Melihat saiz anak yang terlalu kurus membuatkan kita terus bimbang. Adakah anak kita tidak cukup nutrisi setiap hari atau berat badan susah untuk naik. Apa sebabnya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, fokus utama untuk menaikkan berat badan anak adalah dengan mengutamakan tiga sumber utama makanan iaitu karbohidrat, protein dan lemak baik dalam menu harian anak. Ini penting.
Banyakkan makanan padat nutrisi untuk naikkan berat badan anak. Kita tak nak anak berlebihan berat badan hanya sebab dari gula dan transfat.
Banyakkan real food untuk anak-anak, dan bukan makanan ultra processed. Supaya kita dapat naikkan berat badan yang berkualiti pada anak.
Ads
Tiga sumber utama yang kita boleh bagi anak makan, untuk naikkan berat badan mereka.
1. Karbohidrat 2. Protein 3. Lemak baik
Penting untuk kita cukupkan keperluan anak dari 3 sumber ini, untuk dapatkan berat badan yang ideal buat anak.
Ads
Jika kurang, berat badan tak akan naik. Jika lebih, berat badan akan bertambah.
Berpada, walaupun ianya real food, tetap ada limit untuk anak kita makan. Saya bagi contoh makanan untuk tambah berat badan, yang ada di rumah saya.
Banyak lagi pilihan yang ada di pasaraya, boleh cari ikut kesesuaian keluarga kita.
Ads
Karbohidrat – nasi, pasta, ubi Protein – ikan, ayam, daging, kacang, telur Lemak baik – cheese, avocado, butter, minyak sapi, kacang
Cuba cari makanan di atas, yang kurang diproses. Pilihan sentiasa ada, cuma perlukan sedikit pengetahuan supaya kita jumpa pilihan yang lebih baik.
Saya ada kongsikan tips macam mana nak beli, dalam perkongsian-perkongsian saya sebelum ni. Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan makanan yang baik untuk anak.
Jangan dilarang bila anak paling suka makan telur kerana terlalu banyak khasiatnya buat mereka. Seharusnya berilah menu telur ini setiap 2 hingga 3 kali seminggu buat mereka.
Telur bukan saja penyumbang sumber protein yang baik bahkan paling baik untuk anak yang mempunyai masalah fokus dan lemah memorinya.
Perkongsian Pn Ainini Zainal dengan perkongsian resipi dari telur ini mama kena ikuti. Memang terbaik.
‘WAJIB’ BAGI ANAK TELUR SETIAP MINGGU, TAU.
Seminggu 2-3 kali pun dah cukup bagus sangat. Semua kanak-kanak yang sedang membesar dan tak ada alahan telur, sesuai makan telur secara konsisten.
Memang jika anak ada masalah fokus dan memori, telur antara menu wajib yang kita perlu bagi pada mereka.
Telur ni sumber protein yang murah harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Nutrisi memang terbaik.
Hari ni saya tak mahu sebut tentang jenis telur biasa atau bebas hormon/antibiotik apa semua. Fokus kita tentang khasiat.
Kuning telur mengandungi Choline, yang berfungsi meredakan keradangan pada otak dan meningkatkan fungsinya. Ia membantu komunikasi antara sel-sel otak dan kekalkan memori anak, dalam apa saja yang dipelajari, dilihat, dibuat setiap hari.
Otak kita ni seperti centre, pusat segala aktiviti dan fungsi badan. Ia berperanan untuk bantu jantung berdegup dengan stabil, paru-paru berfungsi dengan baik supaya anak dapat bergerak aktif, bagus derianya dan daya berfikir sentiasa baik.
Sebab itu penting untuk kita jaga otak anak. Makanan yang mereka makan amat membantu kesihatan otak, mereka dapat fokus dalam proses belajar dengan baik.
Jaga bab makanan yang kita beri pada anak sebab ia mempengaruhi fungsi otak.
Paling penting, bila otak mereka dalam keadaan baik, behaviour juga akan tenang, tak mudah tantrum atau bertindak kasar, mudah mengamuk dan sebagainya.
Vitamin B16, B12 dan folate yang ada dalam telur juga berperanan besar membantu otak anak sihat. Jika B12, ia siap bantu regulatekan paras gula dalam otak. Mood lebih stabil, aktiviti harian anak lebih smooth, Insya Allah.
Choline tadi juga dapat bantu otak anak hasilkan neurotransmitter untuk bantu stabilkan mood mereka. It’s a type of food which makes kids happy.
Banyak kajian yang kaitkan tentang fungsi Choline ni terhadap memory and mental function. Concentrated sources of Choline paling mudah dapat dalam telur.
Anak dah bosan makan telur separuh masak?
Possible tau untuk kita sediakan pelbagai menu telur. Jangan lupa belek photos, ya. Ada banyak idea untuk ibu ayah.
Baru hulur cawan, anak minum seteguk dua. Lepas tu terus geleng kepala, buat muka dan lari sambung bermain. Situasi ini memang biasa sangat berlaku di rumah yang ada anak kecil.
Kadang-kadang ibu bapa sampai pening kepala. Air kosong nampak macam “tak menarik” di mata anak, lagi-lagi bila mereka pernah rasa minuman yang ada perisa.
Sebenarnya, anak bukan sengaja nak susahkan mak ayah. Dunia mereka penuh dengan rasa ingin tahu dan benda yang menyeronokkan. Jadi bila air kosong nampak “biasa”, mereka kurang teruja.
Hakikatnya, tabiat anak minum air kosong perlu dibina secara perlahan-lahan. Ia bukan sesuatu yang berlaku dalam sehari. Sebab itu ibu bapa perlu sedikit kreativiti untuk tarik perhatian mereka.
Berikut beberapa cara yang boleh dicuba untuk membantu anak minum air kosong dengan lebih mudah.
Sekali sekala, ajak anak ke pasar raya atau kedai barangan bayi. Biarkan mereka pilih sendiri cawan atau botol air yang mereka suka.
Anak kecil biasanya akan rasa lebih sayang pada barang yang mereka pilih sendiri. Bila sudah ada “cawan istimewa”, mereka akan lebih teruja untuk menggunakannya.
Mak ayah boleh buat satu peraturan kecil. Cawan itu hanya untuk air masak sahaja. Letakkan di tempat yang mudah dicapai supaya anak boleh ambil sendiri bila terasa haus.
Cara ini nampak kecil, tetapi boleh membantu membina kebiasaan anak minum air kosong setiap hari tanpa perlu dipaksa.
Kanak-kanak memang suka bermain. Jadi apa kata ubah aktiviti minum air masak menjadi satu permainan yang menyeronokkan.
Contohnya buat pertandingan kecil. “Siapa habis minum dulu, adik ke ayah?”
Atau buat sistem bintang. Setiap kali anak habiskan segelas air, mereka dapat satu bintang. Bila cukup sepuluh bintang, boleh beri ganjaran kecil seperti pergi taman, beli aiskrim atau masak makanan kegemaran mereka.
Nampak simple, tetapi cara ini sangat membantu membina tabiat anak minum air kosong secara konsisten.
Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat anak rasa teruja.
Straw yang berpusing-pusing, berwarna-warni atau bentuk yang pelik boleh membuatkan anak rasa seronok melihat air bergerak dalam straw.
Bila minum jadi seperti satu pengalaman yang menyeronokkan, anak biasanya lebih mudah minum tanpa perlu dipaksa. Cara kreatif seperti ini sering membantu proses membiasakan anak minum air kosong.
Anak kecil belajar melalui apa yang mereka lihat setiap hari. Jika mak ayah selalu minum air masak, anak juga akan ikut. Tetapi kalau kita selalu minum air manis atau minuman bergas, mereka tentu tertanya kenapa mereka pula perlu minum air kosong.
Sebab itu, cara paling mudah ialah minum air bersama anak. Kadang-kadang cukup dengan ayat ringkas seperti:
“Jom kita minum air sama-sama.” Bila ibu bapa konsisten, lama-kelamaan anak minum air kosong tanpa banyak dipujuk.
Jika anak benar-benar susah minum air kosong, cuba letakkan potongan buah seperti lemon, oren atau strawberi dalam air.
Air akan nampak lebih menarik dan ada sedikit rasa semula jadi. Warna buah dalam air juga boleh buat anak rasa ingin mencuba.
Kaedah ini sering digunakan oleh ibu bapa yang sedang melatih anak minum air kosong tanpa bergantung kepada minuman manis.
Anak kecil mudah tertarik dengan watak kartun. Botol air dengan gambar karakter kegemaran boleh membuatkan mereka lebih seronok membawa botol air sendiri.
Kadang-kadang mereka akan minum kerana sayang pada botol itu. Ini juga boleh membantu meningkatkan kebiasaan anak minum air kosong sepanjang hari.
Letakkan botol atau cawan air di tempat yang anak boleh capai sendiri. Bila air sentiasa ada di depan mata, anak lebih mudah untuk ambil dan minum tanpa disuruh.
Persekitaran yang memudahkan juga memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat anak minum air kosong setiap hari.
Bila anak minum air masak, jangan lupa beri pujian kecil.
“Pandainya adik minum air.”
“Baguslah adik minum air kosong.”
Pujian sederhana seperti ini boleh membuatkan anak rasa bangga dan mahu ulangi perkara yang sama.
Hakikatnya, membina tabiat baik pada anak memang perlukan masa dan kesabaran. Tetapi bila dilakukan dengan cara yang lembut dan menyeronokkan, perlahan-lahan anak akan terbiasa dan akhirnya anak minum air kosong tanpa perlu dipaksa lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali membeli buah dan sayur untuk keluarga, beleklah label negara mana buah itu datang. Mengapa?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Mak ayah kena ambil tahu agar anak kita terlindung dari penyakit.
Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca. Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana.
Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.
Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.
Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya. Dua negara ni, saya cuba elakkan.
China terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya. Dan 41peratus dari pencemaran itu, datang dari pencemaran logam berat seperti chromium, lead dan arsenic.
Ada satu perkampungan di China dinamakan sebagai ‘cancer village’. Kajian mendapati, kadar kanser di perkampungan yang berdekatan dengan kawasan industri perkilangan meningkat disebabkan oleh air dan tanahnya yang tercemar. Ramai antara mereka menghidap kanser hati, paru-paru, esophagus dan perut.
Perhatikan dan ambil berat sentiasa tentang apa saja makanan yang kita selalu hidangkan pada keluarga. Setiap jenis makanan yang masuk ke mulut kita, akan beri kesan walaupun sekelumit.
Saya kongsikan beberapa tips untuk memilih buah dan sayur.
1. Cari buah dan sayur yang berlabel Baca label dari mana buah dan sayur itu datang, walaupun hasil tanaman sebenarnya tidak perlukan apa-apa bahan ramuan untuk dilabelkan. Elakkan hasil tanaman dari negara China.
2. Cari buah dan sayur di pasaraya Jarang sekali saya jumpa buah dan sayur yang berlabel di pasar basah, pasar tani atau pasar malam. Jika susah nak bertanya, cari buah dan sayur di pasaraya untuk elakkan kita mengambil hasil tanaman dari China.
3. Bertanya jika tiada label Ada juga hasil tanaman orang kampung di jual di pasar basah, pasar tani, juga pasar malam. Tapi banyak juga yang datang dari China. Kuncinya, bertanya jika tiada label untuk dibaca.
4. Cari buah dan sayur organik Jika tiada pilihan buah dan sayur yang selain dari negara China, laburkan sedikit pada buah dan sayur organik. Buah biasanya banyak pilihan dari pelbagai negara, saya kira ia bukan satu masalah yang besar. Sayur kebanyakan datang dari China seperti bawang putih, kentang, lobak merah, kobis dan sebagainya.
Boleh rujuk gambar, saya ada kongsikan contoh buah dan sayur yang berlabel di pasaraya. Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!