika dipelbagaikan menu keledek.
Baca:
Viral Bayi 16 Bulan Seberat 27KG, Rupanya Si Ibu Sering Beri Susu Pekat Manis
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Coqkodok/Bebola Keledek Manis
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan keledek oren/ungu
- Siap direbus dan dilenyek
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/2 cawan tepung pulut
- 3/4 cawan tepung beras
- 1 sdt baking powder
- Secubit garam
Caranya:
- Satukan semua bahan-bahan
- Sebatikan sehingga jadi doh
- Uli manja-manja je ye
- Bulat-bulatkan
- Goreng sehingga masak dan kuning keemasan
- Angkat dan hidangkan ketika panas
- Siap
Selamat Mencuba
Kredit: Eniza M. Salim
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Datin Almy Nadia dan keluarga dalam Pa&Ma Playdate malam ini!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI