Memang stres dibuatnya kalau anak mengamuk sebab mengantuk. Dah tak larat tapi anak ‘tahan’ mata tak mahu tidur. Sudahnya asyik merengek, semua benda serba tak kena. Bila jadi macam ni, kita nak pujuk pun payah.

Menurut Mohd Fhais Salim yang merupakan penulis keibubapaan, hal ini berlaku apabila waktu tidur yang tidak mengikut jadual. Bukan salah anak kerana mereka mengamuk.

Asyik Mengamuk, Semua Tak Kena. Perhatikan Ciri Ini, Anak Mungkin Dah Mengantuk

Baca Juga:

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

Tahniah! Anak Selamat Bersalin Awal Tahun Ni, Fauzi Nawawi Kini Datuk Kepada 3 Orang Cucu

IKLAN

Cute Cailie! Pakai Gaun Putih Sambut Birthday, Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

Ikuti penjelasan lanjut ini;

Ni paling geram kalau jadi.
Dah mengantuk tapi tak nak tidur, lepas tu dia merengek semua benda tak kena.
Memang menyirap je kalau jadi macam ni.

Tahu tak sebenarnya anak tu tak salah, yang salah ialah waktu tidur yang tak ikut jadual.

Ada 3 tahap mengantuk:

IKLAN

1️⃣-Early
– tanda-tanda awal ialah anak mula menguap dan mata kuyu.
– masa ni sepatutnya kita dah persiapkan anak untuk tidur.

2️⃣-Mid
– fasa pertengahan bila kita tak persiapkan anak untuk tidur
– badan dia akan mula melawan dan anak mula jadi serba tak kena

Asyik Mengamuk, Semua Tak Kena. Perhatikan Ciri Ini, Anak Mungkin Dah Mengantuk
Sumber foto: www.freepik.com

3️⃣-Late
– masa ni memang waktu tidur tu dah terlampau lewat & off track
– ketika ini anak mula beri stress response, masa ni la macam-macam peel dia boleh buat.

Jika kita selalu ikut jadual & tahu tanda-tanda awal anak nak tidur comfirm tak ada drama setiap kali nak tidur.
Dapat tidur puas, dia bangun muka tak bersalah macam tak ada apa-apa pun berlaku. Huh!

IKLAN

All the best tidurkan anak ya. 😴😴

Asyik Mengamuk, Semua Tak Kena. Perhatikan Ciri Ini, Anak Mungkin Dah Mengantuk
Sumber foto: www.freepik.com

Ada banyak cara untuk kita bantu anak tidur lena. Selain memberinya susu sebelum tidur, boleh juga dipasangkan bauan haruam yang dapat memberikan ketenangan. Selain itu, pastikan juga persekitaran anak selesa dan tiasa benda lain yang boleh mengganggu fokus mereka untuk tidur.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI