Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.
Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
sumber gambar: sinar harian
“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.
Ads
Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.
Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.
Ads
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.
Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.
Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi berusia enam bulan meninggal dunia. Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada seorang lelaki iaitu bapa mangsa bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar di rumah pada Isnin.
“Namun apabila urusan bedah siasat dilakukan, kecederaan tersebut dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohamad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang berusia 25 tahun semasa berada di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kajang pada Isnin jam 11.30 malam.
Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis syabu.
Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April bagi siasatan lanjut.
Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal di media sosial dengan aktiviti-aktiviti dakwahnya dan juga pendekatan yang digunakan olehnya yang sangat lembut ketika menjalankan dakwah.
Terbaru, menerusi akaun instagramnya, dia memuatnaik sebuah video dimana mereka sekeluarga sedang bermaaf-maafan sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini. Kepsyen yang dimuatnaiknya juga menyentuh hati ramai pengikut di instagramnya.
Saya Bisik Pada Bidadari Saya Sambil Pegang Tanganya
Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
Bidadari Saya Sebak
Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
Peluk Cium Anak-Anak
Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim .
Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
Dua Waktu Jangan Terlepas Doa
Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa. Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat. Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid.
Bawalah Isteri & Anak-anak Baca Al-Quran
Baca Al-Quran sama-sama. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh.
Banyakkan Berdoa Semasa Berbuka
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Minta pada Allah
Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah. Didik anak ingat korban Nabi saw dan sahabat rhum. Semoga Allah terima kita semua-ebitlew
Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan, ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain. Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza. Sebab itu orang kata, ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.
Lagi-lagi bagi ibu yang baru pertama kali melalui proses kelahiran dan tiada pengalaman, ia adalah saat yang paling takut. Sama ada bersalin normal atau czer kedua-dua prosedur ini tetap mempertaruhkan nyawa si ibu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Lukya Betaria Sinaga, kisah yang berlaku di Indonesia ini benar-benar sedih. Mana taknya bayi yang lahir meninggal dunia dan keesokannya si ibu pula menyusul.
Lukya Betaria Sinaga memberitahu adik iparnya telah ‘dipaksa’ bersalin secara normal sedangkan mengikut perancangan awal, dia perlu melahirkan secara czer.
Asalnya kena czer, tapi dipaksa bersalin normal
Menurutnya kisah sedih yang menimpa adik iparnya ketika melahirkan bayi di salah sebuah pusat perubatan di Indonesia sesuatu yang tak dijangka. Pada awalnya, adik iparnya (mangsa) dikatakan akan melahirkan bayi melalui kaedah czer tetapi entah bagaimana ketika hari bersalin, jururawat telah memaksa bakal ibu itu melahirkan secara normal.
Walaupun tujuan kami ke sana untuk menjalani pembedahan, tetapi mereka melarang dan memaksa adik ipar melahirkan secara normal sehingga adik ipar kehabisan tenaga.
Tambah Lukya, dia sendiri tidak pasti sama ada keputusan tersebut diarahkan oleh doktor ataupun tidak. Dia yang tidak sampai hati mendengar suara wanita itu meraung kesakitan telah meminta kebenaran untuk masuk ke bilik tersebut tetapi dilarang oleh pihak hospital.
Saya bertanya kepada jururawat, doktor dekat mana? Tapi dia sibuk bercakap dengan telefon, tak tahu dengan siapa. Lebih sedih lagi, adik ipar saya menangis kesakitan, tapi dia dimarahi sebab mereka kata nanti tenaga habis.
Bayi dan ibu tak dapat diselamatkan
Sekitar jam 5 petang, petugas kesihatan telah memberikan induce kepada mangsa bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran tetapi malangnya gagal. Panik dengan situasi itu, mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa namun usaha mereka sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.
Bayi malang yang tidak berdosa sudah tidak dapat diselamatkan sementara si ibu masih menanggung kesakitan yang teramat sangat. Namun siapa sangka, keesokan harinya si ibu pula telah pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak menerimanya sehingga saya membantah dengan jururawat dan doktor. Tetapi mereka menutup telinga dan mereka cuba menghalau saya.
Wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan doktor dan petugas kesihatan terbabit. Menurutnya, mereka merupakan insan yang sepatutnya membantu menyelamatkan nyawa orang ramai tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lukya berharap agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.