Asyik dengan telefon di tangan. Namun jangan dibiarkan anak terus menonton Youtube tanpa dimanfaatkan sebaiknya.

Menurut Pediatric Occupational Therapist, Pn Maryam Jamadi, penggunaan internet untuk kanak-kanak terutama kepada pra sekolah perlu lebih dimanfaatkan dan ini merupakan panduan untuk anak kecil kita. Apa cerita yang anak-anak boleh tonton? Ini yang dikongsikan oleh beliau.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

INTERNET UNTUK ANAK PRA SEKOLAH?

“Mummy, kenapa tempat kita tak ada snow?” Ada masa anak saya (umur 5 tahun) akan tanya soalan-soalan tentang dunia, setiap kali itulah saya akan usaha juga untuk jawab soalan anak. Bagi saya, setiap soalan yang anak tanya itu berharga.

Sebab, anak ingin tahu dan ambil tahu. Perasaan itu datang dari anak sendiri dan bila kita ajar serta terangkan waktu itu, ilmu itu senang melekat di otak anak.

Selama anak saya membesar sehingga umur 5 tahun, saya dan suami masih mengamalkan “child-led learning”. Tiada paksaan dan pembelajaran formal lagi.

Contohnya,
Masa anak umur 4 tahun, dia selalu bawa buku minta kami bacakan dan pasti selepas itu anak akan minta ajar dia membaca.

“Mummy, macam mana nak baca buku sendiri? Eva nak pandai baca buku macam Mummy”

Waktu itu barulah saya beli buku untuk belajar membaca. Belajar pun bila anak yang bawa buku.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

Samalah juga, bila anak tanya soalan-soalan,
– Kenapa ada bulan dan matahari?
– Kenapa jam sampai nombor 12?
– Air hujan boleh minum terus ke?
– Baju diperbuat daripada apa?
– Macam mana pokok boleh jadi kerusi?

Setiap kali anak tanya soalan yang saya rasa susah nak jelaskan tanpa visual, saya terus taip dekat Youtube dan belajar sama-sama.

Walaupun duduk dirumah sahaja, tak boleh melawat ke tempat-tempat untuk pembelajaran anak tapi saya harap anak dapat sesuatu sepanjang anak dalam jagaan saya.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

Jom manfaatkan kemudahan internet untuk perkembangan otak anak:

1. Zaman sekarang, macam-macam kita boleh belajar jika tahu manfaatkan kemudahan internet.
– Memasak
– Main alat muzik
– Melukis atau mewarna
– Buat kek
– Menjahit atau mengait
– Projek DIY
– Seni kraf
– Menyanyi
– Berjoget

Semua ada, terutamanya medium YOUTUBE. Kalau siapa yang ada smart TV, boleh manfaatkan untuk kegunaan pembelajaran anak di rumah berbanding hanya terikat menonton kartun.

2. Had pendedahan skrin untuk anak umur 3 hingga 5 tahun adalah 1 jam sehari dan 2 jam sehari untuk anak umur 5 tahun ke atas.

Cadangan saya:
Umur 3 – 5 tahun:
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan pembelajaran

Umur 5 tahun ke atas:
– 30 minit sehari lakukan senaman (yoga, zumba atau berjoget)
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan penbelajaran
– 30 minit sehari menonton ilmu selain akademik

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

3. Tapis dahulu apa yang anak lihat, pastikan bahasa yang digunakan adalah baik. Google dahulu review kerana risau ada diselitkan unsur-unsur yang tidak patut.

4. Waktu ini adalah sangat genting untuk mak ayah memerhati minat kecenderungan anak. Sekiranya mak ayah dapat cari minat anak awal dan kembangkan bakat yang anak ada, pasti apabila dewasa nanti akan nampak hasilnya. Bukan untuk kita, tetapi untuk kebaikan anak.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

5. Rancangan yang pendapat saya tidak memberi manfaat kepada anak pra-sekolah:

❌ Review mainan, hanya akan buat anak mahu membeli dan memberontak apabila tidak dapat.

❌ Streaming game, bahasa yang digunakan ada yang tidak sesuai serta tidak membantu dalam perkembangan. Main game lebih baik dari tengok orang lain main game.

❌ Game online belum sesuai lagi ya untuk anak pra-sekolah, risiko anak berkenalan dengan “sexual predator”.

❌ Nursery rhyme, sudah tidak sesuai lagi untuk anak pra sekolah. Jika menyanyi sambil ikut pergerakan tiada masalah.

❌ Gosip artis, tidak memberi manfaat kepada anak.

❌ Vlog tentang kehidupan harian orang lain.

❌ Tiktok atau media sosial lain kerana bercampur dengan konten yang kurang sesuai, perlukan pemantauan rapi.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

6. Ada yang merasakan bila ada internet, anak-anak hanya terikat menonton Netflix,, Youtube atau main game online sahaja. Sedangkan apa yang anak boleh dapat terlalu banyak, limitless.
– Kelas mengaji online.
– Tusyen online.
– Main educational game.
– Melawat tempat menarik online ataupun virtual tour (Zoo, Muzium dll)
– Belajar edit gambar menggunakan applikasi online.
– Belajar tengok peta.
– Belajar melukis atau mewarna menggunakan tab/ipad.
– Belajar teknik pengucapan awam.
– Belajar menaip menggunakan Microsoft Word atau Power Point.

Dan banyak lagi jika kita mak ayah rajin meneroka. Fokus kepada perkembangan otak anak kerana 90% perkembangan otak anak berlaku semasa ini.

Tujuan saya kongsikan artikel ini kerana saya risaukan perkembangan anak-anak pra-sekolah yang sepatutnya meneroka dan belajar tentang dunia.

Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!

Untuk pengetahuan mak ayah juga, baru-baru ini banyak sangat kes masalah perkembangan dan tingkahlaku mencabar yang diterima di pusat terapi kami ( BEYOND Home Therapy ).

Pernah 1 hari itu, 5 kes daripada 6 kes baru di pusat terapi kami adalah masalah anak tingkahlaku.

Kasihan sangat. Masalah ini bukan dihadapi oleh mak ayah yang mempunyai anak keperluan khas sahaja, tetapi anak tipikal juga boleh mengalami masalah ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, mohon sampaikan ilmu kepada semua mak ayah untuk kebaikan anak-anak lain juga.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!Tengok Youtube Tak Berhenti, Ini Cara Mak Ayah Bantu Anak Tonton Cara Betul!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI