Anak perempuan dah ada seorang, mak ayah kini cuba merancang untuk mendapatkan seorang anak lelaki pula. Soalnya bagaimana? Apa pemakanan atau yang perlu dilakukan untuk memperolehi zuriat lelaki?

Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, jantina anak boleh ditentukan oleh sperma suami.

Ini yang dikongsikan oleh beliau.


Jantina bayi ditentukan oleh sperma SUAMI. Setelah ovulasi berlaku, telur wanita mampu hidup dan menunggu di tiub fallopio selama 24 jam. Jadi Super Sperm hanya ada 24 jam untuk masuk ‘ meminang & berkahwin’ dengan Queen Telur!).

Setelah ejakulasi berlaku, sperma mampu bertahan antara 3 ke 5 hari di dalam sistem reproduktif wanita. Sperma yang membawa genetik Y adalah perenang yang laju tapi mempunyai jangka hayat yang pendek (“The Sprinter”).

Nak Anak Lelaki Atau Perempuan Bergantung Pada Suami, Ini Tipnya?

Jika melakukan hubungan intim pada hari isteri dijangkakan berovulasi, peluang mendapat anak LELAKI adalah lebih tinggi.

IKLAN

Manakala, sperma yang membawa genetik X adalah perenang yang ‘slow & steady’ tapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (“The Marathon Runner”).

Jika melakukan hubungan intim 1 ke 2 hari awal sebelum ovulasi berlaku, peluang mendapat anak PEREMPUAN adalah lebih tinggi.

Nak Anak Lelaki Atau Perempuan Bergantung Pada Suami, Ini Tipnya?

Untuk pastikan memang ada satu telur matang i.e Dominan Follicle (DF) yang bersaiz antara 18-28mm, wanita boleh melakukan scan vagina (TVS) sehari sebelum dijangkakan waktu subur berlaku (cth : pada hari ke 12/13 jika kitaran haid 28 hari.

IKLAN

Jika DF mengandungi telur matang yang berpotensi untuk berovulasi, selaput dinding rahim akan turut menebal, mencecah 8-12mm. Ini meningkatkan lagi peluang wanita untuk hamil.

Untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan, pasangan boleh bersama 2 hari sebelum, pada dan 2 hari selepas ovulasi. Tapi kalau Hari-Hari-Mau pun okey je.

*p/s: Anak lelaki atau perempuan, anak adalah anugerah & amanah dariNya.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

IKLAN

Nak Anak Lelaki Atau Perempuan Bergantung Pada Suami, Ini Tipnya?

Jangan lepaskan peluang untuk create bonding dengan family! 👨‍👩‍👧‍👦 Hanya RM30 sahaja untuk pasangan ibu/anak atau ayah/anak. Berbaloi-baloi! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/movie-night-day-out/ atau hubungi wa.link/upmp32 untuk maklumat lanjut

Nak Anak Lelaki Atau Perempuan Bergantung Pada Suami, Ini Tipnya?

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI