Dah jadi kebiasaan ibu bapa apabila marah anak mesti akan keluar ayat ugutan dengan harapan anak akan takut. Hakikatnya selepas itu tak buat pun seperti yang dicakapkan. Ini silap besar.
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!”
Ini antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia. Nak mengugut anak dengan tujuan untuk mengajar tapi akhirnya anak jadi tak takut dan buat perangai. Kenapa keadaan ini berlaku sedemikian?
Cuba anda bayangkan jika terlalu kerap mengugut anak tapi tak buat pun apa kesannya?
Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.
Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran mereka, buat apa takut, mak ayah bukan akan buat pun. Gertak je lebih!
Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak tak kemas, tapi petang tu mama bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir buat apa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa yang nak.
Ads
Penyelesaian dalam hal ini agar anak terus mendengar cakap dan tak perlu nak marah, anda boleh cuba praktikkan cara ini.
Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit nombor 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
Ads
Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
Ads
Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
Jangan lupa berdoa pada Allah SWT. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah SWT. Bukan kita sendiri.
Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
Sumber: Muhammad Zukermi Bin Edi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak buat wheelbarrow walk ni dengan anak? Kalau pernah, bagus sangat. Kalau tak pernah, haaaa…. Kena try buat kejap lagi juga tau.
Kenapa penting wheelbarrow walk ni? Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, ini antara pilihan aktiviti yang dekat sangat di hati para Occupational Therapist.
Banyak kebaikannya:
1. Meningkatkan kemahiran sosial – komunikasi
Masa kita ajak anak buat wheelbarrow walk ni, dan masa anak nak bagitahu dia nak jalan ke mana, kemahiran sosial tercetus dengan sangat bagusnya.
2. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah
Masa anak nak adjust tangan, adjust badan supaya sampai ke destinasi sambil berjalan gaya gini, anak kena buat perancangan dalam otak. OT panggil “motor planning”. Masa ni, sel-sel otak anak memang berhubung aktif. Tak payah susu mahal tau! Eh!
3. Tingkat kekuatan core muscle dan otot menulis.
Masa anak tampung berat badan dia guna tangan, otot-otot utama anak (core muscles) yang memainkan peranan untuk anak anak boleh duduk lama atas kerusi masa belajar, akan activated. Otot menulis anak pun akan semakin kuat.
4. Rangsangan sensori.
Bukan setakat sensori sentuhan dari lantai, sensori mata, pendengaran, sensori pergerakan anak semuanya activated masa wheelbarrow walk ni. Sensori yang aktif adalah penting untuk anak boleh belajar kemahiran dengan baik.
5. Fokus mata meningkat.
Masa anak buat wheelbarrow walk ni, ada satu benda kita panggil oculo-vestibular yang akan activated tau. Ocula-vestibular ni yang akan mempengaruhi keseimbangan kepala dan mata fokus ketika kepala bergerak. Ini penting untuk anak kita boleh menyalin dari papan hitam dengan baik tau nanti.
Sesuai untuk umur berapa? Seawal umur 2 tahun tu boleh buat dah. Tapi, kita tak boleh berdiri tegak. Kita kena berjalan melutut. Sebab nanti tinggi sangat kakinya. Kaki anak tu kena lebih kurang 90 darjah. Semoga perkongsian ni bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berdengkur merupakan keadaan yang popular yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja meskipun ia seringkali berlaku kepada orang lelaki dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Dengkur yang berkala selalunya tidak mendatangkan masalah, cuma ia boleh mengganggu pasangan anda.
Jika anda selalu berdengkur, anda bukan sahaja mendatangkan masalah tidur kepada pasangan anda tetapi anda juga mengganggu kualiti masa tidur anda juga. Berdengkur selalunya akan menjadi bertambah teruk dengan usia yang meningkat. Bantuan kesihatan diperlukan kepada pendengkur tegar bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Anak kecil yang berdengkur mempunyai masalah perilaku
Kanak-kanak prasekolah yang selalu berdengkur dengan kuat mungkin berisiko tinggi mendapat masalah perilaku. Ini termasuklah terlalu aktif, masalah menumpukan perhatian dan kemurungan.
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Paediatrik, sebanyak 9% daripada 249 kanak-kanak yang berdengkur dengan kuat dua kali atau lebih dalam seminggu semasa mereka berumur 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah perilaku semasa umur 3 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak berdengkur pada umur 2 atau 3 tahun, tetapi bukan kedua-duanya.
Menyusu, walau bagaimanapun, boleh membantu menghindari kanak-kanak daripada berdengkur seterusnya mungkin boleh mengelakkan kesan negatif kepada masalah perilaku. Menurut pengkaji, kanak-kanak yang banyak berdengkur juga dapat dikesan pada umur 2 ke 3 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa atau pakar kanak-kanak.
Para pengkaji masih lagi tidak memahami bagaimana berdengkur pada umur 2 dan 3 tahun boleh meningkatkan risiko kepada masalah tingkah laku. Tetapi ia adalah berkemungkinan daripada tidur yang tidak berkualiti. Sesetengah dengkuran adalah normal seperti ketika kanak-kanak mendapat selesema. Tetapi, jika anda bimbang akan keadaan anak anda, sila berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Ibu yang baru melahirkan anak haruslah cuba menyusukan selama yang mungkin kerana ia mempunyai kesan yang kuat bagi melindungi anak-anak terhadap berdengkur. Kanak-kanak daripada keluarga yang miskin dan golongan yang disusukan hanya untuk jangka masa pendek, adalah cenderung untuk menjadi pendengkur tegar.
Apakah yang patut dilakukan oleh ibu bapa?
Ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan masalah berdengkur dalam kalangan kanak-kanak. Apabila anak anda berdengkur, anda tidak boleh mendakwa bahawa semua orang dalam kalangan ahli keluarga anda berdengkur juga.
Anda perlu membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Para pengkaji meletakkan kaitan di antara berdengkur dan masalah perilaku dalam perdebatan. Kanak-kanak yang berdengkur secara berterusan mempunyai risiko yang besar terhadap masalah perilaku. Tetapi ini tidak bermaksud setiap kanak-kanak yang berdengkur akan mempunyai masalah perilaku atau semua kanak-kanak yang mempunyai masalah perilaku adalah pendengkur.
Meskipun begitu, berdengkur adalah tidak normal kepada kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil atau adenoids. Penilaian boleh membantu memastikan sama ada berdengkur adalah tidak berbahaya atau memerlukan rawatan kepada keadaan yang tersembunyi untuk menghilangkan masalah berdengkur atau perilaku.
Berdengkur dan masalah perilaku boleh menjadi kitaran kejam. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi letih dan meragam serta tidak makan dengan sempurna. Bunyi dengkuran didefinisikan dengan terdapat gangguan pada saluran pernafasan semasa tidur, yang membawa kepada kekurangan oksigen dan tidur yang tidak cukup.
Sekiranya ini merupakan masalah bermusim atau disebabkan oleh selesema, ia tidak menjadi masalah tetapi jika berdengkur adalah serius dan menyebabkan masalah tidur, sila dapatkan pemeriksaan yang sah.
Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar. Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, “Air dicincang tidak akan putus” Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.
Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya.
Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!
Tip 1:
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.
Tip 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.
“Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!”
Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.
Tip 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.
Panggil adik, beritahu adik. “Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira.”
Panggil pula kakak, beritahu kakak. “Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?”
Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.
Sumber: wanrohaniismail.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!